
Antara pertanyaan yang kerap saya terima melalui telefon, sms, email dan sebagainya ialah berkenaan ‘saka’.
Kebetulan ketika sedang minum di kantin semalam seorang teman mengemukakan masalah yang sama.
SAKA adalah istilah yang digunakan bagi makhluk halus yang mendampingi seseorang samada sedar atau tidak dan samada rela atau pun tidak. Ia dinamakan ‘saka’ kerana ia diwarisi daripada seseorang kepada sesorang yang lain, biasanya berdasarkan darah keturunan.
Saya tidak ingin memanjangkan huraian mengenai saka memandangkan banyak laman web lain sudah menghuraikan gejala tersebut. Saya cuma ingin berkongsi pengalaman pengguna dengan minyak morhabshi sebagaimana yang diberitahu kepada saya atau kes yang saya temui sendiri.
Kes 1:
Seorang rakan saya di pulau Pinang (Harizal) telah lama membantu saya menjual minyak Morhabshi. Pada suatu hari seseorang memintanya menghantarkan minyak Morhabshi ke rumahnya kerana salah seorang penghuni rumah itu dikatakan mempunyai saka.
Sebaik Harizal tiba, lelaki tersebut marah-marah dan tidak membenarkan Harizal masuk ke kawasan rumah itu padahal dia tidak diberitahu tujuan kedatangan Harizal.
Kes 2:
Salah seorang adik saya pernah mengalami masalah yang kronik. Ada yang mengatakan dia terkena buatan orang dan ada pula yang mengatakan akibat saka. Lantaran itu ibu saudara saya pernah mendapatkan bantuan pengamal ilmu kebatinan dan dikenakan bayaran sebanyak RM15 ribu (lima belas ribu).
Namun saya tak nampak sangat keberkesanannya.
Sekarang adik saya itu sudah hampir pulih sepenuhnya setelah dirawat datuk kami (Ustaz Hamid: pengasas Minyak Morhabshi) tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Ketika itu beliau sudah terlalu tua dan uzur. Malah beliau melarang kami memberitahu orang ramai tentang rawatan tersebut kerana tidak mahu orang lain datang ke rumahnya.
"Kalau tak kerana cucu sendiri, tak larat dah aku nak mengubat lagu ni..." ujarnya.
Menurut beliau walaupun cara pengubatannya nampak ringkas dan mudah (iaitu menggunakan air yang dibacakan ayat Al-Quran) namun selama beberapa kali sepanjang proses pengubatan, beliau akan didatangi makhluk tersebut dan mereka akan bertarung.
Saya masih ingat lagi, ketika sedang sakit, adik saya itu sangat takut kepada Minyak Morhabshi. Jika diletakkan pada pintu, dia tidak akan melalui pintu tersebut. Malah dia melarang keras jika hendak dicalitkan minyak itu ke tubuhnya.
Kes 3:
Bapa saudara saya yang bekerja di Majlis Perbandaran Seremban pernah mengetuai sekumpulan pekerja menebang sebatang pokok. Pada malam berikutnya beliau mula didatangi sepasang makhluk berpakaian serba kuning.
Pasangan tersebut mendakwa bapa saudara saya itu telah merobohkan rumah mereka menyyebabkan anak mereka mati. Oleh itu mereka meminta bapa saudara saya itu bertanggungjawab.
Makhluk itu mengganggu beliau hampir setiap hari menyebabkan beliau diserang demam. Ibu saya menyuruh beliau mencalitkan Minyak Morhabshi ke beberapa tempat di tubuh seperti kening, cuping telinga, sendi-sendi dan tempat tertutup seperti ketiak dan pangkal paha.
Pada suatu hari makhluk itu datang lagi. Namun mereka hanya berada di muka pintu sahaja dengan rasa gelisah. Akhirnya mereka menghilaangkan diri dan tidak muncul lagi.
Sebenarnya banyak lagi kisah yang dimaklumkan kepada saya termasuk gangguan terhadap bayi dan juga kejadian hysteria di asrama.
Alhamdulillah, setakat ini banyak juga kes yang berjaya diselesaikan. Namun perlu diingat bahawa kita hanya berusaha sedangkan Allah Taala yang menentukan.
Sedangkan ubat klinik pun tidak serasi pada semua orang, begitu jugalah Minyak Morhabshi. Ada yang begitu mujarab sehingga ramai yang menggelarnya minyak ajaib manakalla ada juga yang tidak mengalami perubahan apa-apa.
Namun, apa salahnya mencuba dengan hanya RM3 sebotol! Oleh kerana kos poslaju yang agak tinggi maka kami mensyaratkan pembelian minimum 3 botol pada harga RM15 termasuk kos poslaju.
Insya-Allah, selalunya 1-2 hari produk akan tiba di tangan anda.
Oh ya. Penghantaran percuma juga meliputi pembeli daripada Sabah dan Sarawak namun hendaklah sekurang-kurangnya 8 botol.
Pembeli luar daripada Malaysia perlu membayar kos penghantaran.
> >
> >
>