Blog untuk Ramuan & Petua Ekslusif (percuma)

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Kami adalah pengeluar Minyak Morhabshi. Anda boleh mendapatkan terus produk ini daripada kami pada 'harga kilang'. Layari web rasmi kami www.morhabshi.com/

ubat sakit gigi

>> Wednesday, January 21, 2009

Minggu lepas, seorang murid saya datang ke sekolah dengan pipi yang bengkak. Sebelum sempat saya menyangka kanak-kanak itu telah menjadi mangsa dera, ibunya memberitahu bahawa kanak-kanak itu sakit gigi.

Maka saya segera mengambil Minyak Morhabshi dan menyuruh ibunya memasukkan ke dalam lubang gigi kanak-kanak itu menggunakan cebisan tisu.

Keesokan harinya, ibu kanak-kanak itu menemui saya menyatakan gigi anaknya telah sembuh. Sebenarnya saya sudah tahu sebab kanak-kanak itu hadir kelas pagi itu dan saya sudah menanya perihal giginya.

Memangpun, tujuan ibu kanak-kanak itu menemui saya ialah untuk memberitahu bahawa ayahnya (datuk kanak-kanakk itu) tertarik denngan Minyak Morhabshi dan ingin menjual di kedainya (di Melaka Sentral).

Beberapa hari kemudian saya menemui datuk kanak-kanak itu di gerainya di Melaka Sentral. Satu soalan yang saya pening nak jawab: “apa kegunaan utama Minyak Morhabshi?

“Serbaguna. Hampir semua penyakit boleh kasi ubat,” kata saya.

Namun lelaki itu kurang puas hati. Beliau mahukan satu ubat khusus agar mudah beliau beritahu pada pelanggannya.

“Hmm… betul jugak katanya,” fikir saya. Kepala otak saya ligat berfikir namun terus buntu.

Petang tadi, saya ke kedai runcit yang turut menjual Minyak Morhabshi.

“Wah, cikgu. Minyak Morhabshi ni memang mujarab untuk sakit gigi. Semalam pelanggan saya mencubanya dan pagi tadi dia beritahu bahawa sakit giginya dah sembuh.

Alhamdulillah. Nampaknya saya dah dapat jawapan sementara untuk Minyak Morhabshi. Ya, kita akan beritahu semua orang bahawa ini adalah ubat sakit gigi!!! YES!!!

Mari… mari beli… ubat sakit gigi. Bukan ubat gigi, tapi ubat untuk pesakit gigi.

Jangan tunggu sakit baru nak beli… he he he..

1 comments:

Faizal Zakaria's Blog February 1, 2009 5:41 PM  

Gosok gigi cara yang betul..
Sekurang2nya 2 kali sehari :-)



























p/s:Amaran Kepada Pemimpin Melayu

Post a Comment

Para pengunjung yang dihormati,

Bagi yang ingin meninggalkan komen atau bersoal jawab dengan saya di sini, anda tidak perlu membuat sebarang pendaftaran sebaliknya gunakan sahaja 'Anonymous'.

Untuk melakukannya, lihat (skroll) ke bawah (kanan) dan anda akan melihat TIGA pilihan iaitu:

> OpenID
> Name/URL
> Anonymous

Klik (tandakan) pada 'Anonymous' dan bolehlah menulis di dalam kekotak yang disediakan.

Setelah siap, anda bolehlah menghantarnya dengan menekan butang/ikon 'Publish Your Comment'.

komen anda boleh dilihat serta merta dan jika anda ingin memadamkannya, sila lihat ikon 'tong sampah' di bawah komen yang dipaparkan itu dan klik di situ.

Anda dinasihatkan untuk menaipkan nama pengenalan bagi memudahkan saya merujuk kepada anda ketika memberi respon. Jika boleh, sertakan sama alamat email anda bagi memudahkan saya memaklumkan jawapan balas saya terhadap persoalan atau respon yang anda kemukakan.

Pertanyaan dan pesanan juga boleh dibuat secara terus melalui SMS kepada saya (0194402211) atau isteri saya (0194522211).

Terima kasih.