menjana ekonomi ummah
Saturday, November 7, 2009
Begitu juga Masjid Pengkalan Rama yang selalu kami kunjungi bagi mengikuti kuliah Ustaz Fuad. Maka malam tersebut kuliah tasawuf ditangguhkan untuk memberi laluan pada majlis bacaan Yaasin.
Sebelum bacaan dimulakan maka seperti biasa kitab kecil Yaasin diedarkan kepada setiap yang hadir. Cuma bezanya kali ini kitab kecil tersebut tidak perlu dikembalikan. Yakni dihadiahkan terus kepada hadirin.
Rupa-rupanya kitab-kitab tersebut didermakan oleh seorang pemilik sebuah kedai buku di Melaka.
Lantas hati saya terus berdetik; betapa jika kita berbelanja di premis perniagaan milik orang yang seagama dengan kita maka akhirnya kebaikannya akan kembali kepada ummat Islam juga.
Alhamdulillah. Sebelum ini kita biasa mendengar iklan ubat-ubatan untuk bayi kembung, cirit birit dan sebagainya dan turut membeli untuk kegunaan keluarga kita, kini kita sudah tahu bahawa orang Islam juga mempunyai perubatan yang sebegitu dan tidak sukar untuk membelinya.
Anda cuma perlu menghantar SMS ke 019 440 2211. Taipkan Nama & Alamat anda dan produk akan dihantar terus kepada anda. Hanya RM5 sebotol (Ringgit Malaysia Lima sahaja). Jangan bimbangkan soal bayaran kerana anda boleh menangguhkannya sehingga produk tiba di tangan anda.
Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.
