Saturday, February 13, 2010

cara menggunakan Minyak Morhabshi


Oleh kerana ramai yang menelefon dan bertanya cara menggunakan minyak Morhabshi maka saya siarkan catatan terbaru pada bungkusan minyak Morhabshi yang dihantar kepada pembeli. Catatan ini adalah yang terbaru (12 Feb 2010). Sebelum ini tiada sebarang nota iringan pada setiap penghantaran.

Assalamualaikum,

Minyak Morhabshi diadun daripada herba-herba serta akar kayu. Bahan-bahan tersebut dicampur dengan beberapa jenis minyak yang boleh dimakan seperti minyak kelapa dan bijan.

Secara asasnya, minyak Morhabshi disapu terus pada bahagian tubuh yang mempunyai masalah. Contohnya kudis, gatal, gigitan serangga dan juga lenguh serta sakit sendi dan tulang.

Begitu juga jika kembung perut, cirit birit, sakit kepala, sakit leher/tengkuk, sakit gigi, sakit dada, lelah, sesak nafas dan sebagainya.

Oleh kerana minyak Morhabshi diperbuat daripada bahan-bahan yang boleh dimakan maka ia boleh dimasukkan ke dalam gigi/gusi yang sakit atau ulser di dalam mulut.

Bagi mendapatkan kesan yang lebih baik jika cirit birit, buasir dan berak darah, serta kembung perut, titiskan beberapa titis minyak Morhabshi ke dalam air masak (1/4cawan air) dan diminum.

Gunakan antara 4-6 titis untuk sekali minum dan amalkan 2-3 kali sehari, atau sehingga sembuh.

Jika anda mengesyaki terkena santau atau melibatkan sakit dalaman (yang tidak boleh disapu), gunakan kaedah yang sama iaitu mencampurkan dengan air dan diminum.

Bagi penyakit yang dikaitkan dengan mistik dan misteri (seperti gangguan, sawan dan sebagainya), calitkan ke sendi-sendi, kening, tengkuk, cuping telinga, ubun-ubun, dan tempat sulit. Hal yang sama juga dilakukan pada bayi.

Minyak Morhabshi memang terkenal dalam kalangan ibu yang baru bersalin kerana ia digunakan untuk bayi dan juga si ibu itu sendiri. Namun kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah, sila gunakan untuk sapuan luar SAHAJA. Jangan diberi minum. Hal ini kerana kanak-kanak agak sensitif, dibimbangi terdapat alahan. Amalan menyapu pada bayi setiap kali selepas mandi dan menjelang maghrib dapat mengelakkan kembung dan ’gangguan’.

Minyak Morhabshi adalah ramuan tradisional dan penyediaannya juga melalui kaedah tradisional. Justeru tidak ada sebarang jaminan saintifik bahawa ia akan menyembuhkan penyakit. Senarai penyakit yang dipaparkan di sini serta pada botol dan web ialah berdasarkan pengalaman dan testimoni para pengguna terdahulu (sudah lebih 50 tahun digunakan).

Justeru kami mencadangkan Minyak Morhabshi digunakan sebagai rawatan kecemasan sementara mendapatkan rawatan sebenar daripada pihak hospital.

Salam hormat,
Noor Azman bin Aminudin
Admin www.morhabshi.com

1 comment:

Anonymous said...

sy menggunakan minyak morhabsi ini untuk mengubati gatal-gatal pada kulit saya. namun selepas menggunakan kulit saya menjadi merah dan semakin gatal. rakan saya juga menggunakannya, dia juga turut mengalami serupa dgn saya. apakah penyebabnya? dan adakah kami menggunakannya dgn tidak betul?

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

VVIP

Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.

TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Popular Posts

MORHABSHI adalah sebuah syarikat berdaftar: M0154229-W

Minyak MORHABSHI adalah produk berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia: NOT110703273K

www.morha.info ini didedikasi untuk Almarhum Ust Dr (H) Abdul Hamid, penulis kitab Attabib Walhikmah (pengasas minyak herba morhabshi) dan isteri beliau almarhumah Hjh Saodah. Al-fatehah.

Pengkalan Blog Morhabshi