Sunday, June 19, 2011

kelopak mata jatuh kerana sihir

Khamis lepas saya dan isteri ke hospital besar Klang menziarahi ibu saudara yang menjalani rawatan. Sebelum itu ibu saya menelefon bahawa maklong saya itu dibawa ke situ dengan ambulan setelah pengsan.

Ketika kami tiba di wad tersebut, maklong sudah selesai menjalani proses memasang 'tapak' bagi menjalani homeodylisis. Beberapa jam lagi beliau akan menjalani rawatan pertama.

Beberapa minit kemudian Paklong tiba dengan berkerusi roda. Terkejut saya sebab ketika menemuinya dua bulan lalu beliau masih boleh memandu.

Menurut Paklong, beliau masih boleh berjalan tetapi agak terbatas. Setiap malam kakinya mesti disapu minyak Morhabshi. Jika tidak, tak boleh tidur. Sekarang, isterinya (maklong) pula sakit. Siapa yang nak tolong sapu?

Setelah berbual dan bertanya khabar, kami turun ke surau untuk solat Asar. Ibu saya yang tiba sejak semalam sedang berehat di situ dengan beberapa orang adik serta anak buahnya.

Sambil berbual, ibu saya menceritakan pengalamannya ketika di Acheh yang dikunjunginya dua minggu lepas. Ibu saya memberitahu semasa di sana beliau cuba diuji dengan ilmu hitam. Alhamdulillah, tidak ada apa-apa yang buruk berlaku. Menurut beliau, amalan ayat 'laqod ja akum' membantu beliau.

Memang. Ramai yang mengakui keampuhan ayat tersebut apabila berhadapan kes mistik. Saya diberitahu mengenai fadhilat ayat tersebut dua kali oleh datuk kami (Ustaz Hj Abd Hamid: pengasas minyak morhabshi). Kali pertama semasa beliau masih hidup dan kali kedua melalui mimpi setelah beliau meninggal dunia.

Oh ya. Sebenarnya saya nak berkongsi cerita kedua daripada ibu saya. Minggu lepas, seorang pengguna minyak Morhabshi dari Perak telah datang ke rumah. Berposak-posak pasangan suami isteri itu mencari rumah kami yang terletak di pedalaman itu.

Sebenarnya kampung kami itu terletak di hujung Selangor, bersempadan dengan Perak. Itulah sebabnya ramai sanak saudara kami tinggal di Perak terutama di Teluk Intan dan Hutan Melintang.

Pasangan tersebut bercerita bahawa si suami telah mengalami sakit mata yang aneh. Kelopak matanya seperti 'terjatuh' atau meloyot ke bawah. Kata orang, itu tanda sudah hampir ajal.

Bahagian dalam matanya pula merah menyala.

Kebetulan mereka pernah membeli minyak morhabshi. Si isteri menyapukan minyak morhabshi pada kelopak mata suaminya.

(tidak merbahaya jika termasuk ke dalam mata. Saya biasa melakukannya. Cuma mungkin pedih sedikit: admin)

Alhamdulillah. Sungguh menakjubkan kerana tidak sampai 15 minit kemudian mata beliau pulih kembali.

Itulah sebabnya kedua suami isteri itu berusaha ke rumah kami untuk menemui sendiri ibu saya. Beliau menawarkan diri untuk diambil video supaya dapat berkongsi pengalaman dengan orang lain. Sayangnya ketika itu tidak ada kamera.

Perihal masalah mata, saya pernah menerima surat daripada Puan Hasnah yang menetap di Belanda. Beliau menyapu minyak morhabshi pada mata anak saudaranya yang rabun. Alhamdulillah, budak itu kemudiannya boleh membaca tanpa cermin mata.

Saya pernah mencubanya dan berkesan. Selepas beberapa jam, saya mampu membaca tarikh pada jam tangan saya tanpa cermin mata. Tetapi ia tidak kekal lama. Ia perlu diamalkan, namun saya tidak mengamalkannya kerana asyik terlupa. Sebaiknya pada waktu pagi dan malam. Insya-Allah selepas ini saya akan amalkan.

Dalam kes rabun, saya rasa minyak morhabshi bertindak merawat urat mata dari luar. Manakala dalam kes lelaki tadi, saya rasa beliau 'terkena' perbuatan sihir.

Walahu'alam.

No comments:

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

VVIP

Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.

TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Popular Posts

MORHABSHI adalah sebuah syarikat berdaftar: M0154229-W

Minyak MORHABSHI adalah produk berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia: NOT110703273K

www.morha.info ini didedikasi untuk Almarhum Ust Dr (H) Abdul Hamid, penulis kitab Attabib Walhikmah (pengasas minyak herba morhabshi) dan isteri beliau almarhumah Hjh Saodah. Al-fatehah.

Pengkalan Blog Morhabshi