pelbagai jenis penyakit kulit, dari seringan-ringannya hinnggalah kepada yang boleh membawa maut. Kayap ular dikatakan boleh membawa maut. Wallahu'alam. Foto di sebelah sekadar hiasan.Minggu lepas saya menerima panggilan telefon daripada ibu kepada anak murid saya. Dia menceritakan perihal jirannya yang mengadu kulit menggelembung dan menggelupas hampir seluruh tubuh.
Mereka sudah berubat di beberapa tempat termasuk melalui pengamal perubatan tradisional. Ada yang mengatakan akibat saka.
Inilah kali pertama saya mendengar kes saka yang begitu.
Saya memberitahunya bahawa minyak morhabshi biasanya mujarab untuk hampir semua penyakit kulit temasuk akibat alahan.
Mengenai saka pula memang ada kes minyak ini boleh membantu. Namun saya tidaklah jamin seratus peratus. Alangkan panadol pun kadangkala menyembuhkan dan adakalanya tidak berkesan.
Petang itu saya dan isteri singgah di rumah beliau untuk memberikan minyak morhabshi.
Pagi semalam (Sabtu) saya menemui kakak tersebut di sekolah. Kebetulan sekolah mengadakan program motivasi. Saya menyerahkan beberapa botol lagi minyak yang baru dipesan.
Dalam pada itu sempat jugak kakak itu memberitahu saya bahawa pengidap sakit kulit yang dikatakan akibat saka tersebut sudah beransur sembuh. Bengkak-bengkak pada tubuhnya sudah semakin mengecut.
Alhamdulillah.
Pesakit tersebut ingin membeli lagi kerana dia menggunakan minyak morhabshi dengan cara melumurkan ke seluruh tubuh. Habis sebotol sekali guna.
Kakak tersebut telah meminta untuk mengambil gambar pesakit sebelum dan sesudah penggunaan minyak morhabshi. Insya-Allah jika beliau beri nanti saya akan siarkan di blog ini.

> > > > >
-
-
-
-
2 Ulasan anda:
info tentang alahan di SIHAT SELALU - Alahan Tidak Mengenal Usia
I seldom leave comments on blog, but I have been to this post which was recommend by my friend, lots of valuable details, thanks again.
Post a Comment