
Pada suatu malam saya merasa kurang selesa dalam mulut. Rupa-rupanya gigi kacip saya mula sakit. Gigi tu terasa longgar dan sakit apabila tersentuh.
Saya mengambil secebis tisu. Tisu itu saya celupkan ke dalam minyak morhabshi dan saya lekapkan pada gusi dan gigi yang sedang sakit. Oleh kerana saya tidak pasti gigi mana yang bebar-benar sakit (sakit itu dah merebak ke gigi lain), maka penuhlah mulut saya dengan tisu-tisu yang dicelup minyak morhabshi.
Maka dapatlah saya tidur dengan agak selesa tanpa rasa sakit yang keterlaluan.
Pagi-pagi esoknya, walaupun tidak begitu sakit saya mengambil keputusan untuk ke klinik bagi memeriksa adakah gigi kacip saya sudah longgar. Saya juga ingin kepastian gigi mana yang sakit sebenarnya.
Doktor yang memeriksa mengesahkan gigi kaciplah yang bermasalah dan mencadangkan supaya dicabut. Namun saya enggan kerana ingin merawat sendiri menggunakan minyak morhabshi. Tapi alasan tersebut tidak saya maklumkan kepada doktor itu.
Saya memberitahu doktor bahawa saya tidak mahu menjadi rongak. Maka doktor itu mencadangkan saya menjalani rawatan akar. Saya bersetuju dengan harapan saya dibenarkan pulang dan lari daripada proses pembedahan.
Namun saya diarah menjalani x-ray. Selepas x-ray saya diperiksa sekali lagi. Di luar rancangan saya, doktor tersebut bukan sekadar memeriksa sebaliknya sudah bersedia melakukan rawatan akar terhadap saya.
Mahu tidak mahu terpaksalah saya merelakan pembedahan kecil itu dilakukan.
Apabila selesai, saya dibenarkan pulang. Saya mengambil kesempatan untuk menyelesaikan beberapa urusan perniagaan. Selepas beberapa jam, kesan bius masih kuat malah saya rasa seolah semakin teruk. Terasa seluruh muka menjadi kebas dan tebal.
Akhirnya saya pulang ke rumah dan meminta isteri saya menyediakan segelas nescafe pekat. Tujuan saya ialah untuk menghilangkan kesan bius tersebut. Usaha saya berjaya kerana dalam masa 1-2 minit sahaja rasa kebas mula hilang, namun masalah baru pula muncul.
Ya. Rasa sakit pada gigi datang kembali malah lebih teruk. Semakin lama semakin sakit. Mahu tidak mahu saya terpaksa ke klinik semula. Doktor tadi memberitahu saya bahawa sakit tersebut adalah normal akibat kesan pembedahan dan akan hilang beransur-ansur. Beliau membekalkan saya ubat penahan sakit.
Isteri saya mengingatkan saya bahawa pengambilan ubat penahan sakit sebaiknya dielakkan kecuali terpaksa. Pengalaman beliau bekerja di klinik menyedarkannya tentang kesan negatif ubat penahan sakit.
Maka sekali lagi saya mengambil minyak morhabshi, mencelupkannya dengan kapas dan meletakkan pada gusi dan gigi yang sedang sakit.
Alhamdulillah, usaha itu berjaya. Maka ubat penahan sakit yang dibekalkan doktor tersimpan begitu sahaja di dalam laci. Pagi esoknya saya bangun tidur dan mendapati tiada lagi sebarang kesakitan pada mana-mana gigi.
Sekali lagi minyak morhabshi menyembuhkan sakit gigi yang saya hidapi. Justeru saya mencadangkan agar setiap rumah mempunyai 1-2 botol minyak morhabshi untuk digunakan di waktu kecemasan, terutama di tengah malam.
Hampir saya terlupa, beberapa tahun dahulu saya pernah melakukan rawatan akar. Namun rawatan tersebut disahkan tidak sempurna oleh seorang doktor. Doktor tersebut menunjukkan bukti x-ray yang menunjukkan rawatan pertama telah gagal dan menyuruh say menemui semula doktor yang melakukan pembedahan untuk rawatan susulan.
Selepas beberapa kali menjalani rawatan, saya masih belum sembuh sepenuhnya. 2-3 bulan sekali gigi tersebut diserang kesakitan. Pada suatu malam, gigi tersebut tiba-tiba terasa sakit. Kali ini agak kuat sakitnya. Saya mengambil tisu, mencelupnya pada minyak morhabshi dan melekapkan pada lubang gigi dan gusi. Alhamdulillah, dalam masa beberapa minit sakit itu terus hilang sehingga sekarang, yakni sudah lebih lima tahun.
Berbalik pada petua menghilangkan bius tadi, ada beberapa kes wanita yang bersalin melalui pembedahan mengalami sakit belakang akibat kesan bius. Bagi menghilangkan kesakitan akibat bius tersebut, buatkan segelas nescaffe pekat sebagaimana yang saya lakukan tadi. Insya Allah kesan bius itu akan hilang dalam masa yang singkat. Namun pastikan sakit akibat pembedahan telah benar-benar hilang. Jika tidak, anda akan menerima nasib seperti saya tadi.
Wallahu'alam.
foto hiasan:
propofol lg jpg
512 x 384 | 71k sharizals.com
0 Ulasan anda:
Post a Comment