
Sejak dikeluarkan lebih 50 tahun lalu, Minyak Morhabshi hampir tidak pernah dijual di kedai-kedai, melainkan pemilik kedai itu sendiri yang meminta untuk menjualnya.
Maksud saya, lazimnya produk-produk yang terdapat di pasaran dibawa oleh pengeluar atau wakil mereka mengunjungi kedai-kedai dan mengesyorkan agar premis perniagaan tersebut menjual produk mereka. Mereka mempunyai van khas bagi melakukan kerja tersebut.
Dalam hal ini Minyak Morhabshi tidak mempunyai sesiapa untuk melakukan tugas seperti itu.
Jadi, bagaimana minyak Morhabshi dipasarkan sebelum ini?
Sejak dahulu lagi minyak Morhabshi dijual sendiri oleh datuk kami kepada pelanggan beliau. Sebagai ustaz yang mengajar di merata tempat, agak mudah beliau menemui pelanggan runcit.
Selain itu terdapat juga anak murid beliau yang membeli dengan jumlah yang agak banyak dan menjual pada sanak saudara dan rakan-rakan mereka.
Begitulah cara minyak Morhabshi disebarkan.
Saya memulakan promosi minyak Morhabshi di internet sekitar 1999, tahun yang sama anak sulung saya dilahirkan. Kenapa? Kerana ketika itulah saya benar-benar melihat dan menggunakan sendiri minyak Morhabshi serta lebih yakin dengan kemujarabannya. Sebelum ini saya hanya mendengar cerita dan pengalaman orang lain.
Namun jualan melalui internet ketika itu amat sukar. Masalah utama ketika itu ialah kaedah pembayaran. Para pelanggan perlu ke bank dan beratur di kaunter untuk membuat pembayaran. Satu cara lagi ialah menggunakan wang pos. Itupun menyebabkan pembeli terpaksa beratur di kaunter pejabat pos bagi membeli wang pos.
Namun kini semua masalah tersebut hampir dapat diatasi seratus peratus. Para pembeli tidak lagi perlu beratur di kaunter. Mereka boleh membuat pembayaran di rumah sendiri melalui perkhidmatan bank online seperti Maybank, CIMB, Bank Islam, dan sebagainya. Malah Bank Rakyat juga telah melancarkan perbankan internet mereka sendiri.
Bagi yang tidak suka membayar melalui internet, mesin-mesin ATM yang boleh ditemui dengan mudah boleh digunakan bagi membuat pembayaran tanpa perlu mempunyai akaun sendiri.
Insya-Allah, tidak lama lagi kami akan membenarkan penggunaan kad kredit bagi membuat pembayaran.
Oleh kerana sejak dahulu lagi minyak Morhabshi disebar dari meulut ke mulut dan dari orang ke orang maka saya fikir ia elok diteruskan.
Maka saya berfikir dan mencari jalan untuk merealisasikan kaedah tersebut dengan lebih berkesan, bersesuaian dengan teknologi semasa.
Pada 2005 saya dan sepupu-sepupu saya cuba menubuhkan sebuah syarikat jualan langsung bagi mengedar minyak Morhabshi. Namun akhirnya terbantut kerana kekurangan modal. Bagi memulakan sebuah syarikat jualan langsung, modal minimum ialah 2.6 juta!
Kemudian saya cuba menggunakan sistem affeliate yang dikatakan cukup berkesan untuk pemasaran secara online. Sungguh mengejutkan, apabila sistem tersebut dilancarkan melalui web rasmi kami www.morhabshi.com, jualan minyak Morhabshi jatuh merudum.
Saya segera menamatkan program tersebut serta merta dan membuang semua plan pemasaran daripada web rasmi kami. Kesannya, jualan kembali pulih dan pelanggan lama kembali membuat pesanan.
Sekarang, kami menjual tidak kurang 80 botol sehari melalui pos tidak termasuk pembelian secara borong.
Saya bukan hendak memburuk-burukkan sistem affiliate namun itulah pengalaman sebenar saya. Mungkin nasib saya bukan bersama sistem affiliate kerana ramai juga yang berjaya dengan sistem tersebut.
Melalui kaedah sekarang, kami menawarkan harga berdasarkan kuantiti bagi membolehkan sesiapa sahaja merancang perniagaan sendiri. Malah, saya ingin mengumumkan bahawa kami bersedia menjual pada harga kurang dari RM1.80 sebotol jika anda bercadang membina networking sendiri.
Pakej kami sekarang:
1 botol : RM5 (+RM3 untuk kos pos)
2 botol : RM10 (+RM3 untuk kos pos)
Untuk pembelian 5 botol ke atas, kos penghantaran adalah PERCUMA.
5 botol : RM20
8 botol : RM30
12 botol : RM40
16 botol : RM50
20 botol : RM60
Pembelian borong bagi seunit:
100 botol : RM2.80
200 botol : RM2.50
500 botol : RM2.30
1000 botol : RM2.00
2000 botol : RM1.90
3000 botol : RM1.80
Dengan pengumuman di atas ia memberi peluang kepada sesiapa yang berminat membina sistem pemasaran sendiri.
Kami juga membenarkan mana-mana pihak menggunakan jenama sendiri untuk memasarkan minyak morhasbhi yang kami keluarkan.
Dalam masa yang sama kami melarang keras mana-mana pihak yang cuba mengeluarkan produk sendiri menggunakan jenama ’Minyak Morhabshi’.
Kami amat berbesar hati dapat menjalin hubungan perniagaan dengan anda.
0 Ulasan anda:
Post a Comment