Khamis, 30 Oktober 2008

Asma atau lelah

Ketika saya sedang menaip kisah Pak Andak tadi, ibu kepada salah seorang anak murid prasekolah saya menelefon.

"Assalamualaikum, cikgu. Ini mak Fatin bercakap."

"Ya, ada apa, puan?" saya menyoal.
"Er, cikgu jadi pengedar minyak ke? soalnya.

"Err... lebih kurang begitu lah. Sebenarnya ayah saya yang buat minyak tu.” Jawab saya berterus terang.

Sebenarnya saya boleh meneka tujuan beliau menelefon.

Sejak awal tahun saya dapati Fatin Nabilah sering tidak ke sekolah. Pernah suatu hari bapanya memaklumkan bahawa Fatin memang mengidap asma sejak kecil. Beliau meminta saya mengecualikan Fatin dari melakukan aktiviti yang agak lasak.

Maka saya berikan kepada Fatin sebotol minyak warisan keluarga itu dan saya ajarkan cara menggunakannya.

“Fatin suruh mak sapu pada dada dan belakang badan.” Ujar saya.

Malamnya, bapa Fatin menelefon saya menanyakan tentang minyak itu. Maka saya beritahu khasiat dan cara menggunakannya.

“Macamana saya nak dapatkan lagi minyak tu lagi?” Ibu Fatin menyoal.

“Nanti saya kirimkan melalui Fatin.” Kata saya. Err, macamana keadaan penyakit Fatin sekarang?” tanyaku.

"Dah makin kurang sakitnya. Nampak ketara." Jawab ibu Fatin.

Saya fikir kesah itu tamat di situ sahaja hinggalah pada suatu hari (setelah beberapa tahun) ibu Fatin menelefon saya.

"Cikgu ingat saya?" Tanyanya.

"Mak fatin." Jawab saya dengan mudah sebab namanya muncul pada skrin telefon saya. Memang saya namakan 'mak fatin' pada buku telefon saya supaya mudah saya cam.

"Fatin apa khabar?" Tanya saya.

"Sihat. Dah darjah 6 pun. Sekarang ni saya menjaga bayi jiran (mengasuh). Itu yang saya call ni. Baby tu saya tengok ada tanda-tanda lelah macam fatin dulu." Beliau memberitahu.

Dipendekkan cerita, hingga kini ibu fatin masih membeli daripada saya samada untuk keluarga atau jiran-jiran beliau serta saudara mara.

"Suami saya pun gunakan untuk gatal-gatal pada kakinya dan nampaknya berkesan. Mak saya pula menggunakan minyak ini untuk sakit ‘beguk’nya. Kira-kira 10-15 minit sakit itu pun sembuh. Dah boleh berpaling (leher).” tambah ibu fatin lagi.

Saya kurang pasti sakit ‘beguk’ yang bagaimana yang diceritakan ibu Fatin itu. Namun ketika kami di Pulau Pinang dulu, seorang pembantu tadika Perpaduan (tempat saya menjalani praktikum) pernah memberitahu saya:

“Cikgu Azman tahu..? bangun dari tidur kelmarin tengkuk saya sakit sangat. ‘Salah bantal’ kot... Saya pun sapu minyak Morhabshi pada bahagian yang sakit tu. Tak sampai 20 minit sakit itu dah hilang. Kata hati saya: betul ke dah sembuh atau aku ni terpengaruh dengan cerita cikgu Azman..? cerita pembantu itu. Lupa pulak saya nama beliau.

“Habis tu, la ni sakit lagi ke?” saya bertanya sambil tertawa kecil.

“Selalunya sampai seminggu baru sembuh, tapi kali ni tak sampai sehari dah sembuh terus.” Akui isteri kepada seorang pegawai polis tersebut.

Kebetulan, pembantu prasekolah itu berasal dari Derang Kedah iaitu sekampung dengan Maahad Islamiyah Derang tempat terakhir ustaz Hamid mengajar sebelum meninggal dunia. (Al-fatihah...).

Berkenaan kes beguk, pada suatu hari ketika saya keluar dari rumah jiran saya yang kebetulan sedang menyapu di luar rumahnya memberitahu:

"Kelmarin saya kena beguk dan saya cuba sapu minyak yang Azman bagi hari tu. Nampaknya hari ni dah baik."

Jiran yang kami panggil Kak Ani itu adalah pesara jururawat dan tempat tugas terakhir beliau ialah hospital Melaka.

Alhamdulillah. Allah Taala yang menyembuhkan segala penyakit. Kita hanya berusaha dan beribadat.

Sebenarnya kes fatin itu bukan kes tunggal. Ada beberapa orang lagi murid saya yang mengidap asma. Adaseorang bernama fikri juga mengidap asma. Saya cadangkan pada bapanya minyak herba ini. Mulanya bapanya agak keberatan. "Dah macam-macam minyak saya guna," katanya.

Saya beri dia sebotol kecil secara percuma untuk dicuba.

Minggu berikutnya ketika mesyuarat PIBG ibu fikri tersebut menemui saya. Dia nak beli beberapa botol sebab selepas digunakan pada fikri, nampak ketara keaan baiknya. Malah seorang lagi anaknya yang lebih teruk juga telah semakin baik.

Kalau tak silap saya kes tersebut ada saya tuliskan secara khusus dalam artikal lain di blog ini.

Sementara itu, pengasuh anak-anak kami juga menggunakan minyak rumusan ustaz Hamid bagi mengawal lelahnya yang sudah di peringkat kronik.

Berdasarkan pemerhatian kami kalaupun tidak sembuh sepenuhnya sekurang-kurangnya ia membantu mengawal dan mengurangkan lelah yang teruk.

Kemaskini 14 sept 2014

Ahad, 19 Oktober 2008

Gatal? Ini ubatnya...

Sebenarnya banyak ubat di pasaran yang boleh menyembuhkan gatal-gatal. Cuma kelebihan minyak rumusan ustaz hamid ini ialah jika anda menyimpannya di rumah, bukan sahaja gatal... kurap, ruam bayi, kudis, luka, dan pelbagai penyakit kulit lain pernah disembuhkan dengan minyak ini. Malah, kayap pun boleh.

Selain itu, dengan minyak ini juga anda tidak perlu risau jka senak perut di tengah malam atau di dalam bas ekspres. Jika bayi anda menangis tak tentu pasal di tengah malam buta, gunakan minyak ini, tak kesah lah samada anda percaya bahawa tangisan itu akibat diganggu makhluk halus ataupun anda tak percaya benda-beda macam tu.

Mungkin bayi anda kembung perut.

Setakat ini ramai yang mengakui kemujaraban ramuan herba warisan ini.

Isnin, 6 Oktober 2008

Rendang oh rendang

Cuba bayangkan...

Anda sedang memandu di lebuhraya dan tiba-tiba perut anda memulas sepulas-pulasnya (maaf le DBP. Boleh guna ke ayat tu?). Anda melihat ke papan tanda dan ternyata R&R masih jauh lagi.

Baru-baru ini saya dan anak saya mengalami fenomena tersebut. Dak Haziq dah mengigal-ngigal tidak tahan untuk membuang air besar. Saya sendiri sudah gelisah. Ini semua penangan rendang raya la ni. Setiap rumah yang kami singgah menyediakan juadah rendang yang sedap-sedap. Tau saja lah rendang. Macam-macam rempah digaul dan perut kita pula menerima berbagai-bagai resepi rendang.

Isteri saya mengambil sebotol air mineral dan memasukkan beberapa titis minyak Morhabshi ke dalamnya. “Haziq, minum ni.” katanya.

Namun tidak semudah itu untuk Haziq meminumnya. Mukanya berkeriut dan mulutnya menceceh bagi memberi alasan agar tidak dipaksa minum.

“Alaa, bukan ada rasa apa pun. Minyak tu la yang Harith paling senang minum,” sampuk abangnya,

“Ha, dengar tu. Abang yang paling takut ubat pun tak takut minum minyak Morhabshi.” kataku.

Memang Harith sangat takutkan ubat. Keengganannya memakan ubat kurasa sangat melampau. Malah jika ibunya hendak menyuapkan ubat ke mulut adiknya pun dia awal-awal lagi sudah lari masuk ke bilik.

Akhirnya setelah dipaksa dan dijanjikan dengan sesuatu maka Haziq pun meminum air bercampur minyak Morhabshi tersebut seteguk.

Alhamdulillah, tidak lama selepas itu dia tertidur dan ketika aku berhenti di R&R yang berikutnya dia merasa tidak perlu ke tandas.

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.