
Kadang-kadang hairan jugak mengenangkan masih ada lagi manusia yang sanggup bersekongkol dengan syaitan dan menggunakan sihir bagi menewaskan musuhnya. Saya temui satu petua dalam kitab Attabib Walhikmat karangan datuk kami seperti berikut:
Daun Remilang direndam kemudian disapu keseluruh badan dan dimakan.
Itu sahaja. Namun adakah anda kenal daun Remilang? Di manakah boleh kita temui daun itu?
Di bawah ini saya turunkan petikan berita yang saya temui dalam internet. Terima kasih kepada pihak yang menyediakan berita tersebut.
ALOR SETAR 9 April - Pokok beremi atau nama saintifiknya portulaca banyak terdapat di kawasan pesisir pantai di negara ini namun pokok ini hanya dipandang sepi pada suatu masa dahulu.
Kini, rahsia mengenai khasiat tumbuhan ini mula diketahui hasil inisiatif dan penyelidikan yang dijalankan oleh Pengurus Persatuan Nelayan Kuala Kedah, Mohd. Rosli Ismail, 56.
Penyelidikan ini juga mendapat sokongan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta Universiti Putra Malaysia (UPM).
Jelasnya, usaha tiga tahun yang dijalankan untuk mengkaji rahsia dan khasiat pokok beremi yang tersembunyi selama ini akhirnya membuahkan hasil setelah produk yang dinamakan jeruk beremi berjaya dipasarkan di pasaran tempatan.
"Projek untuk menghasilkan jeruk daripada pokok beremi ini adalah inisiatif Persatuan Nelayan Kuala Kedah untuk menambahkan pendapatan para nelayan.
"Pokok beremi memang kaya dengan khasiat dan ia pula tumbuh dengan banyak di sekitar kawasan pesisir pantai di sekitar Kuala Kedah dan produk ini boleh menjadi sumber pendapatan sampingan kepada para nelayan," ujarnya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Menurut Rosli, sejak kecil lagi dia selalu melihat orang-orang tua di kampungnya mengutip pokok beremi atau lebih dikenali dengan nama pucuk sepit atau pokok remilang untuk dijadikan ulam-ulaman.
Dia memberitahu, pada masa itu dia masih kecil dan tidak mengetahui tentang khasiat pokok beremi.
"Saya ada juga mendengar cerita dari mulut ke mulut tentang khasiat pokok beremi terutama sekali dengan keberkesanan pokok ini untuk menyembuhkan penyakit.
"Setelah itu saya berazam untuk mengkaji tumbuhan ini bagi berkongsi khasiatnya dengan masyarakat," ujarnya.
Setelah dikaji secara mendalam, dia mendapati pokok beremi itu baik untuk kesihatan.
Katanya, pokok beremi ini mudah layu dan rosak seperti sayur-sayur yang lain dan untuk mengekalkan khasiat pokok itu, dia menggunakan proses menjeruk untuk memastikan kandungan nutrien pokok itu dapat bertahan lama.
Rosli menambah, untuk menjeruk tumbuhan ini dia menggunakan cuka, garam serta gula dan melalui proses menjeruk ia dapat mengekalkan kerangupan dan tekstur dan rasa tumbuhan ini.
"Pokok ini diproses oleh Persatuan Nelayan Kuala Kedah dan kami membeli pokok ini daripada para nelayan yang mengutipnya di sepanjang pesisir pantai Kuala Kedah.
"Nelayan yang berminat hanya perlu mengutip pokok ini dan menjualnya kepada kami," ujarnya.
Tambah Rosli, sehingga kini hanya 20 orang nelayan yang terlibat dengan proses-proses mengutip pokok beremi dan pihaknya yakin bilangan ini akan bertambah jika golongan nelayan sedar dengan potensi pokok ini di pasaran.
"Bagi mereka yang ingin mencuba jeruk beremi ini mereka boleh mendapatkannya di Persatuan Nelayan Kuala Kedah atau membelinya di cawangan-cawangan HPA Sdn. Bhd. yang memasarkan produk ini di pasaran," katanya.
Oo... nama saintifiknya ialah 'portulaca'. Namun apabila saya cari di internet... wah! banyaknya! dan bermacam-macam jenis.




Sementara itu anda boleh dapatkan minyak Morhabshi yang telah lama terkenal bagi mengatasi masalah sihir dan buatan orang (termasuk histeria). Cuma RM3 sahaja sebotol jika anda beli 20 botol. Murah sangat? Hmm... kami adalah pengeluarnya dan 95% pasaran adalah melalui internet. Jualan kami sudah mencecah antara 20-50 botol sehari dan menerima pembelian berulang yang amat tinggi. Alhamdulillah.Klik sini
keterangan gambar:
PENGURUS Persatuan Nelayan Kuala Kedah Mohd. Rosli Ismail menunjukkan tumbuhan beremi yang telah dijadikan jeruk berkhasiat http://www.pnkkk.com.my/utama/index.php?option=com_content&view=article&id=46&Itemid=90
foto lain:
PortulacaOlerac...16 jpg robsplants.com
Portulaca 0145 LG gif scnla.com
portulaca jpg edenarts.com
0 Ulasan anda:
Post a Comment