
"Annazofatul minal iman" ertinya kebersihan itu sebahagian daripada iman.
Sebagai muslim sewajarnya kita meletakkan kebersihan sebagai kriteria utama dalam segenap tindakan serta perbuatan. Apatah lagi dalam soal masakan dan penyediaan makanan.
Satu contoh mudah ialah ketika memasak telur. Saya ingin bertanya, berapa ramaikah yang mencuci telur sebelum memecahnya untuk dimasak?
Kebanyakan dari kita merasakan tidak perlu mencuci bahagian luar kulit telur kerana yang hendak dimakan ialah isinya. Namun tidakkah semasa memecahkan telur itu isinya akan meleleh melalui kulit telur?
Seperkara lagi, pembuat roti canai yang memegang telur yang tidak dicuci akan menyebarkan kekotoran pada kulit telur tersebut ke roti canai yang dipegangnya! Tidakkah itu menjijikkan?
Sebenarnya saya cukup serba salah untuk berkongsi perkara ini takut menjejas para peniaga roti canai. Namun saya kuatkan hati untuk memaparnya di sini demi tanggung jawab sesama Islam dan sesama pengguna.
Saya amat berharap kita semua mengambil sikap positif dalam hal ini. Bagi pembuat roti canai, ingatlah bahawa kita berniaga bagi mencari rezeki yang halal. Sajikan lah makanan yang terbaik untuk pelanggan kita. Insya-Allah perniagaan kita akan lebih berkat dan keuntungan akan berlipat ganda.
Selamat berjaya.
foto:
egg8 jpg
duanekeiser.blogspot.com
0 Ulasan anda:
Post a Comment