Wednesday, July 29, 2009

Memilih Yang Terbaik

Perut yang tiba-tiba lapar di tengah malam memaksa saya keluar ke warung berhampiran. Sambil menanti roti canai dan teh ais, mata tertumpu pada berita tengah malam.

Selain pelbagai berita semasa dari serata dunia, dipaparkan juga sedutan perlawanan bola sepak luar negara. Terpaku saya menonton jaringan-jaringan yang amat mempersonakan.

Terlintas di hati, kenapa sedutan perlawanan bola sepak tempatan tidak begitu menarik?

Lantas minda saya sendiri menjawab: sedutan tadi dipilih daripada serata pelusuk dunia. Barangkali terdapat ratusan perlawanan bola sepak di seluruh dunia hari ini dan hanya yang terbaik ditayangkan kepada kita.

Sedangkan di Malaysia, sudah tentu tidak banyak perlawanan pada satu-satu masa.

Manakan sama memilih sedutan terbaik daripada 2-3 perlawanan sahaja berbanding memilih 2-3 sedutan terbaik daripada ratusan perlawanan di seluruh dunia.

Maka kita perlukan juga kuantiti bagi menyerlahkan kualiti.

Minyak Morhabshi kini dipasarkan menggunakan sistem affiliate dengan tujuh level. Nampaknya sambutan semakin menggalakkan.

Sebagaimana intro saya tadi, kuantiti menyerlahkan kualiti. Hal ini terbukti apabila kami mula menerima testimoni daripada para pengguna, yang memeranjatkan kami.

Manakan tidak; selama ini Minyak Morhabshi digunakan untuk penyakit luaran, mistik, dan penyakit 'biasa'. Walupun Allahyarham Ustaz Hj Abdul Hamid
menyatakan ramuan ini boleh mengubati kanser/barah, namun belum pernah dicuba.

Minggu lepas kami menerima testimoni daripada Ustaz samsudin, Kemaman yang memaklumkan pesakit barah hati kronik yang diubati menggunakan titisan minyak Morhabshi memberikan hasil yang menakjubkan sehingga doktor turut terperanjat.

Kami percaya, ia bukanlah semata-mata kerana minyak ini. Usaha dan keikhlasan Ustaz Samsudin merawat pesakit tersebut juga banyak membantu. Selebihnya, sudah tentu apa sahaja yang berlaku takkan berlaku jika Allah tidak mengizinkan.

Kelmarin dulu, saya menelefon Cikgu Normala (cikgumala.blogspot.com) yang ditimpa kemalangan. Alahamdulillah, penyakit stroke yang dialaminya sudah semakin pulih setelah menggunakan Minyak Morhabshi. Selain bercerita, Cikgu Mala menulis email kepada saya dan boleh dibaca dalam ruangan testimonial www.morhabshi.com.

Alhamdulillah.

Wednesday, July 22, 2009

Niat


"Innamal a'malu binniat"

Demikianlah hadis pertama yang saya pelajari ketika di kelas Peralihan SM (A) Al-Khairiah, Temerloh hampir 30 tahun dahulu.

Mungkin anda juga pernah mendengar atau membaca hadis tersebut yang bermaksud 'setiap perbuatan itu diambil kira akan niat seseorang yang melakukannya.

Sebenarnya hadis tersebut menceritakan tentang peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah.

Rupa-rupanya bukan semua kaum muhajirin yang ikut berhijrah itu mempunyai niat yang sama, meskipun majoritinya berhijrah demi menegakkan Islam.

Perlu diingat, niat yang tidak serupa tidak semestinya tidak baik. Cuma, ’kurang afdhal’.

Maka Rasululullah SAW bersabda, masing-masing akan mendapat sebagaimana yang mereka niatkan. Jika hijrahnya kerana mengikut isteri/suami, dapatlah isteri/suami itu.

Saya membawa isu niat dalam peristiwa hijrah tersebut kerana setelah seminggu lamanweb baru morhabshi dilancarkan, saya masih meneka-neka, apakah yang dikehendaki oleh para pengunjung?

Adakah pengunjung akan tertarik dengan khasiat Minyak Morhabshi? Atau akan tertawan dengan ganjaran yang bakal diperolehi setelah membantu mempromosikan ramuan herba ini?

Atau kedua-duanya tidak menarik minat?

Apapun niat anda, sebenarnya ia bukanlah suatu kesalahan.

Beberapa hari lepas saya mendapat panggilan daripada Dr Laziz (Kuantan) yang begitu teruja dengan keistimewaan Morhabshi. Saya berbual dengan Encik Rahiman (Johor) melalui telefon yang menceritakan tentang Minyak Morhabshi membantu saudaranya yang terkena gangguan.

Saya juga menerima ucapan penghargaan daripada blogger Makcik http://melayuangkat.blogspot.com/ , iaitu seorang blogger wanita yang disegani, yang turut mencuba sendiri Minyak Morhabshi.

Malah seorang pengguna, Encik Nordin daripada Terengganu sempat menemui saya ketika beliau datang ke Melaka. Kemudian, rakannya iaitu Ustaz Shamsudin menelefon saya untuk datang ke Melaka berbincang mengenai produk istimewa ini.

Sebenarnya kesemua mereka di atas adalah pengguna Minyak Morhabshi sebelum sistem baru ini dilancarkan.

Saya juga mengimbau kembali bagaimana Encik Harizal berjaya menjual hampir 1000 botol sebulan di sekitar Pulau Pinang tahun lalu.

Lantas saya tertanya-tanya, kenapa dalam masa seminggu cuma terdapat 30 pendaftaran sahaja? Padahal sebelum inipun memang sebanyak itulah pesanan yang kami terima setiap minggu melalui lamanweb yang lama. Padahal ketika itu kami hanya membuat promosi dalam Yahoogroup Myherba sahaja. Itupun jarang-jarang sekali.

Barangkali anda ada jawapannya. Sila maklumkan pada kami melalui kotak maklumbalas yang kami sediakan di http://www.morhabshi.com/


foto: MosqueMadinah
freewebs.com

Thanks

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

VVIP

Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.

TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Popular Posts

MORHABSHI adalah sebuah syarikat berdaftar: M0154229-W

Minyak MORHABSHI adalah produk berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia: NOT110703273K

www.morha.info ini didedikasi untuk Almarhum Ust Dr (H) Abdul Hamid, penulis kitab Attabib Walhikmah (pengasas minyak herba morhabshi) dan isteri beliau almarhumah Hjh Saodah. Al-fatehah.

Pengkalan Blog Morhabshi