
ada yang menyebutnya demam atau bengkak cantik. Benarkah ia boleh dirawat dengan menggunakan nila (pewarna pakaian)?
-
Pagi tadi, sebaik keluar dari rumah kami bertembung dengan jiran yang sedang menyiram pokok hiasan rumahnya. Belum sempat bertanya khabar, beliau yang bekerja sebagai jururawat segera meminta untuk membeli minyak Morhabshi.
“Hari tu kena beguk. Malam sapu minyak morhabshi, esok dah baik. Alhamdulillah.” Kata beliau.
Alhamdulillah.
Saya segera masuk ke dalam rumah semula untuk mengambil 3 botol minyak morhabshi yang dikehendaki dan menyerahkan pada beliau.
Biasanya jiran-jiran dan penduduk kampung kami (yang biasa dengan minyak herba ini) akan membeli 3 botol sekaligus.
Sebenarnya saya pun tidak begitu faham tentang penyakit beguk tersebut. Hasil carian di internet saya temui sedikit maklumat, antaranya dalam Wikipedia:
Beguk dan wabak parotitis merupakan penyakit disebabkan oleh virus beguk (RNA Paramyxovirus). Sebelum pembangunan vaksin dan pengenalan vaksin beguk, ia merupakan penyakit kanak-kanak yang biasa berlaku di seluruh dunia, dan masih merupakan ancaman kesihatan di dunia ketiga.[1]
Bengkak pada kelenjar liur (secara klasik dikenali sebagai kelenjar parotid) merupakan ciri penonjolan biasa.[2] Bengkak yang menyakitkan pada bahagian kerandut zakar (orchitis) danrash juga mungkin berlaku. Simptom ini biasanya tidak teruk pada kanak-kanak. Bagi remaja dan orang dewasa, komplikasi seperti mandul atau separa mandul adalah lebih biasa, sungguhpun masih jarang dari segi bilangan mutlak.[3][4][5] Penyakit ini biasanya terhad, mereka yang sakit sembuh sendiri, tanpa rawatan khusus selain mengawal simptom dengan ubat penahan sakit.
Beguk merupakan penyakit berjangkit yang merebak antara orang kepada orang melalui hubungan dengan lendir pernafasan seperti dari air liur orang yang dijangkiti. Apabila orang yang dijangkiti batuk atau bersin, titisan menjadi semburan dan mampu memasuki mata, hidung, atau mulut orang lain. Beguk juga boleh tersebar melalui perkongsian makanan, minuman, dan bercium. Virus ini juga mampu hidup pada permukaan dan tersebar selepas hubungan dalam cara yang sama.
Mereka yang dijangkiti beguk mudah menjangkiti sejak sekitar 6 hari sebelum timbul simptom sehingga 9 hari selepas simptom bermula.[14][15] tempoh pengeraman (masa sehingga simptom timbul) boleh dari 14–25 hari tetapi biasanya 16–18 hari.[16]
Sebuah web lain yang saya temui mencatatkan begini:
Penyakit beguk adalah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan iodine , apabila kelenjar tirod yang terdapat pada leher pesakit menjadi bengkak. Sekiranya saiz bengkak ini kecil ia tidak akan mendatangkan masalah tetapi sekiranya saiz menjadi semakin besar, ia mungkin menyebabkan kesukaran menelan dan bernafas kerana kelenjar tirod ini terletak berhadapan dengan salur pemakanan
(esophagus) dan salur pernafasan (trakea). Penyakit ini tidak berjangkit, namun untuk mengubati penyakit ini pesakit perlu mengambil iodine tambahan dan ia akan hilang secara beransur-ansur.
Agak menarik perhatian ialah dalam kedua-dua sumber tersebut memaparkan perbezaan dari segi kemampuan penyakit beguk untuk berjangkit. Sumber pertama mengatakan penyakit beguk boleh berjangkit manakala sumber kedua mendakwa penyakit beguk tidak berjangkit.
Dari segi pengubatan, ada pendapat yang mengatakan beguk akan baik dengan sendirinya manakala terdapat juga pendapat yang mengatakan ia perlu dirawat. Walau bagaimanapun ia akan mendatangkan rasa tidak selesa kepada pengidapnya.
Saya juga menemui sebuah web yang mencatatkan gejala beguk sebagaimana berikut:
Gejala Beguk
Biasanya gejala beguk muncul dalam minggu pertama selepas kelenjar membengkak atau 16 hingga 18 hari selepas jangkitan. Antara gejala utama beguk ialah:
# Demam panas(sehingga 39.4° Celsius)
# Leher menjadi tegang
# Sakit kepala
# Hilang selera makan
# Mual dan muntah
# Sawan dan lain-lain gejala membabitkan otak
# Bengkak dan sakit pada kelenjar parotid, menyebabkan pipi kanak-kanak kembung seolah-olah menyimpan makanan di dalam mulut. Kelenjar ini biasanya bengkak selama 1 hingga 3 hari
# Kesakitan bertambah teruk apabila pesakit mengunyah, menelan, bercakap atau minum jus berasid (seperti jus oren)
# Kedua-dua kelenjar parotid (kiri dan kanan) boleh dijangkiti secara bergilir-gilir
Beguk boleh menyebabkan keradangan dan bengkak pada organ lain termasuk otak, walaupun ia jarang berlaku. Keradangan otak (ensefalitis) dan keradangan selaput otak serta saraf tunjang akibat beguk juga jarang terjadi.
Pada remaja dan orang dewasa, beguk mungkin menyebabkan keradangan pada buah zakar (orkitis). Biasanya hanya sebelah buah zakar yang bengkak dan sakit selama tujuh 7 10 hari selepas kelenjar parotid membengkak.
Biasanya beguk pada orang dewasa diiringi demam panas, menggigil, sakit kepala, loya, muntah dan yang sering disalah anggap sebagai masalah apendiks (apendisitis) jika buah zakar sebelah kanan yang dijangkiti. Selepas 3 hingga 7 hari, kesakitan dan bengkak pada buah zakar berkurang. Pada masa ini demam juga mulai kebah. Dalam sesetengah kes, kedua-dua buah zakar membengkak.
Bagaimanapun jangan risau, ia jarang menyebabkan kemandulan. Ia juga boleh mengakibatkan keradangan pada pankreas. Jika pada wanita, beguk boleh menyerang ovari yang menyebabkan abdomen bengkak dan sakit.
Kembali pada penggunaan minyak Morhabshi, anda boleh menyapu minyak tersebut pada bahagian yang bengkak itu beberapa kali sehari. Jika bernasib baik, sakit tersebut boleh sembuh dalam masa yang singkat sebagaimana berlaku pada jiran kami tadi. Insya-Allah.
Wallahu’alam.

Sumber:
http://hijab-batik.com/beguk.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Beguk
http://idhamlim.blogspot.com/2009/08/gejala-dan-rawatan-beguk.html
http://fiezabaiduri.blogspot.com/2009/04/beguk.html (foto)
> > > > >
1 Ulasan anda:
info tentang beguk di SIHAT SELALU - Gejala dan Rawatan Beguk
Post a Comment