Tuesday, November 24, 2009

Angin, sakit urat, atau terseliuh?



Entah di mana silapnya, kelmarin isteri saya mengejutkan saya di tengah malam dan mengadu sakit badan yang amat sangat. Memang saya panik kerana beliau sedang hamil 4 bulan. Petang tadi dia sudah mengadu sakit sedikit pada bahagian rusuk dan belakang badan. Tak sangka jadi seteruk ini.

Tidak banyak yang boleh saya lakukan. Saya mengambil minyak morhabshi dan menggosoknya sikit-sikit. Tak berani sapu banyak-banyak sebab dia hamil. Akhirnya isteri saya tertidur sambil duduk kerana terlalu letih. Dia tak boleh berbaring!

Sakitnya tidak berkurangpun!

Esoknya (semalam) kami ke klinik bidan untuk pemeriksaan biasa bagi wanita hamil. Oleh kerana isteri saya tidak mahu mengadukan kesakitannya pada doktor kerajaan (takut ditahan wad dsb...) maka kami ke klinik swasta yang sering menjadi rujukan kami jika sakit.

Menurut doktor wanita di klinik itu, kesakitan tersebut berlaku kerana pergerakan yang kurang cermat dan melibatkan tulang di bahagian kirinya. Doktor itu mengakui pernah mengalaminya dan juga menemui ramai pesakit seperti itu. Ia boleh melarat hingga 2 atau 3 minggu.

Alamak, 2-3 minggu? Hujung minggu ni raya korban. Kemudian kursus di PD. Selepas tu nak balik kampung pula. Sementara tu, dah janji nak bawa anak-anak berjalan sebagai hadiah dapat nombor satu pada peperiksaan akhir tahun.

Malam esoknya sakit isteri masih tidak juga berkurang. Kebetulan kakaknya menalipon dan dia menceritakan masalahnya. Menurut kakaknya, suaminya juga mengalami sakit yang hampir sama minggu lepas. Puncanya, terlalu banyak menanda kertas peperiksaan.

Apa ubatnya?

Kakak isteri saya (kakak ipar saya) itu memberitahu bahawa dia menyapu minyak Morhabshi dengan banyak dan kerap ke bahagian yang sakit. Dalam tempoh 1-2 hari, sakit itupun sembuh.

Mendengar itu isteri saya segera menyuruh saya melakukan tindakan yang sama. Saya mengingatkan beliau bahawa beliau sedang hamil. Walaupun minyak Morhabshi bukan minyak panas namun ia terdiri daripada lebih 30 herba yang pasti mendatangkan haba juga.

Isteri saya menjelaskan bahawa sakitnya bukan pada perut dan akhirnya saya pun menyapu dengan agak banyak. Saya sedar, pada malam itu isteri saya beberapa kali bangun dan menyapu sendiri minyak Morhabshi pada bahagian yang sakit.

Keesokan paginya (pagi tadi), isteri saya bangun dan memberitahu sakitnya sudah berkurangan. Selepas mandi beliau meminta saya menyapukan lagi minyak Morhabshi ke tempat yang sakit. Rasanya untuk sehari semalam ini sahaja sudah hampir habis sebotol minyak Morhabshi itu digunakan.

Alhamdulillah, tengahari tadi isteri saya hampir pulih sepenuhnya. Beliau dengan gembira (campur bangga) memperagakan beberapa aksi yang menunjukkan beliau sudah sembuh.

Alhamdulillah. Saya teringat pada kes Cikgu Mala yang mengalami stroke dan sembuh dengan minyak ini.

Kadang-kandang benda yang dah ada pada kita pun terpaksa orang lain yang memperingatkan.

Peringatan:
Bagi wanita hamil elakkan menyapu minyak morhabshi pada perut.


foto sekadar hiasan
ma adam sakit perut zzzzz
Afif Rais flickr.com

No comments:

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

VVIP

Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.

TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Popular Posts

MORHABSHI adalah sebuah syarikat berdaftar: M0154229-W

Minyak MORHABSHI adalah produk berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia: NOT110703273K

www.morha.info ini didedikasi untuk Almarhum Ust Dr (H) Abdul Hamid, penulis kitab Attabib Walhikmah (pengasas minyak herba morhabshi) dan isteri beliau almarhumah Hjh Saodah. Al-fatehah.

Pengkalan Blog Morhabshi