Pengumuman penting

Membuat pesanan/pembelian (SMS ke 0194401944)

Ya, 01944-01944. Amat mudah.

sila guna no Akaun:
cimb 0408-0009 1360 58 (MORHABSHI)
ATAU;
Maybank 1540 5329 0898 (Noor Azman Aminudin)


SMS kepada 01944-01944

Itu sahaja. Terima kasih.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi terus saya di 0194402211.

Minyak Morhabshi adalah produk berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan (KKM: NOT110703273K).
MORHABSHI adalah jenama berdaftar (trademark) dan dipermilik di bawah
Syarikat MORHABSHI (REG. MA0154229-W)

Pejabat urusan morhabshi
16B-1, JALAN PERMATA 14, TAMAN HARTA PERTAMA, BUKIT BARU SYESYEN 2, 75150 MELAKA, MALAYSIA

Kongsi pengalaman anda atau pelanggan yang menggunakan minyak morhabshi

Friday, April 30, 2010

selamat datang puteraku


Alhamdulillah.

Penantian kami lebih kurang sembilan bulan berakhir pagi ini. Isteri saya telah selamat melahirkan anak ketiga kami. Lebih tepat lagi putera ketiga dan yang terakhir, rasanya.

Walaupun isteri saya tiada masalah semulajadi untuk bersalin secara normal namun kerana dua kelahiran sebelum ini melalui pembedahan maka beliau memilih untuk dibedah.

Memanglah kami menginginkan anak perempuan. Siang malam berdoa diberikan seorang puteri. Namun Allah SWT maha mengetahui dan pemberian-Nya ini amat kami syukuri.

Walaupun demikian urusniaga minyak Morhabshi tetap berjalan seperti biasa. Hal ini kerana selama ini semua tugas pembungkusan dan penghantaran tidak dilakukan oleh saya. Setiap pesanan akan dimajukan kepada bahagian penghantaran. Oleh itu ia dapat berlangsung seperti biasa.

Malah, ketika isteri adik saya yang menguruskan penghantaran dimasukkan ke hospital selama seminggu akibat denggi bulan lalu, proses penghantaran tidak terjejas. Hal ini kerana kami bekerja secara berpasukan.

Alhamdulillah. Mulai petang ini, sebotol minyak Morhabshi sudah disediakan untuk bayi kami. Sebelum senja, kami akan calitkan sedikit pada tubuhnya bagi mengelakkan gangguan makhluk halus dan sebagainya. Mulai pagi esok, minyak ini disapu pada pusat agar mudah tanggal. Ia juga akan disapu pada perut bagi mengelakkan kembung.

Begitulah yang kami lakukan pada bayi-bayi kami sebelum ini.

Wallahu'alam.

Tuesday, April 27, 2010

yang baik itu baik


Ketika memasuki tandas di Mydin MITC Melaka siang tadi saya terpandang papan tanda di atas. Lantas saya terfikir, sejauh manakah peraturan tersebut dipatuhi. Atau, adakah para pekerja bersedia mematuhi perkara tersebut.

Fikiran saya menerawang lagi dan bertemu pada soalan adakah perlu alat kawalan tertentu digunakan bagi memastikan ia dipatuhi?

Apakah alat yang sesuai? Buku log, CCTV, atau...?

Akhirnya saya dapati (dalam fikiran saya) tidak ada satu alatpun yang sesuai melainkan kesedaran sendiri.

Justeru setiap orang perlu sedar dan disedarkan betapa menjaga kebersihan adalah tanggungjawab setiap orang. Setiap orang perlu sedar dan disedarkan bahawa jika kita tidak mengutamakan kebersihan maka orang lain pun begitu juga.

Percayalah, jika kita berbuat yang terbaik pada diri sendiri maka kebaikan tersebut akan melimpah pada orang lain dan kembali kepada kita semula. Begitulah sebaliknya.

Justeru, berbuatlah yang terbaik dan percayalah bahawa seluruh dunia akan menyokong anda dan akan mencontohi anda.

Tuesday, April 20, 2010

cara menggunakan minyak morhabshi


Kami mohon maaf kepada yang membeli Minyak Morhabshi minggu lalu kerana tidak menyertakan lampiran cara penggunaan minyak tersebut kerana masalah teknikal.

Untuk makluman, semua penghantaran dibuat dari Sabak Bernam namun bahan-bahan untuk pembungkusan (label, kertas cetakan dll) dikeluarkan di Melaka.

Oleh itu saya siarkan di sini cara penggunaan minyak Morhabshi sebagaimana yang saya janjikan kepada beberapa pelanggan yang bertanya.

Kegunaan luar untuk sakit kulit (kudis, gatal, kayap, kurap dll), perut, lenguh, dada, sesak nafas dan sebagainya:
-Sapu di tempat berkenaan.

Sakit dalaman seperti kembung, cirit birit, buasir, santau, dan lain-lain:
-titiskan 5-6 titik ke dalam sedikit air dan diminum.

Masalah misteri seperti gangguan makhluk halus, santau, buatan orang dan sebagainya.
-calit pada sendi-sendi, kening, ubun-ubun, tengkuk, belakang telinga.

Kanak-kanak di bawah DUA tahun.
-untuk sapuan luar sahaja. JANGAN dibuat minum.

Minyak Morhabshi menggunakan bahan-bahan yang biasa dimakan seperti minyak kelapa, minyak lenga/bijan, rempah ratus, akar kayu dan lain-lain.

Tidak ada sebarang bahan kimia atau dadah.

Insya-Allah selamat dan menyembuhkan.

Foto di atas ialah Salawat Syifa' yang boleh dibaca sambil menggunakan minyak Morhabshi. Insya-Allah saya akan ceritakan keistimewaan salawat Syifa' ini dilain kali.

Sementara itu, hari ini 21 April. Apa kata anda buat tempahan sekarang dan kami akan kirimkan. Pembayaran boleh dibuat selepas produk diterima iaitu antara 24-25 haribulan (hari gaji anda).

Friday, April 16, 2010

Rakan Niaga Morhabshi



Sejak dikeluarkan lebih 50 tahun lalu, Minyak Morhabshi hampir tidak pernah dijual di kedai-kedai, melainkan pemilik kedai itu sendiri yang meminta untuk menjualnya.

Maksud saya, lazimnya produk-produk yang terdapat di pasaran dibawa oleh pengeluar atau wakil mereka mengunjungi kedai-kedai dan mengesyorkan agar premis perniagaan tersebut menjual produk mereka. Mereka mempunyai van khas bagi melakukan kerja tersebut.

Dalam hal ini Minyak Morhabshi tidak mempunyai sesiapa untuk melakukan tugas seperti itu.

Jadi, bagaimana minyak Morhabshi dipasarkan sebelum ini?

Sejak dahulu lagi minyak Morhabshi dijual sendiri oleh datuk kami kepada pelanggan beliau. Sebagai ustaz yang mengajar di merata tempat, agak mudah beliau menemui pelanggan runcit.

Selain itu terdapat juga anak murid beliau yang membeli dengan jumlah yang agak banyak dan menjual pada sanak saudara dan rakan-rakan mereka.

Begitulah cara minyak Morhabshi disebarkan.

Saya memulakan promosi minyak Morhabshi di internet sekitar 1999, tahun yang sama anak sulung saya dilahirkan. Kenapa? Kerana ketika itulah saya benar-benar melihat dan menggunakan sendiri minyak Morhabshi serta lebih yakin dengan kemujarabannya. Sebelum ini saya hanya mendengar cerita dan pengalaman orang lain.

Namun jualan melalui internet ketika itu amat sukar. Masalah utama ketika itu ialah kaedah pembayaran. Para pelanggan perlu ke bank dan beratur di kaunter untuk membuat pembayaran. Satu cara lagi ialah menggunakan wang pos. Itupun menyebabkan pembeli terpaksa beratur di kaunter pejabat pos bagi membeli wang pos.

Namun kini semua masalah tersebut hampir dapat diatasi seratus peratus. Para pembeli tidak lagi perlu beratur di kaunter. Mereka boleh membuat pembayaran di rumah sendiri melalui perkhidmatan bank online seperti Maybank, CIMB, Bank Islam, dan sebagainya. Malah Bank Rakyat juga telah melancarkan perbankan internet mereka sendiri.

Bagi yang tidak suka membayar melalui internet, mesin-mesin ATM yang boleh ditemui dengan mudah boleh digunakan bagi membuat pembayaran tanpa perlu mempunyai akaun sendiri.

Insya-Allah, tidak lama lagi kami akan membenarkan penggunaan kad kredit bagi membuat pembayaran.

Oleh kerana sejak dahulu lagi minyak Morhabshi disebar dari meulut ke mulut dan dari orang ke orang maka saya fikir ia elok diteruskan.

Maka saya berfikir dan mencari jalan untuk merealisasikan kaedah tersebut dengan lebih berkesan, bersesuaian dengan teknologi semasa.

Pada 2005 saya dan sepupu-sepupu saya cuba menubuhkan sebuah syarikat jualan langsung bagi mengedar minyak Morhabshi. Namun akhirnya terbantut kerana kekurangan modal. Bagi memulakan sebuah syarikat jualan langsung, modal minimum ialah 2.6 juta!

Kemudian saya cuba menggunakan sistem affeliate yang dikatakan cukup berkesan untuk pemasaran secara online. Sungguh mengejutkan, apabila sistem tersebut dilancarkan melalui web rasmi kami www.morhabshi.com, jualan minyak Morhabshi jatuh merudum.

Saya segera menamatkan program tersebut serta merta dan membuang semua plan pemasaran daripada web rasmi kami. Kesannya, jualan kembali pulih dan pelanggan lama kembali membuat pesanan.

Sekarang, kami menjual tidak kurang 80 botol sehari melalui pos tidak termasuk pembelian secara borong.

Saya bukan hendak memburuk-burukkan sistem affiliate namun itulah pengalaman sebenar saya. Mungkin nasib saya bukan bersama sistem affiliate kerana ramai juga yang berjaya dengan sistem tersebut.

Melalui kaedah sekarang, kami menawarkan harga berdasarkan kuantiti bagi membolehkan sesiapa sahaja merancang perniagaan sendiri. Malah, saya ingin mengumumkan bahawa kami bersedia menjual pada harga kurang dari RM1.80 sebotol jika anda bercadang membina networking sendiri.

Pakej kami sekarang:
1 botol : RM5 (+RM3 untuk kos pos)
2 botol : RM10 (+RM3 untuk kos pos)

Untuk pembelian 5 botol ke atas, kos penghantaran adalah PERCUMA.
5 botol : RM20
8 botol : RM30
12 botol : RM40
16 botol : RM50
20 botol : RM60

Pembelian borong bagi seunit:
100 botol : RM2.80
200 botol : RM2.50
500 botol : RM2.30
1000 botol : RM2.00
2000 botol : RM1.90
3000 botol : RM1.80

Dengan pengumuman di atas ia memberi peluang kepada sesiapa yang berminat membina sistem pemasaran sendiri.

Kami juga membenarkan mana-mana pihak menggunakan jenama sendiri untuk memasarkan minyak morhasbhi yang kami keluarkan.

Dalam masa yang sama kami melarang keras mana-mana pihak yang cuba mengeluarkan produk sendiri menggunakan jenama ’Minyak Morhabshi’.

Kami amat berbesar hati dapat menjalin hubungan perniagaan dengan anda.

Wednesday, April 14, 2010

minyak kemenyan bunian


Morhabshi juga dipanggil Kemenyan Bunian oleh masyarakat Melayu.



Pengalaman yang diceritakan hampir sama dengan maklumat yang terdapat dalam web www.morhabshi.com dan wikipedia.org.



Tawaran harga minyak 'Walh...' iaitu RM40 sebotol atau RM30 jika menjadi ahli. Minyak Morhabshi yang dikeluarkan syarikat kami cuma berharga RM5 sebotol (runcit) dan agen boleh medapatkan pada harga serendah RM2 sahaja bagi setiap unit.



"Ada orang jual Minyak Walxxxxx . Ramuan sama cam Morhabshi. Citer ada keluar dalam majalah Media Terkini keluaran 15 April." (Ramlan)

Demikian SMS yang saya terima malam kelmarin daripada seorang pelanggan kami.

Maka pagi tadi ketika menemani isteri membuat pemeriksaan doktor (menanti kelahiran bayi ketiga kami, insya-Allah) saya menemukan majalah tersebut di sebuah kedai.

Benar perkhabaran tersebut. Bahkan ia menjadi berita utama di muka depan majalah unik tersebut dengan tajuk besar 'Kemenyan Bunian Jadi Minyak'.

Pada muka surat dua majalah itu diceritakan pengalaman seorang lelaki menggunakan minyak tersebut yang dikatakan amat berkesan.

Lebih menarik lagi, saya dapati bahagian terakhir dalam rencana panjang tersebut terdapat perenggan-perenggan yang menyerupai artikal yang saya tulis dalam web rasmi kami iaitu www.morhabshi.com, serta dalam Wikipedia yang saya turut terlibat menulisnya.

Bahkan terdapat juga perenggan yang hampir sama dengan artikal dalam blog ini serta flyer yang pernah kami sebarkan sebelum ini.

Saya tidak ingin mendakwa bahawa hanya kami yang berhak mengeluarkan minyak Morhabshi. Saya akur bahawa Allahyarham datuk kami mengizinkan sesiapa sahaja mengeluarkan produk unik ini. Jika tidak, takkanlah ramuan tersebut diletakkan dalam kitab beliau 'Attabib Walhikmah.

Namun sebaiknya pihak berkenaan mematuhi etika penulisan yakni mencatatkan sumber rujukan yang digunakan.

Apapun saya ingin maklumkan sekali lagi bahawa ramuan Minyak Morhabshi yang kami keluarkan adalah formula original yang diperturunkan terus oleh datuk kami iaitu Ustaz Hj Abdul Hamid mengandungi lebih 30 jenis bahan. Sebaliknya ramuan yang ditulis di dalam kitab beliau cuma 17 jenis herba sahaja.

Saya rasa ramuan tersebutlah yang digunakan oleh beberapa syarikat untuk mengeluarkannya.

Apapun, saya bersikap terbuka dan mengalu-alukan penyertaan semua pihak dalam pengeluaran produk ini. Terutama yang memperolehinya terus daripada Tokwan kami.

Insya-Allah kita akan bersaing secara sihat dan sentiasa mengemukakan yang terbaik untuk para pelanggan.

Kami di Morhabshi.com tetap mengekalkan harga patut untuk peruncitan iaitu RM5 seunit. Kami juga masih membuka tawaran harga borong sehingga RM2 seunit berdasarkan kuantiti bagi memberi peluang kepada sesiapa sahaja membina perniagaan sendiri.

Bahkan kami membenarkan anda menggunakan jenama sendiri pada produk yang kami keluarkan ini. Saya optimis bahawa perniagaan berasaskan herba merupakan perniagaan yang amat berpotensi menjana keuntungan di samping melunaskan tanggungjawab sosial serta memenuhi tuntutan fardu kifayah.

Setakat ini, kami mengekalkan 99% jualan di pasaran internet dan menggunakan kaedah PosLaju dan Pos Berdaftar bagi membuat penghantaran.

Berikut saya sisipkan satu lagi SMS yang saya terima baru-baru ini:

"Assalamualaikum, Syabas, service amat baik cepat dan kemas pembungkusan yg lengkap dgn info. Saya Soliha baru saje terima produk 20 botol dgn selamat. T.kasih." (Soliha)

Insya-Allah kami akan pertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kami dengan sokongan anda semua.

Terima kasih daun keladi.

Tuesday, April 6, 2010

Baik untuk buasir


Seorang teman mengadu tentang buasir. Lalu saya katakan padanya: "sekarang ni orang tak hairan jika kena buasir sebaliknya aku akan hairan pada orang sebaya kita yang tidak kena buasir.

Ya. Dulu, buasir adalah penyakit yang jarang kita dengar. Mungkin juga kerana ia disembunyikan oleh pengidapnya kerana malu. Namun sekarang saya kerap menerima aduan tentang penyakit tersebut.

Buasir selalu dikaitkan dengan makanan pedas namun sebenarnya ia juga boleh disebabkan kerja berat. Selain itu penggunaan bahan perasa dalam makanan yang begitu berleluasa juga dikatakan mengundang risiko buasir.

Itu sebabnya ramai yang mengidap buasir.

Buasir boleh diubati melalui pengambilan ubat klinik samada dimakan atau dimasukkan ke dalam dubur. Jika ia sudah di peringkat teruk, pembedahan akan dilakukan bagi membuang bahagian usus yang rosak.

Walau bagaimanapun kini terdapat pelbagai rawatan alternatif bagi mengubati buasir tanpa dadah atau pembedahan. Salah satunya ialah menggunakan minyak Morhabshi.

Ada dua cara menggunakan minyak Morhabshi iaitu dengan menyapu minyak tersebut pada bahagian dubur dan cara kedua ialah meminumnya. Anda boleh menggunakan salah satu daripada kaedah tersebut atau kedua-duanya serentak.

Untuk diminum, titiskan 5-7 titis minyak Morhabshi ke dalam 1/4 cawan air dan diminum 2 kali sehari. Lakukan selama tiga hari dan lihat kesannya. Jika masih belum sembuh (darah masih keluar) dapatkan rawatan lanjut daripada doktor.

Namun selalunya darah akan berhenti pada hari kedua.

Minyak Morhabshi diperbuat daripada lebih 30 herba dan akar kayu serta dicampur pelbagai minyak yang boleh dimakan termasuk minyak kelapa. Justeru ia memang boleh diminum.

Selain untuk buasir, minyak Morhabshi boleh digunakan untuk pelbagai penyakit sehingga dikenali sebagai minyak herba serbaguna.

Dengan hanya RM5 sebotol, anda boleh gunakan sekeluarga untuk pelbagai kegunaan. Jika anda pesan pakej G anda cuma perlu membayar RM3 sebotol!

20 botol memang kelihatan banyak tetapi kebanyakan pelanggan kami memesan pakej tersebut. Mereka bukan sahaja boleh menggunakan sendiri bahkan dapat berkongsi dengan teman-teman samada sebagai hadiah mahupun mendapat sedikit keuntungan.

Namun jika anda ingin mencuba, kami tetap mengirimkan ke rumah anda walaupun cuma sebotol (lihat senarai harga)

Selamat mencuba.


foto:
buasir has clinic too u
niniee flickr.com

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

VVIP

Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.

TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Popular Posts

Pengkalan Blog Morhabshi