
Jika dilihat pada testimoni pengguna minyak Morhabshi, seolah tidak wajar ia dijual RM5 sebotol. Malah boleh mengundang rasa kurang yakin bakal pembeli.
Hal ini sudah lama disuarakan beberapa orang rakan saya malah ada yang mencadangkan dijual pada harga RM30 sebotol!
Namun saya mempunyai pandangan yang lain. Bagi saya, minyak Morhabshi adalah minyak biasa bagi mengatasi penyakit-penyakit biasa seperti sakit gigi, batuk, kembung, lenguh, sakit urat, sakit kulit, gigitan serangga, dan lain-lain sebagaimana tertera pada laman web rasmi kami dan pada botol.
Jika ada penyakit serius seperti kanser, lelah, jantung, lumpuh dan lain-lain sebagaimana yang pernah diberitahu pelanggan kami, yakni yang disembuhkan minyak ini, anggap sahaja suatu bonus!
Justeru bagaimana mungkin meletakkan harga yang tinggi untuk kegunaan biasa seperti itu? Siapa yang akan membeli? Kamipun tidak tergamak menjualnya.
Maka harga RM3 hingga Rm5 (perkuantiti) itu sudah cukup sesuai dan berpatutan. Berdasarkan pengalaman kami pembeli minyak Morhabshi akan mengekalkan langganan selagi mereka boleh mendapatkan bekalan kerana kegunaannya yang berbagai-bagai.
Itu yang kami maksudkan dengan minyak herba serbaguna.
Biarlah untung sedikit tetapi berterusan. Lagipun saya merasa satu kepuasan tersendiri apabila para pelanggan menghubungi dan menceritakan bahawa penyakit yang dihidapi telah sembuh.
Alhamdulillah.
Pada pengamatan saya, keluarga yang mempunyai bayi memang perlu menyimpan minyak Morhabshi dan digunakan setiap hari. Jikapun anda tidak mempercayai gangguan makhluk halus, namun ia boleh mengelakkan bayi kembung, masalah kulit, menyembuhkan pusat, ruam, dan sebagainya.
Bagi yang percaya bahawa dunia ini turut dikongsi bersama makhluk lain yang tidak terlihat dek mata kasar, maka minyak Morhabshi menjadi pendinding yang berkesan (berdasarkan pengalaman pengguna kami).
Sebagaimana yang pernah saya pesan, bekalkan minyak morhabshi pada anak-anak yang ingin melakukan aktiviti luar seperti berkhemah, masuk ke hutan atau pulang ke asrama, serta jangan lupa simpan sebotol di rumah, di dalam kereta, serta di tempat kerja kerana kita tidak tahu bilakah kita akan menggunakannya.

foto sekadar hiasan:
RG0054 JPG
silveramber.co.uk
0 Ulasan anda:
Post a Comment