
Pada suatu petang saya dapati ada beberapa 'missed calls' pada communicator saya daripada dua pemanggil. Maka saya membuat panggilan balas. Mana tahu ada panggilan penting.
Panggilan daripada Pulau Pinang seorang wanita yang merasakan beliau telah terkena buatan orang. Manakala panggilan kedua ingin mengucapkan terima kasih atas kiriman kitab. Selain itu beliau (Syed, NS) memaklumkan bahawa ibunya telah boleh berjalan semula setelah menggunakan minyak Morhabshi. Beliau bercadang untuk menjual minyak Morhabshi secara runcit.
Saya nak ulas mengenai panggilan pertama namun bukan untuk menceritakan masalah pemanggil tersebut. Hal ini masih berkaitan dengan entry saya yang lepas berkenaan larangan Kementerian Kesihatan terhadap perubatan tradisional dalam kes misteri yang diamalkan masyarakat Melayu.
Kes misteri yang dimaksudkan termasuklah sihir (buatan orang), santau, histeria, gangguan makhluk halus dan sebagainya.
Saya bukan sengaja nak menidakkan kementerian tersebut namun keputusan mereka berdasarkan fahaman sains tidak begitu adil terhadap manusia yang tidak sahaja berhadapan dengan masalah fizikal malah turut menghadapi masalah dari dunia ghaib.
Adakah kita hendak menafikan alam ghaib yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar? Oleh kerana kita tidak berupaya 'memasuki' alam tersebut bukan bermakna ia tidak ada. Kajian sains hanya mengesahkan sesuatu yang dapat dibuktikan menggunakan metodologi sains sahaja. Manakala yang tidak dapat dibuktikan melalui kaedah sains akan ditolak.
Padahal alam ini penuh dengan pelbagai misteri yang tidak dapat diungkapkan melalui sains sedangkan masyarakat menghadapinya saban masa.
Mungkin kita boleh kaitkan pelajar asrama yang diserang histeria dengan faktor tekanan. Namun bagaimana dengan bayi yang belum tahu apa-apa? Seorang jiran kami mengalami masaalah bayinya yang menangis setiap kali waktu malam hingga ke pagi selama berhari-hari.
Mereka membawa bayi tersebut menemui doktor dan dilakukan pemeriksaan. Keputusannya, negatif. Yakni tiada masalah kesihatan. Tambahan pula bayi itu tidak menangis pada waktu siang.
Ibu mertua saya memberikan sebotol minyak Morhabshi dan setelah disapukan pada sendi-sendi, belakang telinga, kening, tengkuk, dan ubun-ubun; bayi tersebut berhenti menangis. Dapatkah sains memberikan jawapannya?
Saya pernah menulis kisah bakal biras saya yang kebetulan mengunjungi sebuah asrama perempuan ketika beberapa orang pelajar diserang histeria. Dalam keadaan terdesak, warden asrama meminta beliau membawa salah seorang pelajar yang sedang melolong ke hospital. Sebaik sahaja pelajar tersebut dibawa masuk ke dalam kereta, dia terus diam.
Melihat itu, pelajar tersebut keluar semula kerana sudah pulih. Namun sebaik keluar, pelajar itu menjerit semula. Apabila dibawa masuk semula ke dalam kereta, ia diam.
Rupa-rupanya sehari sebelum itu sebotol minyak Morhabshi telah tertumpah di dalam kereta tersebut!
Adik ipar saya yang menjadi warden di asrama sebuah sekolah di Klang juga pernah mengalami masalah yang hampir sama. Beberapa pelajar perempuan menjerit-jerit pada suatu malam. Beliau segera menelefon saya dan saya menyuruh beliau mencalitkan pada beberapa nggota bada sebagaimana yang dilakukan pada bayi tadi. Alhadulillah, pelajar itu berjaya pulih semula.
Bagaimana ilmu sains hendakmenerangkan kejadian tersebut?
Itulah sebabnya dalam entri lepas saya mulakan ayat dengan menulis betapa saya serba salah untuk menceritakan tentang larangan kementerian iaitu penyakit-penyakit misteri tidak boleh diiklankan. Hal ini kerana saya mempunyai banyak pengalaman berkaitan kes begitu.
Terpulanglah pada anda.
Foto rangka ikan duyung:
1243916962 jpg
jiwang.org