Pengumuman penting

Membuat pesanan/pembelian (SMS ke 0194401944)

Ya, 01944-01944. Amat mudah.

sila guna no Akaun:
cimb 0408-0009 1360 58 (MORHABSHI)
ATAU;
Maybank 1540 5329 0898 (Noor Azman Aminudin)


SMS kepada 01944-01944

Itu sahaja. Terima kasih.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi terus saya di 0194402211.

Minyak Morhabshi adalah produk berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan (KKM: NOT110703273K).
MORHABSHI adalah jenama berdaftar (trademark) dan dipermilik di bawah
Syarikat MORHABSHI (REG. MA0154229-W)

Pejabat urusan morhabshi
16B-1, JALAN PERMATA 14, TAMAN HARTA PERTAMA, BUKIT BARU SYESYEN 2, 75150 MELAKA, MALAYSIA

Kongsi pengalaman anda atau pelanggan yang menggunakan minyak morhabshi

Sunday, November 28, 2010

Benarkah makhluk jin ada?


"Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!

Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.
Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.

Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran;
Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.
Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
Dan bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana yang kamu sangka, bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat).

Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.

Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.

Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah (dengan adanya kawalan langit yang demikian) hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka?
Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.
Dan bahawa sesungguhnya kita (sekarang) mengetahui, bahawa kita tidak sekali-kali akan dapat melepaskan diri dari balasan Allah (walau di mana sahaja kita berada) di bumi, dan kita juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasanNya (walau ke langit sekalipun).

Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (Al-Quran), kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh lagi); kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan.

Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar,

Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam. '
(Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): "Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka.

"(Pemberian yang demikian) untuk Kami menguji (dan menzahirkan bawaan dan keadaan) mereka dalam menikmati apa yang Kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan tetap betul menurut Islam); dan (ingatlah), sesiapa yang berpaling dari mengingati Tuhannya, (dengan berlaku ingkar - derhaka, maka) Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang memuncak beratnya.

"Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.

"Dan bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah (Nabi Muhammad) berdiri mengerjakan ibadat kepadaNya, mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya".
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun".

Katakanlah lagi; " Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu.

Katakanlah lagi; "Sesungguhnya aku, tidak sekali-kali akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapapun dari (azab) Allah (jika aku menderhaka kepadaNya), dan aku tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya,

"(Aku diberi kuasa) hanya menyampaikan (wahyu) dari Allah dan perintah-perintahNya (yang ditugaskan kepadaku menyampaikannya); dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaan RasulNya, maka sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya.".

(Golongan yang kufur ingkar itu tetap memandang engkau lemah dan kurang penyokong wahai Muhammad), sehingga apabila mereka melihat (azab) yang dijanjikan kepada mereka, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lemah penolong-penolongnya, dan sedikit jumlah bilangannya.

(Kalau ditanya bilakah azab itu? Maka) katakanlah: "Aku tidak mengetahui sama ada (azab) yang dijanjikan kepada kamu itu sudah dekat, atau Tuhanku menentukan bagi kedatangannya satu tempoh yang lanjut.

"Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, -
"Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan).

(Tuhan mengadakan malaikat-malaikat itu) supaya Ia mengetahui bahawa sesungguhnya - (dengan jagaan mereka) - Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan Tuhan mereka, (dengan sempurna); pada hal Ia memang mengetahui dengan meliputi segala keadaan yang ada pada mereka, serta Ia menghitung tiap-tiap sesuatu: satu persatu".


- Surah Al-Jin

Assalamualaikum para pembaca budiman.

Sengaja saya salin dan letakkan di sini maksud daripada Surah Al-Jin di atas berikutan sebuah sms yang saya terima yang seolah kurang yakin dengan kewujudan makhluk tersebut di dunia ini.

SMS tersebut dihantar kepada saya barangkali kerana pengeluaran Minyak Morhabshi kami.

Saya pun tidak menyangka akan ada yang terlupa bahawa Allah Taala tidak sahaja menciptakan manusia dan haiwan sahaja, malah juga makhluk ghaib seperti malaikat, syaitan, dan jin.

Sebelum ini terdapat soalan lumrah berkenaan kewujudan hantu. Bagi saya persoalan mengenai hantu itu lebih sesuai kerana memang terdapat perselisihan pendapat mengenainya sedangkan persoalan mengenai jin tidak perlu dipertikai lagi.

Barangkali elok juga kita berkongsi ilmu berkenaan jin dan hantu dalam blog ini dari semasa ke semasa.

Insya-Allah, walaupun saya bukanlah 'ahli' dalam bidang ini namun dengan kemudahan sumber maklumat yang ada pada hari ini mungkin kita boleh menyingkap dan meneroka lebih jauh lagi ke dunia yang tidak terlihat dek mata kasar iaitu alam ghaib.

Selamat mengikutinya dari semasa ke semasa dan semoga ia memberi manafaat kepada kita semua sebagai makhluk berakal.

Wallahu'alam.

Tafsiran/maksud ayat di atas disalin daripada:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Surah_Al-Jin

Untuk makluman, sengaja saya jarak-jarakkan baris-baris di atas untuk memudahkan pembacaan dan penyemakan. Ertinya, baris-baris yang kelihatan seperti perenggan itu bukanlah perenggan sebenar. Apapun, perlu disedari bahawa ayat sebenar adalah di dalam bahasa Arab dan ayat di atas hanyalah terjemahannya.

Friday, November 26, 2010

Stroke dan kebas kaki tangan




Sebelum ini saya siarkan sms daripada seorang pengguna di Pulau Pinang yang juga seorang guru (http://cikgumala.blogspot.com). Beliau telah mengalami kemalangan jalan raya dan disahkan serangan strok TIA oleh doktor. Kejadian tersebut berlaku tahun lepas (2009). Testimoni beliau juga boleh dibaca di www.morhabshi.com.

Tujuan SMS beliau baru-baru ini ialah untuk memberitahu bahawa beliau sudah sembuh sepenuhnya. Alhamdulillah.

Semalam saya terima satu lagi sms. Kali ini daripada seorang pengguna minyak Morhabshi di Kelana Jaya Selangor. Oleh kerana sms tersebut dikirim ke HP saya, maka saya rahsiakan nama beliau.

“nk bg testimonial..atuk sy kna strok.lemah bleh kiri n lidah pun effected..smp x leh telan n air liur meleleh je...saya smp je hospital,sy trus urut bdan,kaki n tapak kaki..pastu cam dlm 2-3jam trus grak tgn dia..kaki pun..patu lidah sy ada bg air zam zam..letak guna jari la kan..sok pg sy g hospital,mulut dia x leh ttp n kaki dh leh grak..jari dia siap leh genggam jari sy wktu sy urut dia..alhamdulliah..sy oder byk ni pun sbb makcik,sepupu nk juga myk ni..syukur sgt..hope pasni dia dh leh mkn.. sb doc msk wire kt hidung n trus msk kt perut je utk bg dia minum.”

Saya salin semula menggunakan gaya bahasa saya:

“Nak bagi testimoni.. Atuk saya diserang stroke. Lemah di bahagian kiri termasuk bahagian lidahnya. Akibatnya beliau tidak boleh menelan air liur menyebabkan air liur tersebut terus meleleh.”

“Apabila saya sampai di hospital, saya terus urut badan, kaki, dan tapak kaki (menggunakan minyak Morhabshi). Lebih kurang 2-3 jam selepas itu tangan beliau sudah mula boleh digerakkan. Begitu juga dengan kaki.”

“Saya juga meletakkan air zam zam pada lidahnya.”

“Keesokan paginya, saya ke hospital lagi. Mulutnya belum boleh ditutup namun kakinya sudah boleh bergerak. Malah ketika saya mengurut tangannya, dia memberi tindak balas dengan menggenggam jari saya.”

“Alhamdulillah. Saya membuat pesanan dengan banyak kali ini kerana ibu saudara serta sepupu saya turut berminat dengan minyak ini.”

Alhamdulillah. Kita hanya berusaha sedangkan Allah SWT yang menentukannya, sebagaimana sabda Rasululullah, ‘faiza azzamta watawakkal alallah innallaha yuhibbul mutawakklin’ (apabila kamu telah berusaha maka bertawakkal-lah pada Allah sesungguhnya Allah Taala menyukai orang yang bertawakkal).

Sementara itu kita teruskan berdoa sebagaimana firman Allah Taala ‘tidak akan berubah qada’ melainkan dengan doa’.

Selain masalah stroke, saya juga menerima beberapa maklum balas berkenaan kebas kaki tangan serta sesak nafas yang pernah saya ceritakan sebelum ini.

Wallahu’alam.

Nota:
Oleh kerana terdapat masalah pengeposan menggunakan ‘Pos Berdaftar’ (lambat tiba), maka Pakej A (1 botol berharga RM8) dan Pakaj B (2 botol berharga RM13) sudah dimansuhkan dan diganti Pakej baru (3 botol RM15). Pakej baru ini akan dipos menggunakan PosLaju. Insya-Allah pesanan akan tiba antara 1-3 hari.

Pakej lain masih seperti biasa iaitu:
Pakec C (5 botol = RM20), Pakej D (8 botol = RM30), Pakec E (12 botol = RM40), Pakec F (16 botol = RM50), Pakec G (20 botol = RM60).

Ertinya, semua pengiriman akan menggunakan perkhidmatan Pos Laju. Tiada bayaran tambahan selain yang tertera di atas.

Kemudahan ‘bayaran selepas produk diterima’ masih diamalkan. Justeru anda boleh membuat bayaran selepas produk selamat tiba di tangan.

Mohon kerjasama untuk memaklumkan melalui SMS (0194402211) sebaik anda membuat bayaran. Hal ini sangat penting kerana kami menganggap anda belum membuat bayaran selagi anda belum memaklumkan kepada saya melalui SMS.

Harga runcit kekal RM5.50 sebotol untuk Semenanjung manakala RM6.50 di Sabah/Sarawak.

Untuk tempahan/pembelian, sila sms nama, alamat dan kuantiti ke 019 440 2211 (Noor Azman Aminudin).

Wednesday, November 10, 2010

sakit saraf, urat, cedera kemalangan


SMS 1.
Assalamualaikum. Besarlah harapan saya sekiranya pihak tuan dpt mengepos dengan pos laju, ini kerana saya sendiri yang sangat2 memerlukan minyak tersebut yg mana saya semlm telah menggunakan n amat mujarab,yg mana saya sekarg ni mengidap penyakit saraf,yg mana susah utk saya begerak. T.kasih

SMS 2.
Salam, sy dah isi brg utk jd ahli, wang dpst akan sy mskkan t/hari nanti, subhanallah, sy ckp trpegun dgn kmujarapan minyak ini, sy mgunakan minyak ini utk mgurut org, dan kesannya amat menakjubkan, rakan sy kak halimah pun mgakui kesan yg baik dr minyak ini, kerana sakit kakinya ada prubahan stelah sy berikan stgh botol minyak yg sy gunakan..alhamdulillah, sama2 kta jd kan apa yg Allah prtunjukkan kpd kta utk bantu org2 yg memerlukan..amin..

Kedua-dua sms di atas saya terima pagi tadi daripada dua orang yang berlainan dan menggunakan telefon yang berlainan juga.
Walaupun kedua-duanya saya terima berasingan tetapi saling berkaitan kerana sms kedua mengesahkan pengakuan sms yang pertama.

Alhamdulillah. Sememangnya saya amat bersyukur bukan sahaja apabila jualan minyak Morhabshi bertambah, pendapatan ibu saya juga bertambah malah saya amat gembira menerima khabar gembira daripada para pengguna yang berpuas hati.

Selain kes di atas, ada beberapa lagi testimoni di web rasmi morhabshi.com yang menceritakan kemujaraban minyak herba ini menyembuhkan penyakit berkaitan saraf. Antaranya ialah akibat kemalangan.

Sementara itu saya meminta kerjasama para pembeli untuk memaklumkan kepada saya (019 440 2211) melalui sms sebaik membuat bayaran.

Saya sentiasa berdoa agar para pengguna minyak Morhabshi disembuhkan Allah Taala dari penyakit yang dihidapi.

Wallahu'alam. Wassalam.

Nota:
1) Pakej 1 botol berharga RM8 menggunakan Pos Berdaftar dimansuhkan kerana kiriman selalu lewat tiba ke tangan pengguna.

2) Pakej 2 botol berharga RM13 menggunakan Pos Berdaftar juga dimansuhkan atas sebab yang sama.

3) Pakej baru 3 botol berharga RM15 dan 5 botol berharga RM20 untuk pembeli di Semenanjung sahaja dan menggunakan Poslaju.

4) Semua kiriman menggunakan Poslaju dan tiada caj tambahan untuk itu. Contohnya, pakej C berharga RM20, maka bayar RM20 sahaja.

Friday, November 5, 2010

Penawar Racun


Tengahari tadi saya menerima satu panggilan dari pengguna minyak Morhabshi. Mendengar suaranya saya segera meneka beliau berasal dari Kedah.

Benar, tetapi beliau kini tinggal di KL.

"Baru-baru ni ada kucing termakan racun. Saya masukkan minyak Morhabshi ke dalam mulutnya. Alhamdulillah. Sat saja (dalam masa sekejap sahaja) kucing tu dah segar semula." cerita pengguna itu.

Alhamdulillah, kata saya.

Kisah itu mengingatkan saya pada cerita rakan saya di Melaka (pemilik syarikat printing label Morhabshi). Pada suatu hari anaknya membawa pulang seekor kucing yang termakan racun.

Beliau memasukkan beberapa tetes minyak Morhabshi ke dalam mulut haiwan itu.

Alhamdulillah, kucing itu dapat diselamatkan tetapi kesan racun tersebut menyebabkan kucing itu kehilangan suaranya beberapa ketika (bisu).

Saya katakan beberapa ketika kerana tidak lama kemudian suaranya beransur pulih dan kini kembali seperti biasa.

"Saya telefon ni sebab nak tau di mana boleh beli lagi minyak morhabshi. Sebelum ni saya dapat daripada kawan di Kedah." ujar sepemanggil itu. Saya ingat nak simpan, mana tau kot ada kecemasan. Lagipun ada banyak kegunaannya" tambah beliau lagi.

Saya memberitahu beliau bahawa 98% jualan kami ialah melalui pos. Kami tidak meletaknya di kedai-kedai. Kebanyakan pengguna adalah agen tidak rasmi kami sebab kami jual pada harga borong. Merekalah yang menjadi penyambung antara kami dengan para pengguna akhir.

Bagi yang belum mengenali minyak Morhabshi, minyak herba ini adalah warisan datuk kami, ustaz Hj Abd Hamid, Maahad Islamiyah Derang Kedah.

Minyak Morhabshi amat unik kerana memiliki khasiat yang sangat banyak. Ramai yang memanggilnya sebagai minyak serbaguna manakala sesetengahnya menganggap minyak Morhabshi sebagai ramuan ajaib (lihat testimoni di web rasmi www.morhabshi.com).

Saya bersetuju dengan pemanggil tadi bahawa eloklah disimpan sebotol dua minyak Morhabshi di rumah. Mana tahu, jika berlaku kecemasan ia dapat membantu.

Sesungguhnya kita hanya berikhtiar, Allah yang menentukan.

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

VVIP

Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.

TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Popular Posts

Pengkalan Blog Morhabshi