
Sejak dulu lagi Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad tidak bersetuju penggunaaan istilah 'minyak angin' pada minyak Morhabshi. Namun oleh kerana orang Melayu sudah terbiasa dengan minyak angin maka istilah itu tetap digunakan oleh orang kampung.
Penggunaan minyak angin memang sudah terkenal sejak zaman berzaman dalam masyarakat Melayu, Cina, India dan di seluruh dunia. Bahan utama bagi membuat minyak angin boleh terdiri daripada haiwan seperti gamat, kambing gurun, dan lintah ataupun campuran herba seperti kayu putih, raja kayu, dan sebagainya. Terdapat juga minyak angin yang mengandungi campuran haiwan dan herba.
Minyak angin boleh didapati dalam dua bentuk iaitu 'sejuk' dan 'panas'. Namun penggunaan metanol dalam minyak angin pernah dipertikai beberapa pihak kerana dibimbangi meninggalkan kesan sampingan.
Kegunaan utama minyak angin ialah bagi menyembuhkan luka kecil, memulihkan sengal, lenguh, dan merawat sakit perut. Lazimnya minyak angin digunakan secara urutan dan sapuan luar.
Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad tidak begitu gemar dengan penggunaan methanol dan minyak haiwan dalam amalan perubatan beliau. Namun beliau bukan menolak khasiat tersebut sebaliknya mencarikan pengganti daripada bahan tumbuhan.
Minyak Morhabshi diadun menggunakan lebih 33 herba dan akar kayu serta dicampur lebih tujuh jenis minyak tumbuhan. Walaupun terdapat murid beliau yang diajarkan cara menghasilkan Minyak Morhabshi, namun mereka hanya menggunakan 17 jenis herba sahaja.
Penyediaannya diiring bacaan lisan ayat-ayat suci Al-Quran serta doa kepada Allah SWT.
Minyak Morhabshi bukan sahaja bebas daripada bahan kimia atau dadah malah terhindar daripada penggunaan serapah atau jampi.
Keunikan Minyak Morhabshi ialah adanya campuran resin Morhabshi serta khasiat Raja Kayu. Lebih istimewa lagi, khasiatnya melangkaui kegunaan fikikal dan dalaman.
Bagi pengguna Minyak Morhabshi pastinya mereka fahaam kenapa almarhum enggan menyamakan minyak rumusannya dengan minyak angin. Hal ini kerana Minyak Morhabshi meliputi pelbagai kegunaan luar, dalam, serta mistik. Ia boleh disapu pada bahagian yang sakit seperti luka, semua sakit kulit, gigi, kepala dan lain-lain.
Ia juga boleh diminum dengan cara mencampurkan 5-6 titik ke dalam 1/3 cawan air suam dan berkesan merawat cirit birit, kembung, buasir, kanser dan sebagainya.
Ia disapukan pada dada dan belakang badan bagi menyembuhkan lelah, sakit dada, sesak nafas dan batuk.
Minyak Morhabshi melengkapkan ciri serbagunanya dengan kegunaan mistik bagi menghindari gangguan makhluk halus, sihir, santau dan lain-lain. Sapukan pada sendi-sendi, ubun-ubun, belakang telinga dan tengkuk bayi, kanak-kanak dan orang dewasa.
Setakat ini, alhamdulillah pihak kami banyak mendapat maklum balas positif daripada para pelanggan.
Jika dilihat pada harga, sekitar 1970an minyak angin dijual antara RM1.20-RM2.00 sebotol manakala Minyak Morhabshi ketika itu sudah dijual pada harga RM2.00-RM3.50 sebotol. Kini, harga runcit bagi sebotol Minyak Morhabshi cuma RM5 manakala para pelanggan yang menghubungi terus kepada kami hanya membayar RM3 sebotol tanpa sebarang bayaran tambahan termasuk belanja pos.
Kami menawarkan harga borong RM60 bagi 20 botol untuk memberi peluang kepada pengguna berkongsi dengan rakan-rakan dan mendapat sedikit keuntungan. Ternyata peluang tersebut disambut baik oleh ramai pelanggan sehingga kini.
