Berikut adalah catatan yang terdapat dalam laman web www.morhabshi.com
---===={{{---}}}====--- ---===={{{---}}}====--- ---===={{{---}}}====---
==========================================================
Morhabshi atau Morha atau Keminyan Bunian telah digunakan sejak zaman berzaman oleh masyarakat Arab, India dan Melayu Nusantara bagi menghindari gangguan makhluk halus seperti jin dan syaitan. Kewujudan jin dan syaitan adalah sesuatu yang disedari dan dipercayai oleh semua bangsa di dunia. Beberapa ayat Al Quran mengesahkan kehadiran mereka di sekitar kita meskipun tidak dapat dilihat oleh mata kasar kecuali oleh orang tertentu yang diberi keizinan oleh Allah SWT.
Morhabshi diambil daripada getah sejenis tumbuhan yang tumbuh di tanah Arab dan tidak mengandungi sebarang kesan sampingan. Meskipun sering digunakan untuk sapuan kulit luar atau dibakar seperti kemenyan, namun ia tidak memudaratkan jika dimasukkan ke dalam mulut atau jika tertelan. Bentuk fizikalnya berketul-ketul dan berwarna kuning keemasan seperti kismis.
Pohon morhabshi adalah pohon yang tidak didatangi atau dihampiri oleh makhluk halus. Mengapa? Secara analogi, ketika perkhemahan kita taburkan belerang di sekeliling khemah bagi menghindari haiwan merayap. Kita tidak tahu mengapa haiwan merayap takut pada belerang. Begitu juga makhluk-makhluk halus ini. Mereka begitu takut pada morhabshi. Mungkin getah morhabshi ini mengeluarkan bau yang tidak mereka sukai atau sebagainya. Wallahu'alam. Namun kenyataan bahawa makhluk-makhluk tersebut akan menghindari atau lari daripada morhabshi bukan lagi satu rahsia malah telah digunakan sejak ribuan tahun terutama di negara-negara Arab dan India. Kedatangan Islam ke nusantara menyebabkan rahsia morhabshi turut dikongsi oleh penduduk tempatan.
Khasiat tumbuhan dan herba yang didapati di kepulauan nusantara pula telah diyakini sejak dahulu kala lagi. Kajian dan penemuan mutakhir oleh para saintis membuktikan keampuhan herba-herba tradisional bagi membantu beberapa masalah penyakit termasuk beberapa penyakit yang tidak dapat dirawat melalui perubatan moden (berasaskan dadah dan kimia).
Antara herba yang digunakan dalam Minyak Morhabshi ialah:
Nama Herba (Nama Saintifik)
Keduduk Putih (Melastoma Malabathricum)
Bayam Batu (Amaranthus Tricolor L)
Lemuni (Vitex Trifolia)
Kancing Baju
Kunyit Tebu @ Kasturi
Raja Kayu
Cekur (Kaempferia Galangal)
Hempedu Bumi (Andrographis Paniculata Nees)
Zaffaron
Tawar Garam
Minyak Kelapa
Minyak Lenga
Minyak Mambu
Minyak Zaitun
Minyak Serai (Cymbopogon Nardus)
Minyak Sawi
Minyak Morhabshi tiada kesan sampingan dan tidak menggunakan sebarang bahan kimia atau dadah. Produk muslim yang bersih dan halal.
Campuran morhabshi dan herba/tumbuhan yang diadun dengan beberapa jenis minyak menghasilkan satu produk istimewa yang tidak terdapat pada mana-mana produk lain. Sejak lebih 50 tahun lalu dipercayai hanya seorang pengeluar sahaja yang menghasilkan Minyak Morhabshi iaitu Ustaz Hj Abdul Hamid bin Hj Ahmad (marhum). Beliau merupakan seorang guru agama dan pengamal perubatan Melayu tradisional di samping menggunakan cara pengubatan Islam. Beliau juga berkemahiran dalam perubatan Homeopathy dan mempunyai tauliah dalam bidang tersebut. Selepas bersara daripada jabatan kerajaan (Pendidikan), beliau berkhidmat di Maahad Islamiah Derang Kedah sebagai tenaga pengajar dan perunding perubatan alternatif. Buah tangan terakhir beliau sebelum meninggal dunia pada 2005 ialah dua buah kitab perubatan iaitu 'Kitab At-Tibbi Walhikmah' siri I dan siri II. Kini, pengeluaran Minyak Morhabshi diteruskan oleh balu dan anak-anak beliau.
Sejak dikeluarkan lebih 50 tahun lalu, Minyak Morhabshi yang asalnya digunakan untuk membantu mengatasi masalah gangguan makhluk halus, sakit perut, sakit kulit dan sakit gigi didapati berupaya menyembuhkan pelbagai penyakit lain sehingga dikategorikan sebagai minyak serbaguna.
Berdasarkan pengalaman pengguna setia kami sejak puluhan tahun, berikut adalah masalah yang pernah diatasi menggunakan Minyak Morhabshi:
* Sakit perut dan cirit birit (jika sakit perut yang teruk, masukkan tiga titik Morhabshi Oil ke dalam setengah cawan air masak dan minum air tersebut. Amalkan sekali sehari tetapi tidak melebihi tiga kali)
* Sakit gigi (jika berlubang, basahkan sedikit kapas/tisu dengan Morhabshi Oil dan masukkan ke dalam lubang tersebut. Tidak berbahaya jika tertelan. Terdapat beberapa kes yang membuktikan ia bukan sahaja melegakan kesakitan pada masa itu malah menyembuhkan terus sakit gigi dan menghalang sakit berulang)
* Sakit dada, lelah (asma) dan sesak nafas (sapukan pada dada, depan dan belakang)
* Sakit leher (sapu sahaja), lenguh-lenguh, terseliuh, sakit sendi, sakit urat (digunakan sebagai minyak urut)
* luka-luka, melecur, terbakar (khasiatnya sama seperti minyak gamat. Beberapa herba yang terdapat dalam Minyak Morhabshil mampu menautkan kembali kulit yang luka/koyak)
* Gigitan serangga dan binatang bisa seperti lipan, kala jengking dan sebagainya
* Penyakit kulit seperti kayap, kudis, gatal-gatal, ruam bayi dsb.
* Terkena sihir, santau, buatan orang, sawan tangis, bayi 'diganggu', gangguan makhluk halus, histeria, dsb. (gunakan pada bayi setiap pagi dan petang. Sapukan pada sendi-sendi, kening, ubun-ubun dan belakang telinga sambil bersalawat)
Read more...