
"Stop, stop, stop..." Che Mat Dresar mengarahkan.
Pak Cha gesa-gesa memperlahankan Datsun 120Ynya dan berhenti di tepi jalan. "Nak buat apa, Che Mat?" tanyanya. Gusar juga memberhentikan kenderaan di jalan lengang itu walaupun jam baru menunjukkan pukul 8 malam.
Dia sedar, jalanraya bertanah merah yang merentasi hutan Jengka itu sesekali dikongsi juga tok gajah dan pak belang.
Hanya sesekali kenderaan melalui jalan itu terutama waktu malam.
"Tadi awak kata kita terlanggar kambing gurun. Saya nak tengok kambing tu." ujar HA klinik itu.
"Tak payah la Che Mat. Takkan ada lagi di situ. Kita langgar sikit je. Dia dah lari masuk hutan." jawab encik Mat Isa yang saya panggil Pak Cha itu.
"Sikit apanya..? Bergegar kereta kita walaupun kena bahagian tepi." balas HA itu tidak puas hati.
"Ya. Tapi setakat luka atau patah, dijilatnya sendiri, dah boleh lari semula. Lidah kambing gurun tu kalau kita dapat, buat duit la kita. Ha ha ha." jawab Pak Cha, ketawa.
Kisah di atas berlaku sekitar 1970an di Jengka Pahang. Ketika itu saya masih di sekolah rendah.
Ketika bersekolah di Temerloh, hampir setiap pagi Ahad saya ke pekan sehari di tebing muara Semantan. Saya suka melihat orang menjual ubat. Ketika itu saya tidak peduli sangat ubat yang dijual. Yang penting, pertunjukan silap mata si tukang ubat!
Salah satu ubat tradisional yang pasti ada setiap minggu ialah minyak kambing gurun.
Menariknya, penjual ubat akan mempamerkan kepala kambing gurun bagi membuktikan minyak tersebut adalah tulin. Jika mahu membelinya, boleh diceduk terus dari dulang yang menampung kepala kambing gurun malang itu.
Sekarang, saya tidak fikir ada penjual ubat yang berani berbuat begitu lagi memandangkan kambing gurun adalah haiwan yang dipelihara sepenuhnya di bawah akta Perhilitan.
Zaman itu, hampir setiap rumah orang Melayu menyimpan sekurang-kurangnya sebotol kecil minyak kambing gurun untuk digunakan di waktu kecemasan.
Khasiat kambing gurun memang banyak. Namun sebagaimana yang saya nyatakan tadi haiwan tersebut sudah hampir pupus dan menjadi kesalahan jika menyimpannya samada ia hidup atau mati.
Sekitar 1980an, minyak gamat pula menjadi popular. Minyak yang bersumberkan sejenis haiwan laut itu mampu menggantikan kehebatan kambing gurun yang semakin sukar ditemui.
Seperkara yang menarik pada gamat ialah ia turut dikaji secara saintifik sesuai dengan perkembangan teknologi semasa. Hasilnya pelbagai bentuk produk tradisional mahupun inovatif dikeluarkan oleh pelbagai syarikat, termasuk jeli gamat.
Antara gamat yang terkenal adalah yang dikeluarkan secara tradisional di Langkawi.
Saya rasa hampir setiap rumah orang Melayu menyimpan minyak gamat.
Apakah Minyak Morhabshi?
Saya percaya tidak ramai yang mengetahui tentang Morhabshi. Jika Kambing Gurun dan Gamat adalah sejenis haiwan, Morhabshi pula adalah getah (resin) daripada tumbuhan.
Sebenarnya penyelidikan terhadap morhabshi sudah berjalan lama di seluruh dunia. (lihat Wikipedia). Penggunaannya sudah dikesan sejak zaman Mesir purba dan diamalkan raja-raja Mesir. Malah harganya dikatakan sama dengan emas yang sama timbangannya.
Arwah datuk kami mengeluarkan minyak morhabshi bukan sahaja sebagai alternatif pada ramuan bersumberkan haiwan bahkan kerana beberapa keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri. Ia bukan sahaja untuk kegunaan fizikal malah dikatakan mempunyai aura mistik melangkaui alam ghaib (makhluk halus).
Selain resin Morhabshi, Minyak Morhabshi juga diadun bersama lebih 30 campuran herba yang terdapat di kepulauan Melayu. Ia juga dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran.
Sebahagian daripada herba-herba tersebut telah saya huraikan satu persatu dalam posting sebelum ini.
Datuk saya, Ustaz Hj Abdul Hamid merupakan pengamal perubatan alternatif berasaskan perubatan nusantara dan kaedah Islam. Beliau juga merupakan pengamal perubatan homeopathy bertauliah.
Beliau sebenarnya sudah memulakan pengeluaran minyak Morhabshi sejak lebih 50 tahun yang lalu secara kecil-kecilan. Malah sehingga ke akhir hayat beliau masih mempunyai pelanggan di sekitar dan di luar daerahnya. Kebanyakannya merupakan pelanggan lama yang bersambung dari generasi ke generasi.
Merealisasi impian minyak Morhabshi di alam cyber
Sekitar hujung 1990an, internet mula digunakan secara agresif di negara kita. Syarikat-syarikat dotcom tumbuh bagai cendawan. Melihat perkembangan itu saya cuba mengetengahkan produk warisan keluarga ini. Pengalaman tinggal bersama datuk saya di Kedah mendekatkan saya pada penggunaan herba dalam perubatan.
Walaupun saya sudah membuat promosi minyak morhabshi sejak 1999 di internet namun hanya selepas 2005 barulah ia mula mendapat perhatian pelanggan. Kekangan pada masa itu ialah mengenai cara pembayaran.
Ketika itu pelanggan terpaksa beratur di kaunter bank atau pejabat pos untuk membuat bayaran.
Jun 2009 saya membuat perubahan drastik dengan merombak strategi pemasaran. Saya menawarkan pakej-pakej bagi memudahkan pembeli membuat pilihan.
Kemudahan pembayaran melalui mesin ATM dan bank online seperti Maybank2u, Bank Islam, dan CIMBclicks banyak membantu perniagaan kami.
Kami menawarkan konsep 'dari pengeluar terus ke rumah pelanggan'.
Walaupun konsep tersebut seolah saya menjual terus kepada pengguna akhir (end user) namun harga dan pakej yang ditawarkan membolehkan para pembeli membuat jualan runcit di tempat mereka.
Berdasarkan harga pengeluar serendah RM2.50 seunit, pengguna yang membeli daripada kami boleh menjual dan mendapat untung sehingga melebihi 100%!
Harga runcit sebotol Minyak Morhabshi ialah RM5.50 di Semenanjung dan RM6.50 di Sabah & Sarawak.
Dua tarikan yang saya tawarkan kepada pembeli ialah:
1) kos penghantaran percuma ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak, dan;
2) pembayaran fleksibel yakni boleh dibuat selepas produk diterima.
Ertinya, pembeli hanya perlu membuat bayaran setelah mereka menerima produk dengan selamat.
Sementara itu saya juga tidak membezakan harga pengeluar' antara penduduk di semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Nampaknya saya mendahului DS Najib dalam konsep 1 Malaysia.
Saya menyimpan iltizam yang tinggi terhadap minyak Morhabshi. Saya mengimpikan setiap keluarga di Malaysia masing-masing menyimpan sebotol Minyak Morhabshi di rumah, sebotol di dalam kereta, dan sebotol lagi di tempat kerja.
Itulah sebabnya pada 2005 saya menawarkan pakej 3 botol.
Walaupun ramai yang menganggap Minyak Morhabshi produk 'ajaib' namun saya merasa gerun dengan anggapan itu. Yang lebih membimbangkan ialah apabila harapan yang terlalu tinggi akan menghilangkan kepercayaan orang ramai di masa hadapan.
Malah saya pernah dipanggil oleh pihak kementerian kesihatan dan diminta agar tidak memasukkan perkataan santau dan histeria pada iklan Minyak Morhabshi.
Kami mencadangkan Minyak Morhabshi digunakan sebagai rawatan awal sebelum mendapatkan rawatan selanjutnya. Justeru kami mengesyorkan ia sentiasa disimpan di rumah, di tempat kerja, dan di dalam kereta.
Melalui pengalaman kami sendiri dan para pelanggan, Minyak Morhabshi mampu menghentikan darah serta merta. Selain itu ia juga berkesan merawat penyakit yang menyerang secara tiba-tiba seperti sakit perut dan cirit-birit.
Pengalaman saya sendiri diserang sakit gigi pada suatu tengah malam, ia bukan sahaja menghentikan sakit dalam masa yang singkat malah sakit tersebut sudah tidak berulang lagi.
Ramai yang mengakui ia berkesan dalam menghentikan histeria dan gangguan terhadap bayi.
Sebenarnya saya tidak bermaksud untuk menceritakan satu persatu khasiat Minyak Morhabshi dalam posting kali ini. Senarai penyakit sudah saya catatkan pada web rasmi kami iaitu www.morhabshi.com dan diletakkan juga di sebelah kanan blog ini.
Kali ini saya cuma ingin berkongsi harapan saya untuk menjadikan minyak Morhabshi sebagai produk yang digunakan seluruh rakyat Malaysia khususnya dan insya-Allah akan merebak ke seluruh dunia. Kenapa?
Saya berpegang pada kata-kata 'Ekonomi Membangunkan Ummah' dan konsep 'jihad ekonomi'.
Saya berharap dapat menjadi salah seorang penyumbang terbesar pada zakat perniagaan di negara kita. Insya-Allah.
Setakat ini Minyak Morhabshi sudah melepasi tambak Johor, menyeberang sempadan Brunei, dan terbang ke Belanda.
0 Ulasan anda:
Post a Comment