Bolehkah manusia hidup dengan hanya makan durian?Saya tidak ingin muktamadkan jawapan namun secara lazimnya tiada siapa yang sanggup berbuat demikian.
Sememangnya pemilik dusun durian juga perlukan perkara lain untuk meneruskan kehidupan.
Bagaimana pula dengan nasi? Adakah jika kita memiliki sawah berelung-relung maka itu sudah memadai untuk hidup?
Walaupun jawapannya tidak juga muktamad namun saya percaya anda tentu bersetuju bahawa memang banyak perkara lain yang diperlukan dalam hidup ini di samping beras.
Saya berikan analogi durian kerana ketika memandu dari Masjid Tanah ke Melaka tadi terpandang longgokan durian di beberapa tempat sepanjang jalan.
Manakala analogi nasi muncul dalam fikiran kerana perut sedang lapar!
Durian yang berlonggok-longgok tadi sudah tentulah untuk dijual. Pemilik durian perlu menjual duriannya bagi mendapatkan wang.
Begitu juga petani. Kertas-kertas bercetak yang diberi nilai oleh Bank Negara dan disebut sebagai wang boleh digunakan untuk mendapatkan perkara lain yang diperlukan untuk hidup.
Maka manusia berlumba-lumba mencari wang. Tidak kurang juga yang berjaya mengumpul wang bertimbun. Namun ramai juga yang sekadar mampu menukar wang hanya dengan sepinggan nasi.
Jika kita mampu menampung pelbagai keperluan hidup sebagaimana orang lain maka kita dianggap berada pada taraf hidup sederhana. Setidak-tidaknya kita berupaya memiliki perkara-perkara asas seperti kenderaan, pakaian, makanan, dan alat komunikasi.
Dalam hal ini jenama bukanlah satu syarat wajib.
Wang, wang, wang, dan wang. Semua manusia bercakap tentang wang termasuk yang bisu, buta, dan pekak. Malah wang kekadang menjadikan manusia normal menjadi bisu, buta, dan pekak.
Mempunyai sebatang dua pohon durian memang menyeronokkan. Selain dimakan mentah, ramai juga yang gemar memakannya dengan nasi atau pulut bergaul santan dicampur gula Melaka.
Apabila durian semakin galak luruh, pemilik dusun mula berfikir untuk menukarnya dengan wang. Kebetulan, tidak ramai yang mampu memiliki pokok durian. Justeru, ini menjadi satu kelebihan bagi orang yang memiliki durian. Tak kiralah samada pokok itu ditanam sendiri atau diwarisi daripada nenek moyang.
Hasil durian tidak sahaja dinikmati pemilik dusun durian. Ada pihak yang bertindak sebagai pemborong dan penjual durian.
Mahukah anda menjadi pemborong durian? Seseorang pemborong tidak perlu mempunyai dusun durian untuk menikmati keuntungan daripada hasil durian. Pemborong juga tidak wajib mempunyai lori untuk mengangkut buah berduri itu. Lori boleh disewa.
Pemborong berkuat dengan modal. Maksud saya kekuatan pemborong ialah wang.Pemborong akan membeli secara pukal kerana mereka memiliki modal. Dengan itu pemborong mendapat keistimewaan membeli pada harga yang murah.
Saya katakan tadi bahawa pemborong menjadi hebat kerana modal wang. Namun itu tidak bermaksud seseorang yang ingin menjadi pemborong perlu ada wang dari poket sendiri. Bank, koperasi, dan bapa mertua adalah antara sumber yang boleh didekati.
Jangan sekali-kali mengadu pada Ahlong!
Pemilik durian beruntung kerana produknya dapat dijual dengan cepat dan banyak. Hal ini penting kerana jika buah lama disimpan ia akan menjadi rosak. Durian tertakluk pada hukum musim dan terpaksa bersaing dengan pengeluar yang lain. Kematangan durian tidak boleh ditahan atau dikekang. Sampai masa, ia pasti gugur ke bumi. Sampai waktunya, ia akan buruk dan membusuk.
Selain itu, pengeluaran tidak boleh ditingkatkan serta merta dengan menambah modal, bahan mentah, dan pekerja. Hal ini kerana sepohon durian memerlukan tempoh yang agak lama sebelum dapat mengeluarkan hasil.
Saya ceritakan tentang durian padahal saya sepatutnya menulis mengenai minyak Morhabshi. Sebenarnya terdapat perbezaan yang besar antara menjual durian dengan menjual minyak Morhabshi. Namun demikian oleh kerana keduanya adalah perniagaan maka dalam urusan peruncitan dan perbekalan, masih banyak persamaan.
Yang penting, kedua-duanya memang menguntungkan.
Jika dalam perniagaan durian ada pengeluar, pemborong, dan peruncit; dalam perniagaan minyak Morhabshi pun begitu juga. Jika anda tidak mahu menjadi pemborong, anda boleh bertindak sebagai stokis. Dalam bisnes durian istilah stokis dan substokis tidak ada melainkan anda menjadikannya tempoyak.
Sebagai stokis, anda boleh melantik substokis di merata daerah. Agen-agen jualan boleh mendapatkan produk daripada stokis/substokis dan menjualnya kepada penguna.
Jika anda seorang pemborong, menjual 10 ribu botol minyak Morhabshi sebulan bukanlah terlalu sukar. Katakan lah seorang pengedar atau sebuah kedai runcit mampu menjual 2 botol minyak Morhabshi sehari. Ini bermakna setiap daripada mereka boleh menjual 60 botol sebulan.
Jika anda seorang Substokis yang menyelia 10 buah kedai runcit dan 10 orang pengedar, bermakna sebulan anda mampu menjual 1200 botol. Jika sebotol minyak Morhabshi anda untung RM2 maka 1200 x RM2 = RM2400 sebulan! Ia adalah untung peribadi anda kerana peruncit sudah mendapat habuan mereka melalui aktiviti peruncitan.
Jika anda seorang stokis yang mempunyai 6 substokis yang melakukan sebagaimana di atas bermakna jualan sebulan anda senang-senang boleh mencecah 7000 botol. Bagaimana jika anda untung RM1 bagi setiap botol Minyak Morhabshi? Ya, dalam masa substokis anda tadi masing-masing memperolehi RM2400 sebulan, pendapatan peribadi anda pula mampu mencapai RM7000 sebulan.
Jika anda bertindak sebagai pemborong yang meletakkan sasaran niaga bagi satu wilayah, jajahan perniagaan anda tentu lebih besar lagi. Jika satu stokis menjana jualan 7000 botol sebulan, cuba kirakan jika anda mempunyai 3 orang stokis.
Berdasarkan contoh di atas jualan anda sebagai pemborong akan mencecah 21,000 botol sebulan. Berapakah pendapatan anda jika anda mengambil 50 sen bagi setiap botol yang dijual?
Wah, RM11,000 sebulan hasil pendapatan sampingan!
Mungkin anda fikir ia agak mustahil. Namun saya sudah melakukannya dalam keadaan yang cukup daif. Ketika saya bermula beberapa tahun lalu, menyebut nama Morhabshi pun agak sukar. Saya melakar dan mencetak sendiri label dan melekatkannya menggunakan gam pada botol yang dibeli dalam jumlah yang kecil.
Semua urusan kecuali menyediakan minyak dibuat sendiri dengan bantuan isteri, dan anak-anak yang ikut menyibuk.
Paling penting untuk dicatatkan ialah ketika itu sehinggalah dua minggu lepas, Minyak Morhabshi tiada sebarang kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Akibatnya tidak ada pekedai yang berani menjual minyak Morhabshi di premis mereka kerana takut disaman. Malah saya pernah dipanggil oleh pihak berkuasa dan diberi amaran keras hanya kerana menggantung banner di sebuah premis yang kecil dan tersorok di Melaka.
Alhamdulillah. Kini masalah yang paling besar itu telah selesai. Surat bertarikh 16/7/2011 daripada Kementerian Kesihatan Malaysia memberi pengiktirafan bahawa Minyak Morhabshi adalah produk selamat dan boleh dipasarkan.
Surat itu amat penting. Dengan surat itu anda boleh meletakkan Minyak Morhabshi di mana-mana premis perniagaan. Ada berapa buah kedai runcit di pekan berhapiran rumah anda?
Mungkin anda boleh mulakan dengan menghubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut melalui 0194402211.
0 Ulasan anda:
Post a Comment