Pengumuman penting

Membuat pesanan/pembelian (SMS ke 0194401944)

Ya, 01944-01944. Amat mudah.

sila guna no Akaun:
cimb 0408-0009 1360 58 (MORHABSHI)
ATAU;
Maybank 1540 5329 0898 (Noor Azman Aminudin)


SMS kepada 01944-01944

Itu sahaja. Terima kasih.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi terus saya di 0194402211.

Minyak Morhabshi adalah produk berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan (KKM: NOT110703273K).

MORHABSHI adalah jenama berdaftar (trademark) dan dipermilik di bawah
Syarikat MORHABSHI (REG. MA0154229-W)

Pejabat urusan morhabshi
16B-1, JALAN PERMATA 14, TAMAN HARTA PERTAMA, BUKIT BARU SYESYEN 2, 75150 MELAKA, MALAYSIA

Kongsi pengalaman anda atau pelanggan yang menggunakan minyak morhabshi

Friday, September 30, 2011

Cicak tokek, mempesan, dan tebuan


"Cikgu tahu tak cicak tokek?" tanya seorang pemanggil dari Sabah.

"Rasanya pernah dengar. Yang orang kata boleh buat ubat HIV tu ke?" saya membalas tanya.


"Ya. Tapi, gigitannya boleh menyebabkan mangsa pengsan serta merta." Yang bertanya menjelaskan.

"Baru-baru ni, ada seorang wanita separuh umur kena gigit dengan tokek tu. Kebetulan di rumahnya memang ada minyak Morhabshi. Anaknya segera menyapu minyak Morhabshi pada tempat gigitan. Alhamdulillah, wanita itu tidak pengsan. Namun mereka membawanya juga ke hospital untuk memastikan tiada bahaya lagi."

"Alhamdulillah." saya memberi respon terhadap panggilan daripada Irfan itu (wakil Morhabshi Sabah)

Berita tersebut mengingatkan saya pada cerita yang dimaklumkan kepada saya oleh seorang sahabat yang juga pengurus Felda Hutan Percha Melaka. Kini beliau (Encik Zulkifli) bertugas sebagai pengurus di sebuah felda di negeri kelahiran beliau iaitu Kedah.

Menurut beliau, pada suatu hari anaknya membawa pulang seorang tetamu. Kebetulan di rumahnya diadakan kenduri. Tiba-tiba remaja tersebut menjerit kesakitan yang amat sangat. Rupa-rupanya seekor serangga yang dipanggil Mempesan atau Pesan-pesan telah masuk ke dalam baju dan menggigitnya.

Kata orang, serangga itu dipangil Mempesan kerana jika ia menggigit, mangsanya boleh meninggal dunia sebelum sempat membuat pesanan terakhir. Wallahualam.

Pengurus tersebut segera teringat pada minyak Morhabshi yang kebetulan ada dalam simpanan. Beliau menyuruh anaknya menyapu pada mangsa.

Alhamdulillah. Dalam beberapa detik kesakitan pun hilang dan si mangsa terus lega. Saya turut terpegun mendengar kisah yang diceritakan sendiri oleh pengurus Felda tersebut.

Beginikah rupa Mempesan?



Sebenarnya kami juga banyak mengalami pengalaman yang melibatkan sengatan atau bisa haiwan namun tidaklah sehebat peristiwa di atas.

Tahun lepas, ketika kenduri cukur kepala anak bongsu kami di rumah ibu saya (di Selangor) tiba-tiba seorang kanak-kanak menjerit kesakitan. Rupa-rupanya seekor tebuan sudah masuk ke dalam bajunya. Suasana menjadi kelam kabut kerana ibu mangsa turut menangis kebimbangan melihat anaknya yang sedang kesakitan.
Ibu saya segera mencapai minyak Morhabshi yang ada berdekatan dan menyapu pada tempat gigitan. Dalam beberapa saat kanak-kanak itu berhenti menjerit dan tidak lama kemudian sakitnya pun hilang.

Alhamdulillah.


Tebuan: kecil tetapi baru-baru ini membunuh
seorang kanak-kanak comel berusia 5 tahun.



Wallahualam. Semuanya dengan kuasa Allah SWT.

0 Ulasan anda:

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

VVIP

Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.

TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Popular Posts

Pengkalan Blog Morhabshi