
Minyak bayi
Alhamdulillah, kami dianugerah Allah SWT seorang lagi putera baru-baru ini. Meskipun jauh di sudut hati menginginkan seorang puteri setelah diberi dua 'orang balai' sebelum ini namun kami tetap bersyukur dikurnia bayi yang sihat walafiat serta sempurna sifat fizikal dan mental.
Dalam pada itu sempat pula hati terkenang beberapa orang rakan dan sepupu yang masih belum menimang cahaya mata. Ada yang sudah berumahtangga hampir 10 tahun.
Bersabarlah kerana settiap yang Allah SWT takdirkan itu ada hikmahnya.
Bagi yang baru menerima 'orang baru' atau sedang menanti kelahiran, kami ingin berkongsi khasiat minyak Morhabshi yang diasaskan nenda kami lebih 50 tahun lalu.
Minyak Morhabshi mengandungi lebih 30 herba pelbagai khasiat termasuk Morhabshi (Myrr) dan Zaffaron (Saffron) yang terkenal di seluruh dunia sebagai 'bahan ajaib'.
Kedua-dua bahan tersebut telah direkodkan dalam kitab-kitab perubatan dan digunakan sejak zaman Mesir Purba.
Mengenai Safron, Sayidina Ali RA mengatakan sesiapa yang mengamalkan Saffron akan mempunyai daya ingatan sehingga orang menyangka ia suatu sihir. (Minyak Morhabshi tidak dibuat untuk kegunaan ini).
Kami menggunakan minyak Morhabshi secara khusus untuk ketiga-tiga anak kami sejak mereka lahir, tetapi bukan diberi minum. Kami gunakan untuk sapuan sahaja.
Kegunaan pertama ialah bagi merawat pusat bayi. Setiap kali selepas memandikan bayi (biasanya waktu pagi), kami akan mencuci pusat bayi dan menyapu minyak Morhabshi di situ.
Seterusnya kami juga menyapu hampir seluruh tubuh bayi kami meliputi dada (depan dan belakang), perut dan kaki.
Sapuan bahagian dada adalah bagi mengelak kesejukan yang boleh menyebabkan batuk serta asma (lelah).
Bahagian perut amat perlu disapu bagi menghindari kembung perut yang sering menjadi masalah pada setiap bayi. Alhamdulillah ia berkesan pada bayi-bayi kami.
Kami menyapu pada kaki sebagai tambahan bagi mengelakkan kedinginan serta kembung perut (petua).
Selain itu, anak kami yang kedua mempunyai alahan pada kulit terutama betisnya. Alhamdulillah, setelah kami menyapunya setiap hari kini kulitnya sudah bersih daripada 'sisik-sisik' tersebut.
Seterusnya kami mencalit sedikit Minyak Morhabshi pada kening, ubun-ubun, cuping telinga, dan sendi-sendi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus.
Selain ayat suci Al-Quran yang dibacakan ketika meramunya, minyak Morhabshi juga dimasukkan beberapa herba yang dipercayai tidak disukai makhluk halus. Antaranya ialah Morhabshi dan Raja Kayu.
Sebelum terlupa, beberapa herba yang terdapat dalam minyak Morhabshi membantu menghentikan pendarahan luaran dan dalaman. Untuk pendaharahan dalaman ini dicadangkan minyak ini diminum (campuran 1/3 cawan dengan 5-6 titik minyak Morhabshi).
Selain itu ia juga membantu menyembuhkan gatal-gatal, alahan kulit dan gigitan serangga serta binatang bisa. Kami ada kes minyak Morhabshi mematikan bisa sengatan lipan bara dan 'mempesan' (sejenis serangga yang amat bisa).
Untuk makluman, buat masa ini Minyak Morhabshi hanya diedarkan atas konsep 'daripada pengguna kepada pengguna'. Yakni, pengguna membeli daripada pengeluar (kami) pada harga istimewa dan menjualnya kepada pengguna lain pada harga runcit.
Bagi membolehkan seberapa ramai pengguna mencuba minyak Morhabshi kami menawarkan harga mengikut pakej minimum satu botol yang dihantar terus kepada anda.
Harga runcit sekarang ialah RM5.50 (Semenanjung) dan RM6.50 (Sabah Sarawak) bagi stiap unit. Walaubagaimanapun TIADA PERBEZAAN HARGA pengeluar termasuk untuk Sabah & Sarawak.
Harga Pengeluar ialah antara RM2 hingga RM5 sebotol. Hal ini bermakna anda boleh mendapat keuntungan lebih 100% dari setiap unit.
Justeru jika anda berminat, sila lihat pakej yang disediakan dan hubungi kami melalui SMS atau telefon (0194402211).
Untuk lebih mudah, gunakan SMS.
2 Ulasan anda:
info tentang perut kembung di SIHAT SELALU - Masalah Perut Kembung
terima kasih Armouris. Maklumat yang berguna tu.. dan, blog yg menarik.
Post a Comment