Blog untuk Ramuan & Petua Ekslusif (percuma)

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Kami adalah pengeluar Minyak Morhabshi. Anda boleh mendapatkan terus produk ini daripada kami pada 'harga kilang'. Layari web rasmi kami di sini.

Dapatkan petua dan ramuan menarik (percuma)

Khurafat

>> Saturday, November 7, 2009


Pada suatu malam, ketika anda berjalan seorang diri melalui sebatang lorong yang sunyi, tiba-tiba seorang lelaki menghadang perjalanan anda sambil mengacu sebilah pisau.

Nampaknya anda dalam bahaya.

Mujur anda tidak panik. Anda mengeluarkan sebotol cecair dan dengan pantas memicit pemacunya. Cecair jernih menyembur ke muka lelaki tersebut dan serta merta sang penjenayah tersebut meraung kesakitan.

Apakah yang anda telah lakukan? Apakah yang membuatkan lelaki itu meraung? Apakah bahan cair yang berada dalam botol tersebut? Bagaimanakah bahan tersebut berfungsi dan bertindak?

Itu bukan persoalan utama. Anda bukannya seorang saintis. Yang penting, anda telah terselamat. Anda bersyukur pada Allah Taala dan berterima kasih pada cecair itu dan juga orang yang menciptanya. Anda juga pasti akan sentiasa membawanya lagi sebagai persediaan.

Namun bagaimana dengan akidah anda? Adakah anda dianggap khurafat kerana percaya bahawa cecair tersebut telah menyelamatkan anda? Atau anda boleh menjadi khurafat kerana yakin bahawa cecair tersebut mempunyai kuasa menyebabkan lelaki tadi tidak dapat mengganggu anda?

Kuasa? Terpulanglah pada anda untuk mentafsirkan apa itu ’kuasa’.

Begitu juga halnya apabila anda menggunakan Minyak Morhabshi. Sudah tentu Allah Taala yang menjadikan jin dan syaitan 'takut' pada bahan resin tersebut. Tambahan pula Minyak Morhabshi dibacakan ayat-ayat Al-Quran ketika meramunya.

Kita tidak tahu kenapa jin dan syaitan takut pada keminyan bunian tersebut. Sama halnya kita tidak tahu kenapa lelaki di awal cerita tadi menjerit apabila cecair asid disemburkan ke mukanya. Maksud saya, kita tidak tahu bagaimana ciri saintifik dalam asid tersebut bertindak, sebab kita bukan seorang saintis.

Kita berterima kasih pada orang yang mencipta alat berasid tersebut dan sudah tentu kita sedar bahawa Allah Taala yang mentakdirkannya begitu. Adakah kita termasuk orang yang belum sedar bahawa Allah Taala itu Maha Pencipta?

Allah Taala yang mecipta lelaki itu dan Allah Taala jua yang mencipta asid itu. Malah Allah Taala lah yang mentakdirkan bahawa jika kulit muka terkena cecair asid maka pemilik muka itu akan menjerit kesakitan.

Berkenaan minyak morhabshi, kami hanya tahu melalui pengalaman bahawa banyak kes mistik dapat diselesaikan menggunakan bahan tersebut. Kami tidak tahu bagaimana Allah Taala menjadikannya begitu.

Namun kami percaya adanya makhluk halus itu sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-Quran. Kami juga yakin setiap makhluk ada kelebihan dan kelemahannya. Kami juga yakin bahawa manusia lebih hebat berbanding jin dan syaitan. Semua itu diberitahu kepada kita melalui Al-Quran.

Oh ya. Lain kali jika anda terserempak dengan penjenayah, adakah anda akan berhenti dan berdoa sahaja? Bagaimana jika anda mempunyai sepucuk pistol dan anda mempunyai lesen untuk menggunakannya? Adakah anda akan dianggap khurafat apabila menggunakan pistol?

Mungkin pistol dan asid terlalu bahaya. Mana tahu jika lelaki itu sebenarnya suami anda sendiri yang cuba bergurau dengan anda. Bagaimana dengan serbuk cili?

Sebenarnyalah, minyak Morhabshi bukanlah satu-satunya alat yang mampu menghindari makhluk halus. Ada banyak cara lagi. Cuma, Minyak Morhabshi ditakdirkan Alah Taala menjadi minyak serbaguna dan berkesan menyelesaikan masalah ini. Sekurang-kurangnya setakat hari ini.

Wallahualam. Jom kita lihat khasiat lain Minyak Morhabshi.

foto hiasan: two face concept
jegelu flickr.com

0 Ulasan anda:

Post a Comment

Para pengunjung yang dihormati,

Bagi yang ingin meninggalkan komen atau bersoal jawab dengan saya di sini, anda tidak perlu membuat sebarang pendaftaran sebaliknya gunakan sahaja 'Anonymous'.

Untuk melakukannya, lihat (skroll) ke bawah (kanan) dan anda akan melihat TIGA pilihan iaitu:

> OpenID
> Name/URL
> Anonymous

Klik (tandakan) pada 'Anonymous' dan bolehlah menulis di dalam kekotak yang disediakan.

Setelah siap, anda bolehlah menghantarnya dengan menekan butang/ikon 'Publish Your Comment'.

komen anda boleh dilihat serta merta dan jika anda ingin memadamkannya, sila lihat ikon 'tong sampah' di bawah komen yang dipaparkan itu dan klik di situ.

Anda dinasihatkan untuk menaipkan nama pengenalan bagi memudahkan saya merujuk kepada anda ketika memberi respon. Jika boleh, sertakan sama alamat email anda bagi memudahkan saya memaklumkan jawapan balas saya terhadap persoalan atau respon yang anda kemukakan.

Pertanyaan dan pesanan juga boleh dibuat secara terus melalui SMS kepada saya (0194402211) atau isteri saya (0194522211).

Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails