Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.

TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Raya 2009

Saturday, November 7, 2009


Sudah seminggu kita beraya. Alhamdulillah.

Jumaat yang lalu kami bergerak ke Sabak Bernam untuk berhari raya dengan keluarga saya. Sebetulnya kami keluar dari Melaka menjelang dinihari, yakni ketika tarikh sudah bertukar ke hari Sabtu. Ini semua gara-gara terpaksa bersesak=sesak di Mydin Melaka yang memang dibuka 24 jam. Bukan apapun, Cuma nak beli air botol untuk dibawa ke Selangor.

Tiba di Sg Besar, selepas subuh. Maka mata kami terus melilau mencari orang menjual daging. Dapatlah kami beli beberapa kilogram.

Saya rasa suasana raya di mana-mana pun hampir sama. Namun di Melaka ada sedikit istimewa. Selepas Isya’ (malam raya) lagi orang dewasa sudah membentuk kumpulan untuk bertakbir dari rumah ke rumah. Aktiviti ini berlarutan hingga ke subuh.

Sementara itu, sebelum sempat muazin melaungkan azan subuh kumpulan-kumpulan kanak-kanak sudah mula merayau dan singgah dari rumah ke rumah untuk beraya. Mereka akan masuk ke setiap rumah yang pintunya sedia dibuka dan bersalaman dengan tuan rumah. Mereka tidak akan menjamah sebarang juadah. Hmm... sudah tentu umpan mereka semata-mata duit raya.

Selepas solat subuh, keluarga seperti kami pula mula bergerak ke rumah-rumah ibu-bapa saudara yang tua sambil membawa anak-anak kecil.

Kedudukan rumah yang rapat-rapat di kebanyakan kampung di Melaka menyebabkan aktiviti ini masih terus berjalan.

Aktiviti selepas solat Aidil Fitri sama seperti tempat lain juga.

Di Sabak Bernam, suasananya biasa sahaja. Selepas solat, pulanhg ke rumah, berkumpul dan bersalaman serta saling bermaafan. Oleh kerana kami dikelilingi keluarga berketurunan Jawa, maka tempias adat mereka sedikit sebanyak terkena juga. Adat orang Jawa ketika bersalaman di pagi raya akan duduk mengadap sambil menyebut satu persatu perkara yang ingin dimohon ampun. Tetapi oleh kerana keluarga kami bukan Jawa maka kami tidaklah terlalu lama bersalaman.

Menjelang petang tiba-tiba terkenang teman-teman di Jengka Pahang. Sebenarnya sebelum ini keluarga kami memang menetap di Jengka. Kami berpindah ke Sabak Bernam ketika proses penanaman semula. Kebetulan nenek saya ketika itu tinggal seorang maka kami berhijrah ke kampung asal kami dan tinggal bersama beliau. Kinni beliau sudah meninggal dunia.

Maka saya mengambil keputusan untuk ke Jengka 8 pada hari raya kedua. Setelah membuat temujanji dengan beberapa orang teman yang kebetulan mendapat giliran beraya di Jengka, maka saya, isteri, dan anak-anakpun bertolak ke Pahang.

Mnjelang petang kami tiba di Jengka 8 dan terus ke rumah lama kami yang telah dibaiki semula oleh ayah saya baru-baru ini. Dengan adanya rumah itu dapatlah kami berteduh apabila kami ke sana.

Agak lama tidak ke Jengka. Ternyata Jengka 8 sudah jauh berubah. Lebih tepat lagi, semakin indah.

Malamnya kami menggunakan seluruh kesempatan yang ada untuk bertemu dengan teman-teman lama. Untuk memenuhi undangan semua teman sudah tentu tidak praktikal. Maka kami berkumpul di rumah tertentu sambil berbual mengungkit kisah lama.

Kami mengambil keputusan untuk bertolaak ke Melaka malam itu juga ke rana program di Melaka sudah sedia menanti pada hari raya ke3.

Terasa berat untuk meninggalkan Jengka 8.

Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain.

Selamat hari raya kepada anda semua terutama para pengguna minyak herba morhabshi dan tentunya tidak lupa kepada teman-teman sepermainan di Jengka 8.

Terima kasih kerana berkongsi zaman remaja kalian bersama aku.

foto
kad raya 17 jpg myart.wanwma.com

Post a Comment

Para pengunjung yang dihormati,

Bagi yang ingin meninggalkan komen atau bersoal jawab dengan saya di sini, anda tidak perlu membuat sebarang pendaftaran sebaliknya gunakan sahaja 'Anonymous'.

Untuk melakukannya, lihat (skroll) ke bawah (kanan) dan anda akan melihat TIGA pilihan iaitu:

> OpenID
> Name/URL
> Anonymous

Klik (tandakan) pada 'Anonymous' dan bolehlah menulis di dalam kekotak yang disediakan.

Setelah siap, anda bolehlah menghantarnya dengan menekan butang/ikon 'Publish Your Comment'.

komen anda boleh dilihat serta merta dan jika anda ingin memadamkannya, sila lihat ikon 'tong sampah' di bawah komen yang dipaparkan itu dan klik di situ.

Anda dinasihatkan untuk menaipkan nama pengenalan bagi memudahkan saya merujuk kepada anda ketika memberi respon. Jika boleh, sertakan sama alamat email anda bagi memudahkan saya memaklumkan jawapan balas saya terhadap persoalan atau respon yang anda kemukakan.

Pertanyaan dan pesanan juga boleh dibuat secara terus melalui SMS kepada saya (0194402211) atau isteri saya (0194522211).

Terima kasih.

Tawaran Istimewa daripada kami selaku pengeluar

Ya, beli secara pukal dan dapatkan harga RM3 sebotol. Cuma RM60 untuk 20 botol!!! Klik untuk keterangan lanjut.

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP