miliki premis perniagaan sendiri
Saturday, November 7, 2009

Melihatkan communicator yang sudah terlalu uzur maka isteri mencadangkan saya menukarnya dengan yang baru. Nama sahaja tukar, padahal sebenarnya saya perlu tambah 90% lagi untuk mendapatkan N97 yang serba canggih ini.
Namun, entahkan jejari yang masih belum begitu biasa dengan gadget baru atau memang alat lama tersebut memang cukup bagus, bagi saya communicator 9500 memang tiada tandingannya dalam menguruskan tugasan dalam perjalanan.
Maka tanpa dirancang kamipun memasuki plaza di tengah bandaraya bersejarah ini bagi meninjau-ninjau gadjet komunikasi yang sesuai. Plaza yang dulunya terkenal sebagai pusat membeli belah kini suram dengan pengunjungnya kebanyakan pendatang Indonesia.
Biarpun tidak semeriah dulu kerana station bas sudah berpindah dan pasaraya juga ditutup, plaza ini masih menjadi pilihan utama jika ingin membeli gadjet komunikasi. Malah sebuah plaza baru yang dibina khas untuk tujuan ini juga tewas dalam persaingan merebut pelanggan.
Apabila saya memegang set N97 ini, barulah saya sedar bahawa ia bukanlah set yang sebenar sebaliknya hanya model sahaja.
“Mana boleh simpan yang real punya bos.” Kata pemilik kedai berbangsa cina yang saya sudah kenal lama. “Sebiji sudah harga berapa ribu...” tambahnya lagi.
Di dalam plaza tersebut saya rasa terdapat tidak kurang 30 buah kedai yang menjual handphone. Saya suka merayau-rayau dari sebuah kedai ke sebuah kedai sekadar melihat-lihat gadjet terbaru. Tambahan pula plaza ini berdekatan kampus UTEM tempat saya belajar master (MBA) dahulu. Saya dapati setiap kedai menjual handphone terpakai di samping mempamerkan model-model handphone terbaru.
Bukan tidak ada langsung set sebenar yang dipamerkan, tetapi amat terhad. Bak kata pemilik kedai tadi, kalau sebiji RM1500, 10 biji? Sedangkan setiap masa model-model baru dikeluarkan oleh pelbagai syarikat. Saya lihat kedai ini paling besar dan nampak hebat serta mempunyai dua orang jurujual berbangsa melayu.
Akhirnya saya bersetuju untuk membeli N97 ini. Maka pemilik kedai tersebut meminta diri untuk keluar bagi mendapatkan set yang saya inginkan. Kira-kira setengah jam kemudian dia kembali dan N97 tersebut kini menjadi milik saya.
Bagi yang biasa membaca tulisan saya (waadat.blogspot.com) tentu sudah mula meneka-neka apakah yang akan saya kaitkan dengan pengkisahan berjela tadi. Sudah menjadi kelaziman Demang membawa cerita lain sebelum menjurus pada mesej tertentu yang ingin disampaikan.
Memang betulpun. Sebenarnya saya sedang berfikir modus operandi para peniaga gadjet komunikasi di plaza tersebut. Bahkan saya rasa di tempat-tempat lain pun sama sahaja. Mereka hanya menyediakan ruang perniagaan samada kedai ataupun kios. Untuk itu mereka tidak perlu mempunyai modal yang besar. Sewa kedai dibayar secara bulanan, bukannya sekaligus. Kemudian, mereka perlu mendapatkan beberapa biji handphone yang mampu dibeli oleh orang ramai. Dari semasa ke semasa gadjet-gadjet tersebut bertukar ganti dan bertukar tangan. Jual beli handphone secara trade-in memang menjadi amalan yang digemari rakyat Malaysia. Sama seperti industri automobil.
Lantas saya terfikir; kenapa tidak kita terapkan cara perniagaan handphone di plaza tersebut untuk perniagaan di internet. Contohnya, anda membuka sebuah web atau blog dan menjual produk-produk anda minati. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok. Anda cuma perlu mengiklankan produk-produk tersebut dan sekiranya pengunjung tersebut berminat, mereka boleh mendapatkan terus daripada pengeluar atau pembekal sebenar.
Sebenarnya inilah konsep yang kami cuba terapkan melalui morhabshi.com. Anda hanya perlu membuat pendaftaran secara percuma dengan kami dan akan diberikan URL khas sebagai pengenalan kepada sistem kami. Kemudian, binalah sebuah web atau blog yang mengandungi penerangan tentang produk kami. Apabila pengunjung berminat untuk membeli, mereka akan mengklik pautan yang disediakan dan seterusnya membuat pembelian.
Oleh kerana anda telah berdaftar dengan morhabshi.com maka secara automatik komisyen atas pembelian tersebut akan dibayar kepada anda.
Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal bagi menyimpan stok! Malah untuk mempunyai blog, ia adalah percuma sahaja.
Selamat mencuba.
Foto sekadar hiasan: shop
eva. flickr.com/ TQ.