Percuma Percuma Percuma
Saturday, November 7, 2009
Kecenderungan tersebut bukan sahaja terbatas pada kaum Melayu sebagaimana sangkaan sebilangan orang kita yang suka memandang rendah terhadap bangsa sendiri. Malah jika kita sering bergaul dengan kaum-kaum lain di Malaysia, kita akan dapati kaum lain lebih ‘ghairah’ mengerumuni ‘benda free’. Jika tidak percaya, pergilah ke majlis-majlis atau program yang menawarkan ’benda free’ samada ’t-shirt’, topi, hingggalah ke minuman percuma.
Sebenarnya ia bukan suatu budaya yang memalukan.
Apabila talian internet dibuka kepada awam di seluruh dunia, perbagai perkara turut ditawarkan melaluinya, termasuk produk percuma. Cuma pada peringkat awal agak terhad memandangkan talian (online) yang terhad dan berkelajuan rendah.
Namun yang nyata, salah satu keistimewaan internet ialah ia menambah-meriah lagi penawaran produk-produk percuma kepada para pengunjung.
Impaknya, mana-mana syarikat yang gagal memberikan sebarang ‘benda free’ kepada para pengunjung akan gagal menarik pembeli dan akhirnya kalah dalam persaingan.
Antara syarikat yang begitu ‘gila’ memberikan produk percuma ialah Microsoft Corporation yang diketuai Bill Gates. Saya pernah terlibat dengan program mereka sekitar 2002. Pprogram tersebut begitu simple tetapi menarik. Kumpulan kami (30 orang) diberikan kursus percuma menggunakan aplikasi office keluaran Microsoft. Bukan sahaja kursusnya percuma, malah kami diberikan perisian percuma bernilai RM2000 setiap orang.
Kemudian, setiap daripada kami diminta mengadakan kursus dan latihan kepada 20 orang pengguna baru. Setiap pengguna tersebut juga akan menerima perisian tersebut (Microsoft Office 2000) secara PERCUMA!
Seterusnya, setiap mereka juga akan melakukan sebagaimana yang kami lakukan iaitu mendapatkan 20 orang pengguna baru dan menghadiahkan perisian tersebut secara percuma serta memberi tunjuk ajar.
Program tersebut dijalankan di seluruh dunia!
Kesannya? Hari ini hampir semua pengguna komputer di dunia sudah tidak tahu menggunakan aplikasi office selain daripada keluaran syarikat Bill Gates itu!
Justeru morhabshi.com juga cuba menawarkan kepada para pengunjung kami sesuatu yang bersifat percuma. Biarpun tidak berharga mahal namun kami percaya ia masih sesuatu yang bernilai. Kitab Al Tabib Wal Hikmah yang boleh anda muat turun secara percuma ini mengandungi kira-kira 300 ramuan perubatan, petua-petua, hikmah dan sebagainya yang boleh anda praktikkan sendiri. Malah, jika anda seorang pengusaha, anda boleh gunakaan rumusan yang disediakan bagi mengeluarkan produk perubatan secara besar-besaran.
Siapa tahu anda bakal menjadi seorang usahawan perubatan berasaskan herba yang berjaya suatu hari nanti? Kami turut gembira dan berbangga dengan kejayaan anda itu nanti.
Jika tidak pun, mungkin ada petua atau ramuan mudah yang boleh anda manafaatkan. Contohnya ramuan mudah bagi meningkatkan kehebatan hubungan kelamin atau petua dan ayat/doa bagi memajukan perniagaan, atau bagi melembutkan hati seseorang.
Anda cuma perlu mendaftar bagi menjadi pelanggan Minyak morhabshi dan sekaligus menjadi Sahabat Morhabshi bagi menikmati semua kemudahan yang kami sediakan termasuk memuat-turun kitab tersebut.
Selamat mendaftar.
