Assalamu'alaikum wrt, Saya Pn. Hamidah Hassan, dari Skudai, Johor. Saya ada perniagaan produk-produk kesihatan secara offline (ada kiosk di shopping mall) dan online (http://www.sihatselalu.lot.my).
Saya dah pernah beli morhabshi sebelum ini, yang satu kotak ada 4 botol kecil tu. Beli untuk cuba, dan setakat ini Alhamdulillah macam bagus. Dah cuba untuk gatal2 kulit, batuk, hidung tersumbat dan sakit perut. 3 botol dah bagi kawan2, tinggal 1 botol untuk sendiri pakai.
Sebab botolnya kecil, jadi saya bawak je ke mana-mana letak dalam handbag.
Hari ni bila saya cek website http://www.morhabshi.com, nampaknya ada botol yang baru, harga lain dan saiz lain.
i) yang baru ni RM35 untuk 115ml. Yang lama tu (botol kecil) berapa ml? Sebab saya cek kat botol takde info berapa ml.
ii) kalau saya nak order yang botol kecil, ada lagi ke?
Pada pendapat saya, lebih baik ada versi yang botol kecil, senang nak bagi kat kawan-kawan yang nak cuba, dan juga mudah nak bawa ke mana-mana, macam saya ni letak kat handbag. Kalau ada yang botol kecil, saya nak order dua-dua, botol baru dan botol kecil.
Lagi satu, bila saya tengok design kotak yang baru, ada gambar botol lama. Sepatutnya letak la gambar botol yang baru. Orang akan pelik, bila buka kotak, botol tak sama macam dalam gambar kat kotak.
Lepas dah pakai sendiri, saya bercadang untuk jadi stokis. Boleh maklumkan maklumat berkaitan stokis :
i) harga produk bagi stokis
ii) minimum order
iii) syarat-syarat lain
Harap dapat balasan segera.
Wassalam, terima kasih.
Pn. Hamidah Hassan
---+-----------+-----------+-----------+------++
Untuk makluman, saya sudah membalas email tersebut. Sebenarnya selain beliau terdapat beberapa orang lagi pelangan yang mengutarakan persoalan yang hampir sama. Maka saya fikir molek juga saya siarkan soalan tersebut dan jawapan saya di blog ini untuk pengetahuan semua.
*----*--+++*----*-----*++++++++**++++++*-----
Waalaikum salam Pn Hamidah.
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Saya amat tertarik dengan pandangan puan mengenai pek kecil. Sememangnya saya amat sayang dengan pek kecil itu sebab di sebalik saiz tersebut terdapat konsep yang amat baik untuk dikemukakan kepada khalayak pengguna.
Saya mengimpikan pada suatu masa kelak setiap rumah akan menyimpan sekurang-kurangnya sebotol Minyak Morhabshi.
Alhamdulillah, saya lihat rencana ini sedang berjalan lancar berdasarkan respon pengguna lama dan sambutan pengguna baru yang semakin ketara peningkatannya.
Tambah menggembirakan, urusan pendaftaran dengan kementerian kesihatan dan penjenamaan melalui trademark sudah selesai baru-baru ini.
Namun timbul masalah baru iaitu kalangan pengguna yang sudah biasa dengan pek lama keberatan untuk bertukar kepada pek baru.
Setakat ini hanya Sabah sahaja yang tiada masalah dengan pek baru sebab sebelum ini agen di Sabah menjual pada harga RM10-15 untuk sebotol kecil. Kesannya, walaupun belum sampai 2 minggu pek baru di pasaran, sudah lebih 1000 botol dijual di sana!
Saya rasa saya sudah ada jalan penyelesaian untuk masalah tadi. Kami hanya akan mengeluarkan botol besar sahaja dengan harga runcit RM35 seunit. Hal ini bagi mematuhi perjanjian dengan pihak kilang serta agen baru yang sudah mula memasarkan pek baru bersaiz besar.
Hal ini bermakna pek kecil yang lama itu TIDAK akan dikeluarkan lagi.
Selesai masalah tersebut.
Untuk masalah kedua, kami akan menyediakan botol isian semula (refill) bersaiz kecil dengan logo Morhabshi tetapi bertanda 'pek promosi'. Agen boleh membeli pek baru bersaiz besar dan memasukkan ke dalam botol-botol kecil yang disediakan untuk mudah dibawa dan untuk dijual kepada sesiapa yang berminat.
Saya mencadangkan botol kecil bersaiz 20ml, dan dijual pada harga RM7-10.
Secara perbandingan saiz, botol besar bersaiz 120ml (anggaran) bersamaan dengan 6 botol kecil bersaiz 20ml.
Dari segi harga, 6 botol kecil darab RM7 menjadi RM42. Ini menjadikan harga runcit pek besar lebih murah daripada pek kecil.
Kesimpulannya, pelanggan akan beralih kepada pek baru dan dalam masa yang sama mereka boleh membawa botol kecil ke mana-mana dengan mudah.
Wassalam.
Foto di atas hanya hiasan
Noor Azman Aminudin
Pengarah Urusan Morhabshi
PEJABAT URUSAN MORHABSHI
16B-1, JALAN PERMATA 14, TAMAN HARTA PERTAMA, BUKIT BARU SYESYEN 2, 75150 MELAKA.
0194402211
cheguman@gmail.com; cheguman@yahoo.com; cheguman@live.com
Web rasmi: www.morhabshi.com
Web jualan: www.morhabshi.biz
Web iklan: www.iklanpercuma4all.com
Blog: http://morhabshi.blogspot.com
Facebook: http://facebook.com/morhabshi
MORHABSHI adalah sebuah syarikat berdaftar: M0154229-W
Minyak MORHABSHI adalah produk berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia: NOT110703273K
MORHABSHI adalah jenama berdaftar di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Sebarang peniruan, pemalsuan, atau penggunaan tanpa izin akan didakwa.
0 Ulasan anda:
Post a Comment