Pengumuman penting

Membuat pesanan/pembelian (SMS ke 0194401944)

Ya, 01944-01944. Amat mudah.

sila guna no Akaun:
cimb 0408-0009 1360 58 (MORHABSHI)
ATAU;
Maybank 1540 5329 0898 (Noor Azman Aminudin)


SMS kepada 01944-01944

Itu sahaja. Terima kasih.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi terus saya di 0194402211.

Minyak Morhabshi adalah produk berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan (KKM: NOT110703273K).
MORHABSHI adalah jenama berdaftar (trademark) dan dipermilik di bawah
Syarikat MORHABSHI (REG. MA0154229-W)

Pejabat urusan morhabshi
16B-1, JALAN PERMATA 14, TAMAN HARTA PERTAMA, BUKIT BARU SYESYEN 2, 75150 MELAKA, MALAYSIA

Kongsi pengalaman anda atau pelanggan yang menggunakan minyak morhabshi

Friday, February 19, 2010

Penunggu Pohon Beringin


Encik Ramli yang saya panggil Pak Andak bertugas di majlis perbandaran Seremban.

Pada suatu hari beliau membawa anak buahnya menebang sebatang pohon beringin di tepi sebuah tasik berhampiran rumah Maksu saya.

Malamnya, beliau bermimpi didatangi pasangan lelaki dan perempuan berpakaian kuning. Pasangan tersebut mendakwa Pak Andak saya telah memusnahkan kediaman mereka serta membunuh anak pasangan itu. Justeru mereka meminta ganti rugi atas musibah tersebut.

Pak Andak terus demam pada keesokannya dan terpaksa mengambil cuti. Paginya, ketika berbaring di dalam bilik berseorangan, sekali lagi pasangan tersebut mendatangi beliau dalam keadaan jaga (menurut pengakuan beliau).

Kunjungan berserta ancaman tersebut berlaku setiap hari malah ada kalanya lebih daripada sekali dalam satu hari.

Tiba-tiba isteri beliau (ibu saudara saya yang saya gelar Mak Andak) teringat pada minyak Morhabshi yang diberi oleh ibu saya pada suatu ketika.

Beliau mencalitkan minyak Morhabshi pada kening, ubun-ubun, tengkuk, cuping telinga dan sendi-sendi Pak Andak sambil bersalawat sebagaimana yang diajarkan ibu saya.

Pada suatu ketika, pasangan berpakaian kuning tersebut datang lagi. Namun kali ini mereka hanya berdiri di muka pintu dalam keadaan gelisah. Mereka seolah-olah takut untuk masuk ke dalam rumah atau mendekati bapa saudara saya sebagaimana sebelum ini.

Akhirnya kedua-dua makhluk itu lenyap dan tidak menjelma lagi. Bapa saya pulih dan tiada lagi gangguan hingga sekarang.

Nota:
Kisah ini beberapa tahun yang lalu. Mulanya diceritakan oleh ibu saya kepada saya. Kemudian saya mendengar sekali lagi daripada Mak Andak saya ketika berkunjung ke rumahnya di Seremban. Bagi mendapat kepastian, saya bertanya terus kepada suaminya (Encik Ramli) pada kunjungan yang lain dan beliau bercerita secara terperinci kejadian tersebut kepada saya dan isteri. Beliau mendakwa pasangan tersebut datang ketika beliau dalam keadaan sedar dan bukan bermimpi, dan ketika beliau berseorangan.


Wallahu’alam.







Testimoni lain, klik sini

foto sekadar hiasan:
bawah pohon beringin yg
c_kemboja flickr.com

Wednesday, February 17, 2010

untuk bayi anda yang comel


Lebih kurang dua bulan lagi kami akan mendapat orang baru lagi. Maksud saya, saat ini kami sedang menanti kelahiran cahaya mata ketiga.

Memang mendebarkan. Tambah-tambah pula kami sudah mempunyai dua orang putera. Harap-harap kali ini seorang puteri pula menjadi ahli keluarga kami.

Kepada anda yang baru menimang cahaya mata atau sedang menanti hari, samada sulung atau seterusnya secara terus terang saya ingin mengesyorkan Minyak Morhabshi. Cadangan ini bukanlah semata-mata kerana kami mengeluar dan menjual minyak herba ini, namun lebih pada perkongsian pengalaman.

Minyak Morhabshi diadun dengan tumbuhan herba serta akar kayu dicampur sejenis resin sejenis pokok yang dipanggil morhabshi atau ‘Myrr’.

Kami menyapu minyak Morhabshi pada perut bayi setiap hari bagi mengelak ia kembung atau dimasuki angin. Sebenarnya amalan menyapu minyak pada tubuh bayi memang dilakukan semua kaum termasuk Melayu, Cina, dan India. Cuma yang berbeza hanyalah jenis minyaknya.

Keistimewaan minyak Morhasbhi ialah ia turut melindungi bayi daripada gangguan makhluk halus. Kami mencalit sedikit minyak Morhabshi pada ubun-ubun, cuping telinga, tengkuk, sendi-sendi, dan kening bayi kami sambil bersalawat pada setiap hari (sebelum maghrib).

Kami juga menggunakan Minyak Morhabshi bagi mengubati luka pusat bayi. Ia membantu mempercepat tanggalnya pusat tersebut.

Putera kami yang kedua mengalami masalah kaki bersisik sejak lahir. Kami menyapunya dengan minyak Morhabshi setiap hari dan Alhamdulillah masalah tersebut telah tiada lagi.

Jika anda melihat testimoni di web rasmi minyak Morhabshi, di situ dipaparkan sebahagian daripada pengalaman pengguna menggunakan Minyak Morhabshi.

Selamat mencuba. Anda boleh mendapatkan harga serendah RM3 sebotol bergantung pada kuantiti. Malah, kami akan mengirimkan terus ke rumah anda termasuk ke Sabah & Sarawak tanpa sebarang bayaran tambahan.

Kami mempercayai anda. Justeru anda boleh membuat bayaran selepas minyak Morhabshi selamat tiba di tangan anda.

Anda cuma perlu menghantar SMS kepada kami bagi menyatakan Nama, Alamat, dan kuantiti yang ingin dipesan (019 440 2211, Noor Azman). Kami menggunakan perkhidmatan PosLaju bagi pesanan 8 botol ke atas.

Mungkin anda boleh jadikan sebagai hadiah untuk pasangan kenalan anda. Kami akan kirimkan terus kepada mereka.


Nota:
Minyak Morhabshi adalah ramuan tradisional yang diasaskan oleh Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid bin Ahmad@Lebai Mat. Almarhum juga adalah pensyarah Maahad Islamiyah Derang Kedah sehingga meninggal dunia. Perusahaan minyak morhabshi kini diteruskan anak cucu almarhum.



Salam hormat,



foto hiasan:
bayi 21 jpg
bima.ipb.ac.id

Tuesday, February 16, 2010

telur berpalit najis


"Annazofatul minal iman" ertinya kebersihan itu sebahagian daripada iman.

Sebagai muslim sewajarnya kita meletakkan kebersihan sebagai kriteria utama dalam segenap tindakan serta perbuatan. Apatah lagi dalam soal masakan dan penyediaan makanan.

Satu contoh mudah ialah ketika memasak telur. Saya ingin bertanya, berapa ramaikah yang mencuci telur sebelum memecahnya untuk dimasak?

Kebanyakan dari kita merasakan tidak perlu mencuci bahagian luar kulit telur kerana yang hendak dimakan ialah isinya. Namun tidakkah semasa memecahkan telur itu isinya akan meleleh melalui kulit telur?

Seperkara lagi, pembuat roti canai yang memegang telur yang tidak dicuci akan menyebarkan kekotoran pada kulit telur tersebut ke roti canai yang dipegangnya! Tidakkah itu menjijikkan?

Sebenarnya saya cukup serba salah untuk berkongsi perkara ini takut menjejas para peniaga roti canai. Namun saya kuatkan hati untuk memaparnya di sini demi tanggung jawab sesama Islam dan sesama pengguna.

Saya amat berharap kita semua mengambil sikap positif dalam hal ini. Bagi pembuat roti canai, ingatlah bahawa kita berniaga bagi mencari rezeki yang halal. Sajikan lah makanan yang terbaik untuk pelanggan kita. Insya-Allah perniagaan kita akan lebih berkat dan keuntungan akan berlipat ganda.

Selamat berjaya.



foto:
egg8 jpg
duanekeiser.blogspot.com

Saturday, February 13, 2010

cara menggunakan Minyak Morhabshi


Oleh kerana ramai yang menelefon dan bertanya cara menggunakan minyak Morhabshi maka saya siarkan catatan terbaru pada bungkusan minyak Morhabshi yang dihantar kepada pembeli. Catatan ini adalah yang terbaru (12 Feb 2010). Sebelum ini tiada sebarang nota iringan pada setiap penghantaran.

Assalamualaikum,

Minyak Morhabshi diadun daripada herba-herba serta akar kayu. Bahan-bahan tersebut dicampur dengan beberapa jenis minyak yang boleh dimakan seperti minyak kelapa dan bijan.

Secara asasnya, minyak Morhabshi disapu terus pada bahagian tubuh yang mempunyai masalah. Contohnya kudis, gatal, gigitan serangga dan juga lenguh serta sakit sendi dan tulang.

Begitu juga jika kembung perut, cirit birit, sakit kepala, sakit leher/tengkuk, sakit gigi, sakit dada, lelah, sesak nafas dan sebagainya.

Oleh kerana minyak Morhabshi diperbuat daripada bahan-bahan yang boleh dimakan maka ia boleh dimasukkan ke dalam gigi/gusi yang sakit atau ulser di dalam mulut.

Bagi mendapatkan kesan yang lebih baik jika cirit birit, buasir dan berak darah, serta kembung perut, titiskan beberapa titis minyak Morhabshi ke dalam air masak (1/4cawan air) dan diminum.

Gunakan antara 4-6 titis untuk sekali minum dan amalkan 2-3 kali sehari, atau sehingga sembuh.

Jika anda mengesyaki terkena santau atau melibatkan sakit dalaman (yang tidak boleh disapu), gunakan kaedah yang sama iaitu mencampurkan dengan air dan diminum.

Bagi penyakit yang dikaitkan dengan mistik dan misteri (seperti gangguan, sawan dan sebagainya), calitkan ke sendi-sendi, kening, tengkuk, cuping telinga, ubun-ubun, dan tempat sulit. Hal yang sama juga dilakukan pada bayi.

Minyak Morhabshi memang terkenal dalam kalangan ibu yang baru bersalin kerana ia digunakan untuk bayi dan juga si ibu itu sendiri. Namun kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah, sila gunakan untuk sapuan luar SAHAJA. Jangan diberi minum. Hal ini kerana kanak-kanak agak sensitif, dibimbangi terdapat alahan. Amalan menyapu pada bayi setiap kali selepas mandi dan menjelang maghrib dapat mengelakkan kembung dan ’gangguan’.

Minyak Morhabshi adalah ramuan tradisional dan penyediaannya juga melalui kaedah tradisional. Justeru tidak ada sebarang jaminan saintifik bahawa ia akan menyembuhkan penyakit. Senarai penyakit yang dipaparkan di sini serta pada botol dan web ialah berdasarkan pengalaman dan testimoni para pengguna terdahulu (sudah lebih 50 tahun digunakan).

Justeru kami mencadangkan Minyak Morhabshi digunakan sebagai rawatan kecemasan sementara mendapatkan rawatan sebenar daripada pihak hospital.

Salam hormat,
Noor Azman bin Aminudin
Admin www.morhabshi.com

Wednesday, February 10, 2010

Kunyit rawat luka dan bisa


Kunyit, selain daripada digunakan dalam masakan sebenarnya berupaya dijadikan ramuan bagi mengubati penyakit tertentu

Dalam perubatan Thai, kunyit digunakan bagi merawat bisa patukan ular tedung.

Saya menemui petua dalam kitab Attabib walhikmah karangan Dr(H) Ustaz Hj Hamid bahawa kunyit dicampurkan kuning telur dan madu lebah dapat menyembuhkan gasterik.

Seterusnya saya juga mendapat tahu kunyit memang berkesan bagi mengubati luka.

Menyebut tentang luka, industri perubatan menawarkan pelbagai alternatif bagi mengatasi masalah luka. Selain ubat-ubat moden, ramuan secara tradisional terus mendapat tempat dalam kalangan pengguna. Antaranya ialah minyak herba serbaguna Morhabshi yang turut memasukkan kunyit dalam ramuannya.

Berdasarkan pengalaman minyak Morhabshi memang berkesan untuk rawatan luka samada akibat objek tajam mahupun geseran pada permukaan kasar seperti dalam kes kemalangan motorsikal ataupun terjatuh ketika berlari.

Cuma kami ingin mengingatkan bahawa dalam kes kemalangan besar, walaupun darah sudah berhenti keluar setelah disapukan minyak Morhabshi, rawatan susulan ke hospital masih diperlukan bagi mengesan kecederaan dalaman.

Bagi saya, rawatan tradisional dan moden masing-masing ada keperluannya. Justeru tidak rugi menyimpan beberapa botol minyak Morhabshi di rumah kerana kita tidak tahu bilakah kita akan memerlukannya.

Kegunaan minyak Morhabshi yang berbagai-bagai menjadikan minyak ini amat sesuai untuk seisi keluarga.


Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

VVIP

Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.

TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Popular Posts

Pengkalan Blog Morhabshi