
Lebih kurang dua bulan lagi kami akan mendapat orang baru lagi. Maksud saya, saat ini kami sedang menanti kelahiran cahaya mata ketiga.
Memang mendebarkan. Tambah-tambah pula kami sudah mempunyai dua orang putera. Harap-harap kali ini seorang puteri pula menjadi ahli keluarga kami.
Kepada anda yang baru menimang cahaya mata atau sedang menanti hari, samada sulung atau seterusnya secara terus terang saya ingin mengesyorkan Minyak Morhabshi. Cadangan ini bukanlah semata-mata kerana kami mengeluar dan menjual minyak herba ini, namun lebih pada perkongsian pengalaman.
Minyak Morhabshi diadun dengan tumbuhan herba serta akar kayu dicampur sejenis resin sejenis pokok yang dipanggil morhabshi atau ‘Myrr’.
Kami menyapu minyak Morhabshi pada perut bayi setiap hari bagi mengelak ia kembung atau dimasuki angin. Sebenarnya amalan menyapu minyak pada tubuh bayi memang dilakukan semua kaum termasuk Melayu, Cina, dan India. Cuma yang berbeza hanyalah jenis minyaknya.
Keistimewaan minyak Morhasbhi ialah ia turut melindungi bayi daripada gangguan makhluk halus. Kami mencalit sedikit minyak Morhabshi pada ubun-ubun, cuping telinga, tengkuk, sendi-sendi, dan kening bayi kami sambil bersalawat pada setiap hari (sebelum maghrib).
Kami juga menggunakan Minyak Morhabshi bagi mengubati luka pusat bayi. Ia membantu mempercepat tanggalnya pusat tersebut.
Putera kami yang kedua mengalami masalah kaki bersisik sejak lahir. Kami menyapunya dengan minyak Morhabshi setiap hari dan Alhamdulillah masalah tersebut telah tiada lagi.
Jika anda melihat testimoni di web rasmi minyak Morhabshi, di situ dipaparkan sebahagian daripada pengalaman pengguna menggunakan Minyak Morhabshi.
Selamat mencuba. Anda boleh mendapatkan harga serendah RM3 sebotol bergantung pada kuantiti. Malah, kami akan mengirimkan terus ke rumah anda termasuk ke Sabah & Sarawak tanpa sebarang bayaran tambahan.
Kami mempercayai anda. Justeru anda boleh membuat bayaran selepas minyak Morhabshi selamat tiba di tangan anda.
Anda cuma perlu menghantar SMS kepada kami bagi menyatakan Nama, Alamat, dan kuantiti yang ingin dipesan (019 440 2211, Noor Azman). Kami menggunakan perkhidmatan PosLaju bagi pesanan 8 botol ke atas.
Mungkin anda boleh jadikan sebagai hadiah untuk pasangan kenalan anda. Kami akan kirimkan terus kepada mereka.
Nota:
Minyak Morhabshi adalah ramuan tradisional yang diasaskan oleh Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid bin Ahmad@Lebai Mat. Almarhum juga adalah pensyarah Maahad Islamiyah Derang Kedah sehingga meninggal dunia. Perusahaan minyak morhabshi kini diteruskan anak cucu almarhum.
Salam hormat,

foto hiasan:
bayi 21 jpg
bima.ipb.ac.id
0 Ulasan anda:
Post a Comment