Blog untuk Ramuan & Petua Ekslusif (percuma)

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Kami adalah pengeluar Minyak Morhabshi. Anda boleh mendapatkan terus produk ini daripada kami pada 'harga kilang'. Layari web rasmi kami www.morhabshi.com/

tak berapa sen pun bezanya...

>> Saturday, November 29, 2008

Tak berapa sen pun...

Sementara menanti putera sulung Demang mengaji Al-Quran, sempatlah Demang singgah di warung berhampiran untuk sarapan. Dalam ramai-ramai pelanggan, ternampak juga seorang yang dikenali. Kami berteguran, sekadar berbahasa.

Sebenarnya lelaki tersebut adalah pemilik sebuah kedai runcit di kampung Demang. Jadi seringlah Demang ke situ membeli barang runcit. Dan, adakalanya Demang berbual pelbagai isu semasa dengan beliau. Adakalanya beliau pro, dan ada masanya beliau kontra, terutamanya dalam perkara politik. Namun sebagai peniaga, beliau tidaklah bersikap keras Cuma sekadar menyuarakan ketidakpuasan hati yang Demang lihat hanyalah ketidakfahaman beliau terhadap perkara yang tersirat.

Selain itu anak beliau juga belajar di sekolah Demang.

Ketika kedai runcit tersebut baru dibuka, isteri Demang berkata: “Wah, dah ada kedai runcit kat sini. Baguslah, ada orang kita yang boleh buka kedai di sini. Tak payahlah nak ke pekan.”

Ketika kedai tersebut baru dibuka, barangpun belum begitu banyak. Namun kedainya selesa. Putera kecil Demang merujuknya sebagai mini market. Harga barang di dalamnya?

Keseluruhannya hampir sama dengan mana-mana kedai runcit kepunyaan orang Melayu di Melaka ni. Ada juga harga barang yang terlebih sedikit berbanding kedai bukan Melayu dan juga hypermarket. Jika barang di kedai bukan Melayu berharga 50 sen, mungkin di kedai tersebut dijual pada harga 55 sen atau 60 sen. Tapi bukan pada semua barang. Malah ada juga barang tertentu yang harganya lebih rendah berbanding kedai bukan Melayu.

Alaa... tak berapa sen pun bezanya.

Memang hypermarket menawarkan harga yang lebih murah namun perlu diingat, bukan semua barang. Sebenarnya tak berapa sen pun bezanya, terutama barang keperluan.

Semua perniagaan meletakkan keuntungan sebagai syarat untuk berurusniaga. Hal ini tidak boleh dipersoalkan kerana itulah sebab utama kenapa perniagaan dilakukan. Justeru pelbagai kaedah dan strategi perniagaan dilancarkan bagi menarik minat pelanggan.

Salah satu daripadanya melalui kuantiti. Hypermarket mendapatkan bekalan secara borong dalam kuantiti yang besar dan berupaya pula menjualnya dalam kuantiti yang banyak. Hal ini berbeza dengan kedai runcit di kampung yang mempunyai pelanggan terhad.

Satu lagi taktik yang dilakukan oleh hypermarket ialah mengurangkan keuntungan pada sebilangan barang keperluan asas dan meninggikan harga pada harga barangan lain seperti pakaian, perkakas rumah, makanan segera dan sebagainya.

Sambil berjalan-jalan memilih barang keperluan yang murah-murah itu, mata pelanggan akan ‘tersangkut’ pada barangan lain yang tidak begitu diperlukan. Maka ‘terbeli’lah barang-barang tersebut. Apatah lagi apabila memikirkan perbelanjaan yang telah berjaya dijimatkan berbanding membeli di kedai runcit.

Akhirnya, daripada nak berjimat, terlajak lah pula perbelanjaan. Silap-silap, wang tunai pun tak perlu dikeluarkan kerana hypermarket menawarkan kemudahan menggunakan kad kredit.

Berbalik pada kisah di warung tadi, selesai sahaja sarapan Demangpun bergerak ke kaunter untuk membayar.

“Tak perlu,” kata pemilik warung. “Abang yang tadi tu dah bayarkan.” Sambungnya sambil tersenyum.

Demangpun berlalu dengan senyuman yang lebih lebar. Makan free!

Demikianlah kisahnya.

Anda boleh menemui kisah begini atau yang hampir sama dengan ini di mana-mana di sepanjang kehidupan kita. Hidup ini bukan hanya ditentukan oleh untung dan rugi semata-mata. Kadang-kadang kita rugi di sini, kita untung pula di tempat lain. Bukankah ini semua rezeki daripada Allah taala?

Berurusniaga sesama kita banyak faedah lain. Ia dapat meningkatkan dan menjana ekonomi ummah. Apabila kita berkenduri, saudara-saudara kita itu datang dan memberi sumbangan. Apabila kita terlantar di hospital, mereka datang menziarah. Apabila kita meninggal dunia, maka segala urusan kita berpulang kepada yang masih hidup. Adakah perkara yang lebih penting dari itu?

Mungkin saudara itu tidak menolong kita secara langsung namun siapa dapat nafikan bahawa dia mungkin akan berurusan dengan saudara kita yang lain? Seterusnya saudara kita itu datang menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada kita. Bukankah itu berkait sama?

Mungkin anda biasa dengan istilah ‘networking’. Nah! Ini juga salah satu daripadanya.

Wallahu’alam.

Read more...

Hempedu Bumi, Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita, king of bitter, creat, green chireta, kalmegh, Kirta...

>> Sunday, November 16, 2008



HEMPEDU BUMI adalah salah satu ramuan yang terdapat dalam Minyak Morhabshi.


Nama Botani: Andrographis paniculata
Nama Lain: Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia)

Famili: Acanthaceae

Hempedu bumi banyak dijumpai di China, India, Thailand dan gugusan kepulauan Melayu. Herba semusim jenis renek ini boleh tumbuh dengan ketinggian sehingga 90 cm. Daunnya berwarna hijau tua di permukaan atas dan hijau muda di bawah permukaannya. Batangnya pula berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku. Setiap buku mempunyai dua helai daun. Bunganya pula kecil dan berwarna ungu. Buah atau lengainya bersaiz purata 25 mm panjang dan 3 mm lebar. Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau nmuda dan apabila matang menjadi coklat muda. Lengainya pecah apabila matang dan menyebarkan benih di sekitarnya.

Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk darah tinggi, kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.

Hempedu Bumi dimasukkan sebagai salah satu ramuan dalam Minyak Morhabshi kerana fungsinya mempercepatkan pembekuan darah.

Seorang pengguna pernah bercerita tentang peristiwa beliau terkena parang. Beliau telah menyapu minyak morhabshi ke kawasan luka tersebut sebelum ke klinik. Doktor yang memeriksanya bertanya apakah yg beliau lakukan sehingga lukanya bertaut rapat dan tidak perlu dijahit? Beliau memberitahu bahawa beliau menggunakan minyak Morhabshi ini.

Pengguna tersebut kini bertugas di Bank Rakyat Lukut dan boleh dihubungi melalui 0133616745 (Encik Fauzi Bahdon).

Itu hanyalah sebahagian daripada ribuan kes yang telah dibantu oleh Minyak Morhabshi dengan izin Allah taala.

Sebenarnya...

Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dsb dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah (luar), kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit birit dsb. Campuran ini juga dikatakan dapat menghentikan pendarahan luar.

Sedikit tambahan (daripada wikipedia)...
• Mencampur getah myrrh bersama cuka meningkatkan keupayaannya menyingkirkan sekatan darah beku dan menghilangkan penyakit



Hanya sebotol kecil namun di dalamnya seribu rahsia penawar.


Sumber rujukan:
http://www.mardi.my/herba1/hempedu.html
Pengalaman pengguna

Read more...

Harga minyak tidak turun-turun

>> Saturday, November 15, 2008

Walaupun harga minyak petrol dunia telah turun berkali-kali sehingga US60 setong namun harga minyak morhabshi tetap tak berganjak. Yang menariknya, tidak ada seorang pun pelanggan yang komplen mengenainya. Malah CEUPACS yang merancang untuk mengadakan 'boikot' secara besar-besaran terhadap peniaga yang enggan menurunkan harga produk mereka, namun harga minyak morhabshi langsung tidak disentuh.

Hal ini kerana mereka kasihan memandangkan harga minyak morhabshi langsung tidak dinaikkan tatkala minyak petrol melonjak ke RM150 setong. Malah ketika harga minyak petrol berada pada paras tertinggi dulu, bagi yang pernah membayar pada harga RM20 untuk lima botol merasa terkejut apabila mendapati mereka mendapat harga yang lebih rendah apabila membeli melebihi lima botol.

Itulah sebabnya ketika harga petrol sedang melonjak naik, sms mengenai beberapa jenis minyak termasuk minyak morhabshi tidak naik tersebar luas.

Demikian adanya.

Read more...

Tawaran istimewa sebelum 18 Nov 2008

>> Monday, November 10, 2008

Assalamualaikum,
Tawaran paling istimewa bagi menjana pelanggan baru. Jika anda buat pesanan mulai 11 Nov 2008 hingga 17 Nov 2008:

Bayar untuk 5 botol = RM20
Percuma 3 botol.

Kempen ini adalah bagi memberi peluang kepada anda memulakan perniagaan runcit tanpa modal.

Harga bagi sebotol Minyak Morhabshi ialah RM4.90.

TAWARAN CUMA UNTUK TUJUH HARI MULAI HARI INI (11 NOV 2008 DAN TAMAT PESANAN IALAH PADA 17 NOV 2008).

SMS sekarang ke 019 440 2211. Taipkan:
(Pesanan tanpa menulis tersebut akan dianggap pesanan biasa.

Penghantaran PERCUMA (macam biasa).

Read more...