Pengumuman penting

Membuat pesanan/pembelian (SMS ke 0194401944)

Ya, 01944-01944. Amat mudah.

sila guna no Akaun:
cimb 0408-0009 1360 58 (MORHABSHI)
ATAU;
Maybank 1540 5329 0898 (Noor Azman Aminudin)


SMS kepada 01944-01944

Itu sahaja. Terima kasih.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi terus saya di 0194402211.

Minyak Morhabshi adalah produk berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan (KKM: NOT110703273K).

MORHABSHI adalah jenama berdaftar (trademark) dan dipermilik di bawah
Syarikat MORHABSHI (REG. MA0154229-W)

Pejabat urusan morhabshi
16B-1, JALAN PERMATA 14, TAMAN HARTA PERTAMA, BUKIT BARU SYESYEN 2, 75150 MELAKA, MALAYSIA

Kongsi pengalaman anda atau pelanggan yang menggunakan minyak morhabshi

Tuesday, November 22, 2011

1 Keluarga 1 Morhabshi

Simple tapi unik. Biasa tapi menakjubkan. Hebat tapi murah.

Apabila orang ramai membaca testimonial yang kami titip samada di www.morhabshi.com, www.morhabshi.biz, http://morhabshi.blogspot.com, hatta di media-media cetak; barangkali ramai yang bertanya: “benarkah?”

Saya tidak terkejut jika anda juga salah seorang daripada mereka.
Sebenarnya bukan hanya anda. Malah ahli keluarga rapat kami juga pada mulanya kurang percaya dengan testimonial keampuhan Minyak Morhashi. Bahkan saya sendiri kadangkala serba salah untuk berkongsi pengakuan beberapa pesakit atau ahli keluarga mereka tentang kemujaraban produk warisan ini.

Barah hati kronik, stroke, lumpuh hampir 2 tahun, sakit mata hampir 2 tahun, sakit gigi hingga habis beratus ringgit, histeria, kena sihir hingga bercerai berai, kena sengat mempesan, digigit cicak tokek, bayi menangis setiap maghrib hingga ke pagi, dan banyak lagi kes yang aneh-aneh pernah disampaikan kepada saya samada melalui sms, telefon, email, atau diceritakan secara bersemuka.

Sebagai contoh, puan Hasnah daripada Holland sudah 3 kali datang ke Malaysia dan menemui kami di Melaka setelah membeli melalui internet. Begitu juga seorang pengguna dari Perak yang berusaha untuk berjumpa ibu saya setelah matanya sembuh.

Bagi kita yang beragama Islam, kita beriman bahawa itu semua kehendak Allah Taala. Allah Taala yang menentukan Minyak Morhabshi dapat memberi kesembuhan. Minyak Morhabshi hanya alat sebagaimana pisau yang ditakdirkan mampu memotong sesuatu.

Di sebalik kehebatan Minyak Morhabshi, bukanlah niat kami sebagai pengeluar untuk mengambil alih semua kaedah perubatan sedia ada. Membeli, memiliki, dan menggunakan Minyak Morhabshi bukan bermakna kita tidak perlu lagi ke hospital atau klinik atau memutuskan hubungan dengan produk kesihatan lain.

Bagi saya Minyak Morhabshi adalah seperti kit kecemasan yang membantu di kala kecemasan.
Bayangkan jika anda diserang sakit gigi di tengah malam atau perut memulas di dalam sebuah bas yang sedang melalui lebuhraya. Buka beg tangan anda dan keluarkan sebotol Minyak Morhabshi. Insya-Allah ia akan membantu anda. Menariknya, ia bukan untuk sementara malah memberi kesembuhan kekal.
Contohnya, saya sendiri pernah diserang sakit gigi pada suatu tengah malam 6 tahun yang lalu. Saya basahkan secebis tisu dengan Minyak Morhabshi dan masukkan ke gigi yang berlubang. Tidak sampai 10 minit, sakit pun hilang dan tidak pernah berulang lagi sehingga ke hari ini. Padahal sebelum itu saya sudah menghabiskan lebih RM200 untuk rawatan akar yang tak menjadi!
Justeru kami mengesyorkan setiap keluarga sentiasa menyimpan Minyak Morhabshi supaya boleh digunakan di waktu kecemasan.

0 Ulasan anda:

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

VVIP

Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.

TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Popular Posts

Pengkalan Blog Morhabshi