Pengumuman penting

Membuat pesanan/pembelian (SMS ke 0194401944)

Ya, 01944-01944. Amat mudah.

sila guna no Akaun:
cimb 0408-0009 1360 58 (MORHABSHI)
ATAU;
Maybank 1540 5329 0898 (Noor Azman Aminudin)


SMS kepada 01944-01944

Itu sahaja. Terima kasih.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi terus saya di 0194402211.

Minyak Morhabshi adalah produk berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan (KKM: NOT110703273K).

MORHABSHI adalah jenama berdaftar (trademark) dan dipermilik di bawah
Syarikat MORHABSHI (REG. MA0154229-W)

Pejabat urusan morhabshi
16B-1, JALAN PERMATA 14, TAMAN HARTA PERTAMA, BUKIT BARU SYESYEN 2, 75150 MELAKA, MALAYSIA

Kongsi pengalaman anda atau pelanggan yang menggunakan minyak morhabshi

Sunday, September 26, 2010

Melaka car boot sales






Memang tidak mengecewakan!

Saya tiba agak lewat kerana tidak begitu dirancang. Memang sudah lama niat untuk menjengah lokasi 'pasaraya' yang berkonsepkan jualan terbuka daripada kereta persendirian itu. Namun kekangan masa sehingga menjelang aidil fitri melengahkan saya untuk ke situ.

Hasrat saya untuk menyertai jualan saya urungkan dulu. Sebaiknya ditnjau terlebih dahulu, kata hati saya.

Sebaik tiba saya lihat sudah tidak banyak kereta di situ. Jam di tangan menunjukkan pukul 11.10 pagi. "Patutpun..."

Ia dibuka setiap pagi Sabtu dan Ahad antara pukul 8.00-12.00 tengahari sahaja.

Pakaian wanita termasuk tudung yang bergantungan dan juadah ringan yang saya dapat lihat dari jauh agak mengecewakan saya. Jika itu jualannya, lebih baik saya ke pasar malam! Tak perlu bersusah payah melaburkan hari minggu saya.

Namun apabila saya meninjau satu persatu gerai-kereta yang cuma lebih kurang sepuluh buah itu, saya mula rasa seronok. Menurut seorang peniaga, mungkin kerana masih dalam suasana raya maka tidak ramai peniaga dan pengunjung pada hari ini).

Terdapat gerai kucing yang menawarkan kucing-kucing comel pada harga yang begitu murah berbanding di kedai. Jika tidak disebabkan kami baru mendapat bayi, sudah tentu saya akan membawa pulang sepasang kucing persian yang gebu itu.

Saya membeli penyangkut yang berpelekap getah untuk cermin atau bilik air pada harga RM10. Saya diberi 'ekstra' sebagai hadiah.

Saya singgah di sebuah kereta seorang lelaki yang menjual minuman kesihatan. Rupa-rupanya beliau adalah pengeluar produk yang agak terkenal itu. Beliau mempunyai kilang sendiri di Teluk Mas Melaka.

Saya membeli sebotol minuman kesihatan keluarannya dan diberi harga istimewa. terima kasih Encik Zul.

Sebuah kereta yang agak terpencil menarik minat saya. Seorang lelaki veteran berbangsa cina sedang melayan beberapa pengunjung. Rupa-rupanya beliau menjual koleksi stem-stem dan sampul surat lama. Saya percaya bahawa beliau bukan hendak menjual sangat sebaliknya sekadar ingin berkongsi kegemaran tersebut dengan generasi yang lebih muda.

Saya membeli 3 keping stem berjumlah RM3. Rupa-rupanya saya adalah pelanggan pertama beliau hari ini.

"Hari ini laku RM3, minggu depan lagi RM3, Kalau sebulan sudah dapat RM12," kata Encik Lim, yang merupakan pesara guru.

Kami sempat bergambar dan beliau beriya-iya meminta saya mencetaknya sebanyak 5 keping untuk disimpan!

Sebelum beredar saya sempat singgah di meja urusetia yang sentiasa bersedia membantu peniaga. Dan, sempat juga saya menyanyikan lagu Hattan melalui karaoke mereka. Nyanyi sikit je...

Tak sabar menunggu minggu depan kerana saya akan turut meletakkan kereta di situ bagi menjual dan mempromosi Minyak Morhabshi.

Jumpa di sana!!!

5 Ulasan anda:

ZulBM said...

Semalam, 3 Okt saya berniaga di sana, terdapat lebihkurang 30 gerai yg berniaga. Pengunjung tdk begitu ramai, mungkin masih dalam mood raya. Rasanya pihak penganjur kena buat promosi lebih giat lagi.....

Akan kesana lagi pada ahad ini....jumpa disana.....

Cheguman... said...

Insya-Allah ZuIBM.

Anonymous said...

salam....
saya juga sedang mencari-2 perluang meniaga CAR BOOT SALES nie coz seremban masih belum ada....

boleh beri saya contact person utk sy join dalam car boot sales melaka nie...

contact sy :- 012-3475744

Cheguman... said...

salam. Ia terbuka untuk sesiapa sahaja. Cuma datang ke situ dan buka boot atau letak meja kecil. Bayar RM1 sahaja kepada pihak yang menguruskan tapak itu.

Pagi Sabtu & Ahad, 8.00-12.00.

aty shakira said...

Saya mencari peniaga yang berminat untuk berniaga versi "Carboot sale" di Nilai sempena karnival iCEPS7 Universiti sains Islam Malaysia yang akan diadakan pada 8 Oktober 2011, tempat dataran Nilai @ Stadium Tertutup Nilai, terdapat aktiviti lain seperti concert, pameran, sukan lasak dan lain2. kepada peniaga yang berminat boleh hantar butiran nama, no telefon,no kereta ke atishakirashabri@gmail.com. charge untuk satu lot parking kereta RM20, kami yakin pengunjung memang ramai.

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

VVIP

Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.

TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Popular Posts

Pengkalan Blog Morhabshi