
"Kuyu je mata, cikgu." tegur seorang teman.
"Hmm... Mengantuk. Melayan baby sampai pukul 2.00 pagi." jawab saya.
"Apahal? menangis?" tanya lagi teman itu.
"Tak. Tapi dia tak nak tidur. Mata terkelip-kelip memandang sekeliling. Bila kita tidur, dia menangis. Terpaksalah mengenjut buai sampai dia terlelap." jawab saya.
Sebenarnya bayi kami itu tiada masalah apa-apa. Dia cuma 'salah jadual tidur'. Jika rajin melayannya, dia tidak meragam.
Namun ada juga bayi yang menangis tak berhenti-henti macam 'Ahmad Albab' dalam filem P. Ramlee. Habis almari dan pintu bilik diketuk, tidak juga mahu diam.
Seorang jiran kami dulu pernah mengalami hal sedemikian. Beberapa malam seisi rumah tidak dapat tidur. Ketika itu kami belum lagi menjual minyak Morhabshi secara serius. Hanya untuk kegunaan sendiri, sanak saudara, dan pelanggan lama yang sudah biasa menggunanya.
Akhirnya ibu mertua saya mencadangkan minyak Morhabshi pada jiran tersebut. Alhamdulillah, bayi tersebut berhenti menangis serta merta. Mulai hari itu minyak Morhabshi mula terkenal di Melaka.
Kadang-kadang bayi tidak menangis tetapi hanya merengek atau sering terkejut ketika tidur. Putera sulung kami sering mengalaminya apabila balik daripada bersiar-siar di waktu malam. Ketika kami tinggal di Muar, kami selalu membawanya bersiar-siar di tempat rekreasi di Muar.
Putera kedua kami tiada masalah kerana kami sudah tahu caranya. Hampir setiap kali pulang dari bersiar-siar, saya akan calitkan minyak Morhabshi pada kening, tengkuk, cuping telinga, ubun-ubun, dan sendi-sendi. Jika terlupa dan melihat perubahan lakunya di tengah malam, saya akan lakukan seperti tadi. Insya Allah.
Putera ketiga kami setakat ini tiada tanda-tanda diganggu. Agaknya kerana kami menyapu perut, dada dan tubuhnya setiap pagi dan petang selepas membersihkan tubuh serta menyalin pakaiannya.
Oh ya. Bayi menangis malam bukan sahaja kerana 'diganggu' tetapi mungkin kerana kembung perut. Itu sebabnya kami mengambil langkah pencegahan dengan menyapunya dengan minyak herba ini.
Alhamdulillah, setakat ini ia berhasil termasuk pada pengguna lain. Ia bukan sahaja berdasarkan maklum balas yang telah kami terima malah pembelian ulangan yang amat tinggi.
Itu sebabnya kami berusaha mengekalkan harga berpatutan kerana kami sedar minyak serbaguna ini diguna setiap hari.