Blog untuk Ramuan & Petua Ekslusif (percuma)

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Kami adalah pengeluar Minyak Morhabshi. Anda boleh mendapatkan terus produk ini daripada kami pada 'harga kilang'. Layari web rasmi kami www.morhabshi.com/

Keduduk @ Senduduk Putih dalam Minyak Morhabshi

>> Saturday, February 28, 2009



Nama Saintifik:
Melastoma malabathricum

Famili:
Melastomataceae

Nama Biasa:
Senduduk

Nama lain:
Keduduk,senggani,Straits Rhododendron

Lokasi dijumpai:
Semak dan belukar



Pokok renek ini biasa dijumpai dibelukar dan semak yang tidak terlalu tebal. Tinggi purata pokok senduduk ialah 1 m namun ia boleh mencapai ketinggian hingga 3 m. Batangnya berwarna kemerahan dan dilitupi oleh bulu-bulu halus. Sama seperti batang daun dan buahnya juga dilitupi bulu ini. Bunganya cantik dan mempunyai 5 kelopak dengan stamen berwarna kuning ditengah-tengahnya. Bunga senduduk yang paling biasa dijumpai berwarna ungu gelap hingga ke merah jambu dan putih. Jenis berwarna putih ialah jenis yang paling jarang dijumpai tumbuh liar. Selalunya ia ditanam untuk tujuan perubatan. Bijinya berwarna hitam dan mempunyai sedikit rasa pahit dan manis dan ia boleh dimakan. Apabila dimakan ia boleh meninggalkan warna hitam pada mulut dan dari sinilah senduduk mendapat nama botaninya melastoma yang bermaksud mulut hitam dalam bahasa greek. Pucuknya boleh dijadikan ulam dengan dimakan mentah atau direbus. Ia mempunyai rasa yang agak masam kelat. Warna dari buahnya dijadikan pewarna kain disesetengah tempat sepeti di Thailand. Daunnya boleh dijadikan makanan untuk ulat sutera seperti daun kertau dan mulberi juga.Buahnya menjadi makanan kegemaran burung.


Perubatan tradisional banyak menggunakan senduduk sebagai tumbuhan untuk mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin. Daun senduduk bersama daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau purut dicampur bersama air panas dan dijadikan rempah untuk mandi selepas bersalin, selalunya selama 3 pagi selepas bersalin. Daunnya yang tua dan gugur kebumi akan bertukar warna menjadi merah muda. Daun ini ditumbuk dan air tapisannya diminum untuk menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin. Sesiapa yang pernah terkena bisa ulat bulu pasti tahu betapa sakitnya bisa itu. Daun senduduk boleh juga di gunakan untuk merawat bisa ini dengan cara menumbuk daunnya yang matang dan gugur kebumi dalam keadaan telungkup dan ditampal pada bahagian yang terkena ulat bulu tadi. Selain daripada itu senduduk juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, najisk berdarah dan buasir dengan cara meminum air rebusan daunnya. Pes daunnya yang ditumbuk juga boleh menghilangkan parut akibat pelentong/bertih/cacar air.

Minyak Morhabshi turut dimasukkan Senduduk @ Keduduk Putih ini ke dalam ramuannya bagi menambah keberkesanan merawat luka, penyakit kulit, dan buasir di samping herba-herba lain.

Sumber: http://www.geocities.com/pustakaherba/Jenis_herba/senduduk.htm

Read more...

Lelah @ asma

>> Thursday, February 12, 2009

Minggu lepas seorang ibu menemui saya bagi memaklumkan anak beliau iaitu salah seorang murid saya mengidap lelah atau asma. Itulah sebabnya dia sering tidak hadir ke sekolah. Makluman itu juga perlu agar saya boleh merancang aktiviti yang sesuai untuk murid tersebut.

Maka saya berikan sebotol minyak Morhabshi padanya. Saya memberitahu bahawa seorang murid saya pada tahun lepas yang lelah kini semakin sembuh setelah menggunakan minyak Morhabshi ini. Dua hari lepas, semasa bertembung dengan murid itu di padang (latihan sukan), murid itu memberitahu bahawa dia sudah lama tidak diserang asma.

Namun si ibu tadi memberitahu saya bahawa sebelum inipun sudah ramai orang mencadangkan pelbagai ubatan tetapi tetap tidak berhasil. Oleh kerana saya memberinya secara percuma maka beliaupun berjanji untuk mencubanya.

Semalam, ketika sukan tahunan sekolah selesai, ibu tadi menemui saya untuk memesan dua botol lagi minyak Morhabshi. Menurutnya keadaan anaknya bertambah baik selepas menggunakan minyak ini. Malah katanya abang dan kakaknya yang turut mengidap lelah juga menerima perubahan positif setelah menggunakan minyak Morhabshi. Menurutnya lagi, abang murid saya itu pernah 'koma' akibat lelah yang teruk.

Alahamdulillah. Perkhabaran ini memang amat menggembirakan saya. Bukan semata-mata kerana saya akan mendapat untung daripada pertambahan jualan namun lebih dari itu saya amat gembira kerana dapat membantu.

Apapun saya percaya bahawa usaha adalah satu ibadat manakala penyembuhan sebenar adalah urusan Allah.

Barangkali anda mengetahui seseorang yang mengidap lelah atau asma. Khabarkan pada mereka tentang minyak Morhabshi ini. Mana tahu, barangkali Allah ingin menyembuhkan penyakit mereka melalui minyak Morhabshi ini.

Wallahu'alam.

Read more...

Menarik : Istiadat Tabal Jin dalam istiadat pertabalan Paduka Seri Sultan Perak

>> Saturday, February 7, 2009

Berikut adalah sebuah catatan yang saya kutip dari alamat berikut http://datoseri.blog.friendster.com/2007/11/menarik-istiadat-tabal-jin-dalam-istiadat-pertabalan-paduka-seri-sultan-perak/

TABAL JIN adalah merupakan suatu istiadat turun temurun bagi Salahsilah Kesultanan Perak. Cuma di Negeri Perak ini sahaja yang masih menjalani upacara TABAL JIN didalam Tanah Melayu ini. Negeri Perak merupakan salah satu negeri melayu yang paling tertua dirantau ini. Sultan yang memerintah Negeri Perak biasa nya didampingi oleh Jin-Jin Islam. Disinilah kita dapat melihat akan kedaulatan seseorang Raja itu dimana ia akan di nobatkan dahulu sewaktu hari pertabalan baginda.

Istiadat TABAL JIN dimulakan dengan paluan NOBAT pada sabelah senja sehari selepas TABAL ADAT disempurnakan. Istiadat ini dilakukan pada sebelah waktu malam.

JIN adalah makhluk Alam Rohani (bertubuh halus). Kita percaya demikian kerana Al-Quran yang benar telah menghabarkannya. Apa lagi hal-hal itu tidak berlawanan dengan akal kita. Bahkan berapa banyak lagi makhluk Allah s.w.t. yang belum diketahui oleh manusia. JIN itu saperti manusia jua, yakni ada yang beriman dan ada yang kafir. JIN dijadikan daripada Api dan bersifat halus. JIN-JIN tidak dapat naik kelangit saperti Syaitan, kerana dihalangi oleh Malaikat-Malaikat yang menjaga dan dilempar oleh tahi-tahi bintang.

Dalam ayat 6 didalam Surah Jin, telah disebutkan, bahawa ada manusia yang minta berlindung pada JIN dan bukan daripada Allah s.w.t. JIN-JIN itu menyangka sebagaimana persangkaan sesetengah manusia, bahawa Allah tiada akan membangkitkan makhluknya (kecuali JIN-JIN yang beriman). Oleh itu manusia yang minta berlindung kepada JIN itu adalah musyrik.

Kesimpulannya, JIN-JIN, saperti manusia juga, bermacam-macam jenis. Ada yang solih dan ada yang tidak. Ada yang Islam dan ada yang kafir.

Didalam ISTIADAT TABAL JIN didalam Negeri Perak ini, seseorang itu hendaklah betul-betul memahami akan kesimpulan adat pertabalan tersebut. Jangan kita salah tafsirkan dan membuat andaian yang bertentangan. Ada pun seseorang Sultan yang memerintah Negeri Perak ini sentiasa ‘didampingi’ oleh JIN Islam yang menjaganya. Disini terletaknya kedaulatan seseorang Sultan itu dan seluruh kemakmuran Negeri tersebut adalah terletak pada kedaulatan baginda. Ada pun dinamakan TABAL JIN tersebut kerana semua makhluk halus didalam Negeri Perak ini berajakannya. Oleh itu, seseorang Raja yang berdaulat hendaklah benar-benar arif didalam hukum-hukum syarak dan ilmu akhirat dalam agama. Tanpa ilmu agama yang mendalam mungkin akan dapat menyesatkan fikiran seseorang itu. Tidak ada perkara yang mustahil sekiranya dikehendaki oleh Allah s.w.t. menjadikannya.

Untuk memahami lebih mendalam akan alam rohani ini, seseorang itu hendaklah terlebih dahulu mempelajari dan memahami akan ilmu-ilmu akhirat saperti tasawuf, usuluddin dan sebagainya. Mengenali kejadian diri sendiri dan alam semesa ini dan segala ciptaan Allah s.w.t.
Sekarang terdapat ramai golongan-golongan manusia yang menjadikan agama itu sebagai satu isu untuk menegakkan kebenaran masing-masing. Tetapi kebanyakannya hanya lah berdasar kepada ilmu yang masih belum cukup didada. Apakah kita telah benar-benar arif didalam konteks ISLAMIAH yang sebenar-benarnya? Kerana perkara begini menjadikan umat Islam berpecah belah dan bergolong-golongan. Pada hal umat ISLAM pada dasarnya adalah yang mengikut hukum dan nash Al-QURAN.

TABAL JIN adalah merupakan suatu istiadat turun temurun bagi Salahsilah Kesultanan Perak.
Cuma di Negeri Perak ini sahaja yang ada istiadat TABAL JIN didalam Tanah Melayu ini. Negeri Perak merupakan salah satu negeri yang tertua dirantau ini dan Sultan yang memerintah biasa
nya didampingi oleh JIN-JIN Islam. Disini lah kita akan melihat kedaulatan seseorang Sultan itu dimana baginda akan di NOBATKAN dahulu sewaktu hari pertabalan baginda. Istiadat Tabal Jin ini biasanya dilakukan pada sebelah senja/malam dan diterangi hanya oleh dian (lilin) sahaja.

Istiadat TABAL JIN dimulakan dengan paluan NOBAT DIRAJA pada sabelah senja sehari selepas Istiadat TABAL ADAT disempurnakan. Istiadat ini dilakukan pada waktu malam.

Selepas Jejawat Berlembing dan Jejawat Berpayung Ubur serta Jejawat Perempuan, memegang kaki dian dan Bentara Perempuan membawa Perkakas Istiadat Merenjis mengambil tempat masing-masing didalam Balairong Seri didahului oleh Panglima Dalam dan diapit oleh Panglima Perang Kanan dan Panglima Perang Kiri, dan dibelakang nya Pawang DiRaja menatang akan PEDANG CURA SIMANJA KINI, bersama Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI diatas talam berlapikkan kain kuning dan diikuti olih Sida-Sida. Biduanda-Biduanda menatang PERKAKAS KERAJAN masuk ke Balairong Seri dan diletakkan kesemua diatas meja yang disediakan di iringi dengan paluan NOBAT.

Selepas itu Pawang DiRaja dengan menatang PEDANG CURA SIMANJA KINI dan Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI keluar dari Balairong Seri didahului oleh Panglima-Panglima masuk ke Kamar Persenangan lalu mempersembahkan kepada Kebawah Duli Paduka Seri Sultan. Baginda kemudian diiringi berangkat ke Balairong Seri dengan iringan paluan NOBAT ‘Raja Berangkat’.

Apabila sampai di Singgahsana, Baginda Sultan akan bersemayam diatas ‘Chior Keemasan’ yang disediakan dihadapan Singgahsana. Kemudian Pawang DiRaja mengadap dan mempersembahkan PEDANG CURA SIMANJA KINI kepada Baginda Sultan yang akan meriba Pedang tersebut. Selepas itu PERKAKAS KERAJAN dibawa mengadap oleh Sida-Sida dan Biduanda-Biduanda kehadapan Baginda Sultan. Kemudian dikuti pula oleh Bentara Toh Ratna Senari dan Bentara Toh Ratna Wati masuk mengadap membawa PERKAKAS ISTIADAT MERENJIS dan dikuti pula oleh Toh Setia Guna (Ketua Nobat) bersama Ahli-Ahli Nobat DiRaja masuk ke Balairong Seri memohon limpah perkenan Baginda untuk meletak PERKAKAS NOBAT DIRAJA ditempat yang telah disediakan. Kemudian ‘Istiadat Memulih’ PERKAKAS KERAJAN dan PERKAKAS NOBAT DIRAJA dijalankan dan juga ‘Merenjis Tepung Tawar’. Satelah selesai bacaan Doa Selamat disempurnakan oleh Sahibul Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Satelah selesai upacara ‘Memulih Perkakas Kerajan dan Merenjis Tepung Tawar’, diikuti pula dengan ‘Istiadat Bersiram Tabal’ (Mandi Sampat) dimulakan di PANCA PERSADA. Baginda Sultan dan isteri akan berangkat dari Pintu Besar Istana. Pawang DiRaja memulakan ‘Istiadat Mengelilingi Balai Panca Persada’ sebanyak tujuh kali dan dibantu oleh Bomoh dan Pawang Tempatan dan Bentara-Bentara yang membawa ‘Perkakas Merenjis’. Sepanjang keberangkatan Baginda NOBAT dipalu sehingga Baginda bersemayam diatas ‘Perterakna Seri Panca Persada’.
Semua Putera dan Puteri baginda akan mengambil tempat di belakang Perterakna serta diringi oleh Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar DiRaja, Y.Bhg. Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja dan Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan. Istiadat ‘Merenjis Tepung Tawar’ disempurnakan diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh Sahibul Samahan Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Selepas itu ‘Upacara Bersiram Tabal’ (Mandi Sampat) pula dimulakan oleh Pawang DiRaja sendiri dari awal hingga akhir keatas Perkakas Istiadat Bersiram Tabal. Kain putih direntangkan dan daun nyiur muda bentuk jari lipan ditaruhkan keatas kain putih yang diregang dan dipegang oleh Toh-Toh Puan ditiap-tiap penjuru. Istiadat Bersiram Tabal dimulakan dengan mengambil sebatil GELUK berisi Air Datu dan dicurahkan keatas kain putih sehingga habis Enam Belas Batil GELUK yang berisi air. NOBAT dipalukan sepanjang Istiadat Bersiram Tabal. Satelah selesai Istiadat Bersiram Tabal, Baginda berdua akan menyalin pakaian dan berangkat turun dari Seri Panca Persada berselimut dengan ‘Kain Benang Emas Kekuningan’, dan diarak balik ke ISTANA.

Satelah menukar kepada Pakaian Kebesaran DiRaja, DYMM Paduka Seri Sultan Perak akan berangkat masuk ke BALAIRONG SERI (NOBAT dipalu) dan bersemayam diatas PETERAKNA SINGGAHSANA. Pawang DiRaja melulakan ‘Istiadat Merenjis Air Panca Bicara’ keatas PERKAKAS KERAJAN yang sedia ada terletak diatas meja dihadapan Singgahsana, ‘Merenjis Tepung Tawar’ ketasa Baginda Sultan dan diikuti dengan meletakkan ‘BUNGA PENCAWA PENCARA’ ditelinga Baginda

Pada waktu istiadat ini NOBAT DIRAJA akan memainkan lagu diantara empat hingga sembilan lagu. Toh Setia Guna (Ketua Nobat) akan memerhatikan gerak geri Paduka Seri Sultan ketika paluan NOBAT dipalukan. Dari sini, kedaulatan seseorang Sultan itu akan dapat diketahui. Mengikut adat, sekiranya Baginda dapat bertahan lama diatas Singgahsana (iaitu dapat bertahan sehingga tujuh lagu keatas dipalukan oleh NOBAT) ini menunjukkan pertabalan Baginda telah direstui oleh JIN-JIN KERAJAN dan Baginda akan memerintah Negeri Perak ini lama atau pun panjang umur. Akan tetapi sekiranya Baginda hanya dapat bertahan empat atau lima lagu sahaja…petandanya umur Baginda mungkin pendek. Toh Setia Guna akan memberi isyarat kepada Ahli Nobat supaya memberhentikan paluan NOBAT apabila melihat Baginda Sultan dalam keadaan ‘resah gelisah’ diatas Peterakna Singgahsana.

Sewaktu NOBAT dipalukan, PEDANG CURA SIMANJA KINI akan ‘bergerak-gerak’ dengan sendirinya (dimana seakan-akan hendak keluar dari sarungnya). Ini menunjukkan JIN KERAJAN berserta dalam ISTIADAT TABAL JIN ini dan merestui pertabalan Baginda. Istiadat TABAL JIN selamat disempurnakan selepas upacara ‘SANTAPAN NASI BERASTANOKA’ dijalankan dengan bacaan doa selamat.

Cheguman: wallahu'alam

Read more...

SMS luka kemalangan

>> Tuesday, February 3, 2009

Baru-baru ini saya terima satu email daripada seorang pengunjung:

Salam Cikgu,
Saya dari kulim ni, berminat dengan minyak ni…boleh bagitau dak camna nak order…

Thanks,
Pakku

Saya pun balas email tersebut:

Waalaikum salam Pakku,
Terima kasih kerana menghubungi. Sebenarnya ada beberapa cara untuk mendapatkannya:

1) SMS nama dan alamat lengkap kepada saya (0194402211) dan saya akan pos, 2-3 hari insya-Allah tiba.

2) Hubungi wakil saya iaitu saudara Harizal 0194726426.

Beliau berada di Penang tetapi terdapat agen beliau di sekitar Kulim. Jangan risau kerana harganya lebih kurang sama saja.

Setakat ini saudara Harizal amat cekap dalam soal penghantaran.


Seterusnya saya hantar SMS kepada wakil saya di kawasan utara iaitu saudara Harizal:

salam. Ada org Kulim email nak myk. Ada agen situ? klu ada, bg no hp/alamat dia.

w'salam. saya accident. Tapi, time accident masih leh jual 3 btl. sbb lepas sapu minyak darah behenti tak sampai seminit

................

Itu sahaja saya nak catatkan. Setakat ini minyak Morhabshi memang mujarab untuk luka. Ayah saya pernah kemalangan dan menggunakan minyak ini di tempat kejadian. Seorang sahabat saya memberitahu bahawa darah pada jarinya yang terluka kena parang berhenti dengan cepat dan kulitnya bercantum semula sehingga menghairankan doktor yang merewatnya selepas itu.

Wallahu'alam.

Read more...